Amboi...! Ini nak jadi raja sehari atau nak jadi raja vandalisma..?
CLICK!
Followers
Thursday, April 30, 2015
Wednesday, April 29, 2015
April 29, 2015
Tiada situasi menarik atau kejadian pelik yang uncle boleh kongsikan hari ini...
...selain dari uncle lupa nak sapu krim rambut...
Tuesday, April 28, 2015
April 28, 2015
Assalamualaikum bang, sedekahlah sekeping dua pada saya.
Yang warna ungu tu pun okey juga...
(Kerja memasukkan atau mengambil wang dimesin ATM adalah kerja yang sangat berisiko tinggi)
Monday, April 27, 2015
April 27, 2015
TEKA-TEKI : Ujian apakah yang tak memerlukan kita studi terlebih dahulu?
(Amboi! Jawapan punyalah besar di belakang tu!)
Sunday, April 26, 2015
April 26, 2015
Mana pergi murid-murid sekolah ni? Tinggal beg dan botol air saja? Halimunan semua? Entah-entah ini sekolah X-Mansion yang dalam cerita X-Men tu, kot?
Saturday, April 25, 2015
April 25, 2015
Hei! Tak suka betul lalu lebuhraya berbumbung ni. Nak berselisih kereta pun tak lepas. SEMPIT!
(Tapi kereta tolak, lah...)
Friday, April 24, 2015
Thursday, April 23, 2015
April 23, 2015
Eeeee! "Tak aluuu." Nampak alur punggung!
(Klik gambar untuk imej yang lebih jelas. Hmmm... mahu ramai yang ketumbit hari ni...! Baahaha!)
Wednesday, April 22, 2015
April 22, 2015
(Hari ni uncle terpaksa mengembara jauh sedikit untuk foto selfie ini. Ada yang nak kirim apa-apa?)
Tuesday, April 21, 2015
Monday, April 20, 2015
April 20, 2015
Hikayat murid-murid pulang dari sekolah. Jumpa pokok, panjat pokok. Jumpa kotak, main dengan kotak. Jumpa kerusi buruk, main dengan kerusi buruk. Sudahnya sampai rumah hampir senja!
(Psst... uncle dahulu pun lebih kurang juga! Baahaha!)
Sunday, April 19, 2015
Saturday, April 18, 2015
April 18, 2015
Bilik dajah sekolah sekarang memang hebat! Warna merah jambu lagi!
(Sekolah uncle dulu, berdinding kayu cuma...!)
Friday, April 17, 2015
Thursday, April 16, 2015
April 16, 2015
Sebenarnya... uncle memang sudah lama menghidap penyakit TB
'TB = Takut Bini'
(...eh, orang dalam gambar di belakang tu ada iras-iras uncle, kan?"
Wednesday, April 15, 2015
April 15, 2015
Huiii! Nasib baik uncle dah tua... kalau zaman kanak-kanak, habis uncle kutip buah jambu air tu kemudian kantung dalam baju, makan sambil berjalan keliling kampung...! Baru 'taiko'!
Tuesday, April 14, 2015
April 14, 2015
Ohh... 'Awas Basikal Melintas'... Kalau tiada tulisan tu, uncle sangkakan 'Basikal Atas Rakit'
Baahaha...!
Monday, April 13, 2015
April 13, 2015
Ambil satu pensel... hilang! Ambil satu lagi pensel... hilang!
Ke mana pula pergi pensel uncle ni? Ada hantu, kot..?
(Nak tergelak baca entri IZWA / BICARA HATI tentang main cak lempong dengan uncle! Lepas ni kita berbalas pantun pula, ya! Baahaha...!)
Sunday, April 12, 2015
Saturday, April 11, 2015
Friday, April 10, 2015
April 10, 2015
Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari, Mak ai... besarnya itu lubang...!
(Sila baca dengan gaya dan tonasi Jarjit dari Upin & Ipin untuk kesan yang lebih padu.)
Thursday, April 9, 2015
Wednesday, April 8, 2015
April 8, 2015
Ada sahabat nasihatkan amalkan makan nasi segenggam cuma.
...uncle dah lama amalkan makan nasi segenggem ni... tapi ikut sukatan tangan King Kong! Baahaha...!
Tuesday, April 7, 2015
Monday, April 6, 2015
April 6, 2015
Wahai kaum adam! Lebih baik kamu mengaku! Kamu sesekali curi-curi tengok tutorial memakai tudung sebab 'awek' di dalam video itu 'cun'...!
Uncle? Eh! Mana ada...!
Sunday, April 5, 2015
Saturday, April 4, 2015
April 4, 2015
Kata orang-orang tua, anak dara tak elok termenung di jendela. Nanti tiada lelaki masuk meminang... Agaknya yang ramai-ramai ni memang tak mahu jodoh, kot? :)
#jodoh
Friday, April 3, 2015
April 3, 2015
Comelnya mereka tolong-menolong berjalan sambil berpegangan tangan!
Semoga bila tiba hari uncle memerlukan bantuan berjalan, ada orang yang sudi pegang tangan uncle... (Air mata bertakung)
Thursday, April 2, 2015
Wednesday, April 1, 2015
April 1, 2015
"Anda diperhatikan."
Ada gambar teropong, tu! Agaknya orang yang meneropong tu siap menyorok dalam semak, kot? Baaahaha!
Subscribe to:
Posts (Atom)