CLICK!

Followers

Friday, May 31, 2024

May 31, 2024



Kawan uncle ni...

Punyalah lurus tangan dia memotong jubin, 
tak boleh dibawa bincang! 

Tarik mesin gaya bebas tanpa pembaris 
hanya berpandukan satu garisan pen! Peh! 

Kalau uncle..? Cacing kerawit itu pasti!











Thursday, May 30, 2024

May 30, 2024



Ha! Tembaklah! 

Apa lagi? Tembaklah! 

Yalah... sebab dia kadbod, beranilah uncle cabar! 

Baahaha...!











Wednesday, May 29, 2024

May 29, 2024



Tahu tak? 

Selama ni uncle sangka makanan yang
dipamerkan tu adalah makanan sebenar! 

Uncle baru tahu itu makanan tipu-tipu! 

Patutlah tak basi-basi! 

Haih! Rambut dah putih macam ni pun
masih ada benda yang tak tahu!











Tuesday, May 28, 2024

May 28, 2024



Uncle tahu... hari tu uncle dah letak jawatan... 
Baca > SINI < 

Bosan... 
Jadi uncle kembali lantik diri sendiri jadi mandur. 

Malangnya, mandur tanpa gaji!











Monday, May 27, 2024

May 27, 2024



Sambung cerita semalam... 

Urusan pasport atas talian gagal. 
Terima e-mel mengatakan cap jari bermasalah. 

Jabatan Imigresen menyarankan uncle ke Jabatan Pendaftaran Negara 
untuk dapatkan surat mengesahkan cap jari uncle rosak. 

Uncle ingat kereta saja yang rosak. 
Rupanya cap jari pun rosak! 

(Syukur, semua urusan siap hingga terima pasport tak sampai satu jam!)










Sunday, May 26, 2024

May 26, 2024



Apa cerita swafoto hari ni tanpa cermin mata 
dan tanpa latar belakang? 

Ceritanya... ini adalah foto 
untuk uncle memperbaharui pasport!

Sekian.










Saturday, May 25, 2024

May 25, 2024



Hah? 

"Sila pastikan anda berada di penjara."?!? 

Haha... Bukanlah... Ayat penuhnya adalah; 

"Sila pastikan anda berada dalam PENJARAKAN 
sekurang-kurangnya 1 meter ketika beratur." 


(Alamak! Ada abang polis di belakang sedang memerhatikan uncle!)











Friday, May 24, 2024

May 24, 2024



Alahai dik... 

Carilah topi yang betul saiznya. 

Mata pun dah tak nampak!

Ini kalau berkawad... 

Sah-sah masuk parit!
 










Thursday, May 23, 2024

May 23, 2024



Hari ni lantik diri sendiri jadi mandur. 

"Rrrrrrrrr!!! Rrrrrrrr!!!" Bunyi gerudi. 

Haih! Bingitlah! 

Sudah! 

Uncle letak jawatan!











Wednesday, May 22, 2024

May 22, 2024



Hebat sungguh kuasa aunty... 

Dengan satu senyuman, pinggan-pinggan yang 
berterbangan tu tiba-tiba terhenti kaku di udara! 

Ala-ala filem The Matrix gitu!

(Okey, okey... kesan 'goyang-goyang' tu uncle tambah sendiri...! Baahaha!) 












Tuesday, May 21, 2024

May 21, 2024




Janganlah tenung-tenung, bung,
 
Janganlah pandang-pandang,

Kalau hatiku dah bingung, 

Aku ikut pulang....












Monday, May 20, 2024

May 20, 2024



"Nak... bila kau dah bekerja nanti, janganlah meninggi diri..." 

"Hah? Masalahnya saya memang kerja di tempat tinggi..." 


#LawakBapaBapa











Sunday, May 19, 2024

May 19, 2024



Pemandangan Kuala Lumpur pada waktu malam 
yang mempesonakan dari ketinggian lantai 71. 

Okey, tipu... 

Ini bilik pameran dan tingkap itu poster...











Saturday, May 18, 2024

May 18, 2024



Errr... 

Makan dulu lepas tu baru bagi password atau macam mana? 

#BuatBuatTakFaham











Friday, May 17, 2024

May 17, 2024



Antara dua pokok! 

Hebat tak skil uncle parkir...? 

Masalahnya... 

Nak buka pintu pula tak lepas!

Terpaksa keluar ikut pintu penumpang! 

Huhuhu...









Thursday, May 16, 2024

May 16, 2024



Sila cemburu ya... 

Uncle baru saja terima hadiah dari blogger Anies

Apa dalam bungkusan? 
1) Tumbler. 
2) Rantai kunci. 
3) Gula-gula madu. 
4) Pen mata bola. 
5) Pomegranate calming mask. 

Cemburau kan? Kan? Kan? 

Jutaan terima kasih kepada blogger Anies (juga kawan lama) untuk hadiah yang tak disangka-sangka! Jangan lupa singgah blog beliau di > SINI < 

YEAY!









Wednesday, May 15, 2024

May 15, 2024



"Healthy?" 

Terbaring, beku dan kaku... 

Itu bukan istilah 'sihat' kalau ikut kamus uncle!











Tuesday, May 14, 2024

May 14, 2024



Dari bapak, isteri sampailah ke anak-anak... 

...semua sama! Seiras!

Keturunan bangsa apakah, ni...?











Monday, May 13, 2024

May 13, 2024



Siapa pernah guna telefon macam ni?

 Mesti rambut dia pun ada uban!











Sunday, May 12, 2024

May 12, 2024



Anak siapalah ni... 

Kusyuk sungguh solatnya biarpun di tempat ramai orang...

Boleh buat menantu!











Saturday, May 11, 2024

May 11, 2024



Uncle pun tak tahu kenapa uncle bergambar di sini. 

Tapi kerana uncle tengok setiap orang yang datang ke IKEA 
mesti bergambar di sini, jadi uncle pun buat juga! 

Sekian...











Friday, May 10, 2024

May 10, 2024



Helo polis!

Saya telah menjumpai pusat pemerdagangan manusia! 

Sila hantar bantuan segera! 

"Over and out!"










Thursday, May 9, 2024

May 9, 2024



Punyalah ramai pelayan yang manis-manis melayan tetamu... 

Bila sampai giliran uncle... 

...dia hantar pelayan robot!  

Ini tidak adil..!











Wednesday, May 8, 2024

May 8, 2024



Nasib baik dia tulis,
"No outside food and beverages." 

Kalau tanpa tulisan tu, unlce ingatkan tu gambar,
 "Dilarang pakai kasut but." 

Sama bukan?











Tuesday, May 7, 2024

Monday, May 6, 2024

May 6, 2024



Baahaha! 

Siapalah yang pergi cabut tiang penyidai rumah bawa main di sini? 

Mesti mak dia menjerit... 

"Hoi! Mana tiang penyidai aku...?!??!











Sunday, May 5, 2024

May 5, 2024



Amboi-amboi! 

Ini mesti ada orang sebelum memandu; 

Habiskan minuman > buka pintu > tinggalkan bekas minuman di luar. 

Banyak cantik kau punya muka..?!?! 


#geram











Saturday, May 4, 2024

May 4, 2024



"No Public Paging?" 

Alamak! 
Tak dapatlah cari aunty yang tiba-tiba hilang, ni...!?

(Sambil tersenyum kecil di dalam hati sambil mata menjeling...)