Blog Begins At Forty
SELF-PORTRAIT DAILY
CLICK!
Followers
Tuesday, August 31, 2021
August 31, 2021
Pelitup muka khas sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64 tahun!
Ehem... Barulah nampak bersemangat, bukan?
Salam MERDEKA semua!
Monday, August 30, 2021
August 30, 2021
Bagus abang jual air buah belakang lori ni.
Seiap sediakan cecair sanitasi tangan untuk pelanggan.
Jaga SOP..! Patut dipuji..!
Tapi...
Kenapa letak atas bumbung lori?
Uncle tak sampai...!
Hu hu hu...
Sunday, August 29, 2021
August 29, 2021
Persoalannya...
Perabot yang ada jualan murah?
Atau kilang perabot yang nak dijual murah?
#pening
Saturday, August 28, 2021
August 28, 2021
Biasanya jam yang baru datang dari kilang atau dalam iklan
mesti menunjukkan pukul 10:10...?
Kenapa ya? Siapa tahu mengapa..?
Friday, August 27, 2021
August 27, 2021
Pagi-pagi tercongok di hadapan tv,
Menunggu senarai penuh kabinet baharu oleh Perdana Menteri,
Sebelum mendengar, hati berdebar tak terperi,
Selepas mendengar, hati berdebar berubah menjadi hati geli...
:)
Thursday, August 26, 2021
August 26, 2021
Ya! Ini baru adil..!
Bukan saja anda perlu meyakini kami.
Kami juga perlu meyakini anda..!
#JomVaksin
Wednesday, August 25, 2021
August 25, 2021
Seram tengok kesan tapak tangan di belakang kereta tu...
Bukan apa... teringat pula poster filem
POLTERGEIST
keluaran tahun 1982.
Kawan-kawan sedang buat apa pada tahun tu?
(Oh ya... Hantar kereta ke kedai untuk mandi setelah lama hanya mandi hujan...)
Tuesday, August 24, 2021
August 24, 2021
"Olololo... comelnya!"
"Apa yang comel?"
"Itik pakai topi keledar merah jambu!"
"Mana?"
"Tuuuuu...
Dok bertenggek atas topi!"
Monday, August 23, 2021
August 23, 2021
EMAK: Jom kita ke kedai keriting rambut.
ANAK: Ke mana?
EMAK: Err... salun rambut.
ANAK: Oh... jom!
(Kalau tengok nama kedai dan gaya logo, mesti kedai ni dah wujud sejak tahun 70-an kan?)
Sunday, August 22, 2021
August 22, 2021
Uncle bukan jutawan... berbelanja di gedung bangsawan.
Uncle hanya rakyat jelata... di kedai marhaen uncle berbelanja...
#SedarDiri
Saturday, August 21, 2021
August 21, 2021
Hati rasa tersentuh bila melihat penunggang P-kelui
d
i belakang tu
curi-curi berhenti untuk minum.
Apa pun bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya dia masih lagi bekerja.
Ramai lagi orang yang kesempitan kerja waktu ni...
Semoga kita semua cepat keluar dari kemelut ini...
Friday, August 20, 2021
August 20, 2021
Wira yang sebenar adalah wartawan yang lencun berhujan
menunggu berita di hadapan Istana Negara hari ini...!
#Salut
Kalaulah uncle yang bertugas tu... esok sahih demam!
Thursday, August 19, 2021
August 19, 2021
Bila cuaca tidak menyebelahi kita...
Maknanya baju-baju terpaksa digantung dalam bilik..!
(Oh ya... baju-baju hitam tu uncle memang yang punya...!)
Wednesday, August 18, 2021
August 18, 2021
Selalunya kereta uncle yang paling kecil.
Hari ni ada lagi kereta yang lebih kecil yang di hantar ke bengkel ini.
Kereta mainan!
Apalah yang rosak agaknya...?
Oolololo...!
(Siap boleh selit tepi pintu! Baahaha..!)
Tuesday, August 17, 2021
August 17, 2021
Mulut tutup...
Telinga tutup...
Tinggal tunggu nak 'tutup mata' saja ni....
(
inalilahi wainalilahi rojiun...)
Monday, August 16, 2021
August 16, 2021
Siapa tercongok depan tv tadi...?
Kita geng..!
Sunday, August 15, 2021
August 15, 2021
Muka tak puas hati!
Sebab tak dapat jilat-jilat badan..!
Sabar ya Mocha... Habis kesan ubat tu baru kita buka..!
Baahaha! (Gelak jin..!)
Saturday, August 14, 2021
August 14, 2021
Patang?
BATANG lah...!
Baahaha...!
Friday, August 13, 2021
August 13, 2021
Udang galah masak lemak kuning yang paling sedap di dunia adalah
udang galah yang di masak oleh aunty khas untuk uncle...!
Bismillah semua...!
Thursday, August 12, 2021
August 12, 2021
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..."
Wednesday, August 11, 2021
August 11, 2021
Ada yang 'terpaksa' mandi hari ini...
Calar-balar jugalah lengan anak bujang tu dibuatnya...!
Uncle? Tukang gelak bolehlah... Baahaha..!
Tuesday, August 10, 2021
August 10, 2021
Dia 'terpaksa' parkir kereta dia atas laluan pejalan kaki sebab dia nak elak dari panas matahari.
Uncle pula 'terpaksa' berjalan di bawah panas matahari sebab nak elak dari kereta dia yang berada di laluan pejalan kaki...
"Sabar gedek, sabar..." Cakap dalam hati sambil urut dada sendiri...
(Yalah! Takkan nak urut dada orang lain pula?)
Monday, August 9, 2021
August 9, 2021
Bila sedang mencari nombor pendaftaran bermula dengan huruf 'W'.
Tiba-tiba ternampak yang bermula dengan
'double U'.
Mulalah soalan bermain-main di fikiran...
"Eh... aku patut cari huruf apa tadi, eh?"
Sunday, August 8, 2021
August 8, 2021
Cantiknya cahaya yang menembusi awan tu...
Kalau diterjemah,
"Adanya harapan disebalik kebuntuan..."
Eceh...!
Nak berpuitis konon!
Saturday, August 7, 2021
August 7, 2021
Ngeri! Muhammad Syah Firdaus terjatuh setelah diasak!
Namun jatuh dan tercedera tidak menghalang beliau ke peringkat seterusnya! Syabas!
(Ehem... Ada gaya pengacara sukan tak?)
#keirin #olimpik2020
Friday, August 6, 2021
August 6, 2021
Siapa sangka...
Hujan - panas - angin, hujan - panas - angin...
Boleh membentuk corak beralun dari kotoran dan tanah.
Macam lukisan semula jadi.
Cantik bukan?
Thursday, August 5, 2021
August 5, 2021
"Err... Boleh tolong tengokkan pendingin hawa van jenazah ini tak?"
"Boleh encik... Kenapa? Tak sejuk?"
"Eh... bukan tak sejuk..."
"Habis tu..?"
"Setiap kali saya naik, mesti saya rasa 'seram sejuk..!'
(Okey... maaf. Lawak hambar.)
Wednesday, August 4, 2021
August 4, 2021
Memanglah panggung wayang sudah lama tidak dibuka...
Tengok poster wayang...
Eh... takkanlah ini cerita terakhir yang ditayang?
Ini MGR cerita zaman P Ramlee...!
Atau uncle yang termasuk dalam terowong masa...?
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)