Blog Begins At Forty
SELF-PORTRAIT DAILY
CLICK!
Followers
Saturday, August 31, 2024
August 31, 2024
Bak kata pujangga:
"Jiwa anda belum cukup merdeka
selagi
anda tak pernah cuba makan itik salai."
Habis bau asap baju dan rambut uncle untuk foto ni, tahu!
(Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 67, Malaysia!)
Friday, August 30, 2024
August 30, 2024
Lokasi: Rahsia.
😝
Thursday, August 29, 2024
August 29, 2024
Bateri telefon nazak.
Tanya pengawal keselamatan.
"Maaf encik... Di mana ada plag? Nak tumpang mengecas telefon."
"Oh... ada, ada. Belakang tiang." Jawabnya pendek.
Lalu uncle mengelilingi tiang tercari-cari...
(Pandang atas...)
"Mak ai! Ni ikhlas tak ikhlas, ni?"
Wednesday, August 28, 2024
August 28, 2024
Singgah ATM.
Tekan, tekan, tak keluar duit.
Tekan, tekan, tak keluar duit.
Rosak kot...
#LawakBapaBapa
Tuesday, August 27, 2024
August 27, 2024
Amaran menunjukkan dilarang parkir.
Bukan amaran dilarang tidur.
Jadi... ada aku kisah? Aku hanya seekor kucing.
(Sambil meneruskan 'perdengkurannya'...)
Monday, August 26, 2024
August 26, 2024
Seriouslah 15km sejam?!?
Kura-kura pun lagi laju ni...!
Sunday, August 25, 2024
August 25, 2024
KL sekarang musim hujan berserta
dengan angin kuat!
Jadi, apa yang terbaik untuk kita buat?
Maafkan uncle ya...
Uncle nak turunkan bidai tingkap, padamkan lampu, tarik selimut dan Zzzzzzz...
(Sambil lambai tangan.)
Saturday, August 24, 2024
August 24, 2024
Mula-mula perhatikan garisan parkir.
Kemudian perhatikan kedudukan kenderaan-kenderaan tu.
Geram bukan?
Friday, August 23, 2024
August 23, 2024
Kalau macam ni punya cantik pembantu rumah...
Uncle pun nak beli satu!
Eceh!
Thursday, August 22, 2024
August 22, 2024
Eh?
Apa kaum hawa dalam rumah ni buat bersila di dapur tu?
Mesyuarat tergempar? Membawang?
*Hmmpff - hmmpfff (Kesan bunyi hidu).
Ohh... makan durian!
Wednesday, August 21, 2024
August 21, 2024
Buka peti sejuk.
"Eh? Apa yang harum ni?"
"Eh? Cempedak?!"
Yeay!
Terima kasih aunty!
Tuesday, August 20, 2024
August 20, 2024
"Bila dah nampak satu salah, maka kita akan nampak semuanya salah!"
Ehem...
Nampak tak kertas dinding di belakang tu ditampal terbalik?
Monday, August 19, 2024
August 19, 2024
Ku sangkakan sebahagian dari menu...
Baahaha...!
Sunday, August 18, 2024
August 18, 2024
Ada yang panggil penyapu lidi.
Ada yang panggil penyapu nenek kebayan.
Uncle panggil penyapu Harry Potter.
Saturday, August 17, 2024
August 17, 2024
Kalau nak halang kereta
...
pamerlah nombor telefon!
Paling tidak,
janganlah tarik brek tangan!
Geramnya!
Friday, August 16, 2024
August 16, 2024
Hang Tuah,
Hang Jebat,
Hang Kasturi,
Hang Lekir,
Hang Lekiu.
Mungkinkah selain dari
lima bersaudara
ni,
ada seorang lagi yang dilupakan..?
Persoalannya siapakah Hang Isap?
Thursday, August 15, 2024
August 15, 2024
Kasihan pokok ni...
Kenapalah dipaku-paku pada batang pokok ni?
Terseksa dia...
Wednesday, August 14, 2024
August 14, 2024
Aunty suka makan jeruk. = Uncle tiada masalah.
Muka aunty menjeruk. = Uncle ada masalah!
Tuesday, August 13, 2024
August 13, 2024
Siapa pernah merasa suis rumah macam ni?
Angkat tangan!
🙋
Monday, August 12, 2024
August 12, 2024
Adat balik dari percutian keluarga.
Bawa balik kenangan : 20 %
Bawa balik baju kotor : 80 %
Hmmm...
Mesin 20 kg terus...!
Sunday, August 11, 2024
August 11, 2024
Terima kasih kota Bangkok kerana menyantuni uncle sekeluarga dengan baik.
Cuaca: ✅
Layanan: ✅
Makanan: ✅
#BolehDatangLagi
Saturday, August 10, 2024
August 10, 2024
Ish ish ish....
Cantiknya
gadis-gadis
Thailand..!!!
(Janganlah unty baca blog uncle hari ni...!)
Friday, August 9, 2024
August 9, 2024
"Jalan-jalan di kota Bangkok.
Tiba-tiba ada orang tegur...
"Hoi! Kenal lagi tak?"
Uncle toleh...
"Laaa... Hoi kawan lama!
Kau apa khabar, Tom Cruise?"
Thursday, August 8, 2024
August 8, 2024
"Sawasdee Khap."
LOKASI:
Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang,
Bangkok, Thailand.
Wednesday, August 7, 2024
August 7, 2024
Eh, uncle?
Banyaknya bagasi? Apa cerita?
Siap-siap nak ke mana tu?
(Siri bercakap dengan diri sendiri...)
Tuesday, August 6, 2024
August 6, 2024
Ahh... nasib baik!
Kebetulan uncle memang tercari-cari tempat nak salin baju!
#LawakBapaBapa
Monday, August 5, 2024
August 5, 2024
Kaca mata = Ada.
Biji mata = Tak punya.
(#GaruKepala...)
Sunday, August 4, 2024
August 4, 2024
GUEST #110
Hai! Nama saya Humaira Azzahra.
Yang rambut dan janggut putih tu atuk saudara saya...
Comel tak saya?
Saturday, August 3, 2024
August 3, 2024
Siapa lebih serious?
Uncle atau pakcik ninja tu?
Hmmm...
Uncle rasa kali ni uncle patut mengaku kalah...
(LOKASI: Lalaport, Kuala Lumpur.)
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)