CLICK!

Followers

Tuesday, March 31, 2020

March 31, 2020


Tidak dapat ke sekolah kerana PKP bukan alasan tak boleh belajar, bukan?

Tahniah cikgu SMK Pandan Jaya atas inisiatif anjurkan kelas atas talian...!













Monday, March 30, 2020

March 30, 2020


Helo cik adik, seronok merayau-rayau...?
Dah macam dalam babak cerita Hidustan! Topeng mana? 













Sunday, March 29, 2020

March 29, 2020


Eh, banyaklah roti di kedai tadi...  Tapi walaupun banyak, janganlah borong sampai tak cukup troli..! Bila nampak tak cukup, mulalah orang membuat pembelian panik..!

#KitaJagaKita










Saturday, March 28, 2020

March 28, 2020


Antara aktiviti yang boleh dilakukan diwaktu Perintah Kawalan Pergerakkan. 

Okey... sebenarnya aunty yang paksa... (Bisik)













Friday, March 27, 2020

March 27, 2020


Satu perkara yang menjengkelkan bila pakai topeng hidung dan mulut ini ialah...
Setiap kali bernafas, ada wap haba di cermin mata...

Geram betuuuuul..!! (Sambil tarik rambut sendiri...)










Thursday, March 26, 2020

March 26, 2020

Ulang tahun blog yang ke 11!

Wow! Blog Begins At Forty hari ini berusia 11 tahun! 
Maknanya 11 tahun projek 'Self Portrait Daily' ni sudah berjalan.

Tak sangka boleh sampai ke tahap ini! Tahniah gedek! (Tepuk bahu sendiri)













Wednesday, March 25, 2020

March 25, 2020


Walaupun uncle dapat topi kitar semula dan kad hari lahir 'DIY'...

...uncle sangat bertuah kerana kesemua orang yang paling penting dalam hidup uncle berada bersama-sama pada sambutan hari lahir uncle yang ke 51 tahun hari ini... Syukur. 

Dengan ini uncle istiharkan satu Malaysia bercuti duduk di rumah sahaja hari ini... Baahaha!












Tuesday, March 24, 2020

Monday, March 23, 2020

March 23, 2020


"Budak-budak! Jomlah kita main Scrabble..."

"Mana ada orang main Scrabble tu lagi, ayah... Sekarang ni, orang muat turun apps dan main atas talian... Senang...!"

(Laa... sungguh? Ketinggalan betul ayah kamu ni... Huhuhu)















Sunday, March 22, 2020

March 22, 2020


Sejak perintah kawalan pergerakan terhad ni 
pagi, tengah hari, malam.... hari-hari makan masakan aunty...

Memang pasti gemuk macam ni....! Aduh!












Saturday, March 21, 2020

March 21, 2020


"Awak... Telur, bilis, roti di dapur cukup? Tak nak tambah?"

"Amboi! Dulu bukan main liat kalau mintak tolong pergi kedai! Sekarang siap buat senarai cadangan! Pergilah...!"

"Yeay..! Dapat keluar rumah!"



(NOTA: Jangan lupa #JarakSosial satu meter, ya!)














Friday, March 20, 2020

Thursday, March 19, 2020

March 19, 2020


Kenapa hari ni uncle bergambar dengan dinding kosong?

Bukankah kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan kerana tularnya virus Covid 19... Maka, duduk di rumah bermakna tiada cerita menarik sebagai latar belakang! Huhuhu....

#MatiKutu












Wednesday, March 18, 2020

March 18, 2020


Eh? Sejak bila ikon tandas dah berubah?
Oohh...! Dilarang merokok di dalam tandas...! 

Itulah..! Otak uncle ni gelojoh sangat memproses! Baahaha...! 












Tuesday, March 17, 2020

March 17, 2020


Hari ini uncle berswafoto dari atas kerusi doktor gigi...
Nampak tak wajah gemuruh uncle...?

#TakutTapuBuatBuatTakTakut












Monday, March 16, 2020

March 16, 2020


Cuba cari benda tersembunyi...
Tuuuua ha! Papan tanda nama jalan dah sampai menyorok dalam kedai dah!

Baahaha...!










Sunday, March 15, 2020

March 15, 2020


Sekali pandang macam orang sedang menjerit...!

Ya, Betul..! Uncle memang ada masalah macam ni. Otak uncle ni memang selalu bermaijinasi yang bukan-bukan! Baahaha...!













Saturday, March 14, 2020

Friday, March 13, 2020

March 13, 2020


Hari ini uncle pakai cermin mata baharu. 
Peratus rabun bertambah. Peratus silau bertambah... 

...dalam erti kata lain, semakin tualah tu... Baahaha!


(Uncle tahu memang nampak sama macam cermin mata semalam. Tapi sungguh! Ini cermin mata yang lain...)













Wednesday, March 11, 2020

Tuesday, March 10, 2020

March 10, 2020


Dulu peti kecemasan dianggap sebagai penyelamat nyawa. Tapi sekarang dah berubah,  plag elektrik awam adalah penyelamat nyawa yang sebenar! :D

Terima kasih #7elevenmalaysia













Monday, March 9, 2020

Sunday, March 8, 2020

March 8, 2020


Wanita yang hebat adalah wanita yang masak laksa Johor pada Hari Wanita sedunia!

Jangan cakap uncle tak tolong ya... uncle tolong selfie! Hehehe...! 
Terima kasih aunty!













Saturday, March 7, 2020

March 7, 2020


Gigi rongak pun ada hati nak jadi model...?! 

Hoi! Siapa yang buat onar rongakkan gigi gadis ini..?!?! Okey, sebenarnya waktu zaman persekolahan dulu uncle pun suka berkecimpung dalam aktiviti 'kreatif' macam ni! Pantang ada pen di tangan! Baahaha!












Friday, March 6, 2020

March 6, 2020


Memang dia tulis FREE besar-besar. Tapi jangan ambil percuma pula!
Sebab bukan semua FREE itu bermaksud PERCUMA!

Baahaha...!