CLICK!

Followers

Thursday, July 31, 2014

July 31, 2014


Musim raya... 

Pagi minum manis, petang minum manis, malam minum manis...

...malangnya muka uncle yang tak manis-manis...!





Wednesday, July 30, 2014

July 30, 2014


Sekali pandang macam juruterbang. Dua kali pandang macam deejay radio.
Tiga kali pandang macam pekerja di pit-stop litar lumba...

...tak mengapalah... jangan pandang serong, sudah..!





Tuesday, July 29, 2014

July 29, 2014


Uncle rasa bila uncle dah tua... (Yalah! Uncle tahu sekarang pun uncle dah tua!) Bila semua rambut semua memutih, semakin membotak... pasti uncle kelihatan seperti maskot gula-gula Hacks, tu...! Baju pun dah sama hitam! Baahaha...!


P/S: Kawan-kawan semua masih menikmati ketupat dan rendang...?




Monday, July 28, 2014

July 28, 2014


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 untuk pembaca bunyi dan pembaca sunyi BB@40. 
Maaf zahir dan batin...!

(Siapa ucap selamat hari raya uncle, tak dapat duit raya... ucap selamat hari raya abang!)






Sunday, July 27, 2014

July 27, 2014


"Nak cari daging... nak cari dagingNak cari daring... nak cari daging..."

(...jangan keliru! Telinga uncle bukan semakin melanjut... tapi itu siku orang belakang!)






Saturday, July 26, 2014

July 26, 2014


Hai adik-adik... memperkenalkan, buah rambutan!

(Agaknya semua pekerja Melayu sudah balik kampung untuk cuti berhari raya... yang tinggal hanya pekerja Myanmar kot...? Baahaha...!)






Friday, July 25, 2014

July 25, 2014


Menunggu angka giliran tiba untuk buat ujian stress pun boleh bikin uncle stress..!!! Laaaaammmmmaaaa...! Macam mana tu?

(...nampak tak kesan khas tekanan stress uncle tu...? hehehe)








Thursday, July 24, 2014

July 24, 2014


Okey... anda semua dibenarkan merasa cemburu sekarang! Kenapa? Kerana uncle menerima kad hari raya dari blogger DAYANG DENO!


(Seikhlasnya uncle mula tahu berkenaan penyakit LUPUS @ SLE semenjak mula membaca blog DENO beberapa tahun dulu. Menariknya DENO berkongsi pengalaman beliau berdepan dengan penyakitnya ini. Lebih penting dalam blog DENO terdapat banyak informasi tentang penyakit LUPUS @ SLE yang jarang kita ketahui..! Jom klik di SINI)

Kepada DAYANG DENO: Uncle sebenarnya melompat gembira dan tersenyum semasa menerima kad ini... tapi demi menjaga imej, uncle terpaksa masamkan muka uncle untuk gambar hari ini...! Hehe...!




Wednesday, July 23, 2014

July 23, 2014


Tak mampu nak komen, sebab ini memang betul-betul lawak! 
10 bintang untuk 'toukeh' kedai ini... Baahaha...!

#terlajakkreatif




Tuesday, July 22, 2014

July 22, 2104


Huuii, bahayanya! Bucu tajam papan tanda ni betul-betul hujung tepi garisan jalan..!
Janganlah ada penunggang motosikal tersangkut bahu di situ... ngeri, oh! 
Hati-hati ya kawan-kawan jika melalui jalan ini...

(Klik di SINI untuk lokasi. Betul-betul sebelum jejambat berhadapan dengan Shell / Simpang Taman Cheras Indah)


Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh BB@40





Monday, July 21, 2014

July 21, 2014


Tak mainlah bawa kereta cuci di car spa... 
Uncle terus bawa kereta uncle pergi mandi bunga...! 

(...aduh, kenapalah bijak sangat lepak di sini tadi..?!?!)






Sunday, July 20, 2014

July 20, 2014


Cari sampul duit raya = Tugas uncle. 
Isi sampul duit raya dengan duit = Tugas aunty...!

Laaaarrriiiii....!




Saturday, July 19, 2014

July 19, 2014


Unlce memang pantang bila jumpa pen dan kertas... mesti gatal nak conteng!

Nampak tak...? Baahaha...!





Friday, July 18, 2014

July 18, 2014


Syarikat ini mesti sudah lama didaftar. Ejaannya pun seperti ejaan zaman P. Ramlee! 
Okey itu saja uncle nak kongsi buat hari ini...

- TAMMAT - 





Thursday, July 17, 2014

July 17, 2014


Yang di belakang tu daun Pokok Semalu...
Yang di hadapan tu pula, muka tak malu...


(...yalah, yalah...! Uncle mengaku!)






Wednesday, July 16, 2014

July 16, 2014


Eh, eh... seramnya
Kelibat apa dalam kereta tu...? Baik uncle laaarrrriiiii....!!!

#steeringlock





Tuesday, July 15, 2014

July 15, 2014


Sengaja uncle biarkan labah-labah ni berlegar-legar di muka uncle. Mana tahu, kalau dia gigit uncle boleh bertukar menjadi Spiderman...?!

(Selamat tinggal baju hitam dan selamat datang kepada baju merah biru yang ketat!)





Monday, July 14, 2014

July 14, 2014


Nasib baik rambutan rumah orang, kalau rumah sendiri, uncle dah panjat!

(Ehem...! Makan selepas berbuka, okey... bukan sekarang! Cubalah berbaik sangka sikit!)





Sunday, July 13, 2014

July 13, 2014


Ini yang malas ikut ni... 

Cuba teka siapa yang kena jadi jaga berdiri depan pintu, bila kunci pintu fitting room rosak...? MENYAMPAH...!! Tahun depan sah tak nak ikut..!!!





Saturday, July 12, 2014

July 12, 2014


"Bagai telur di hujung tanduk"

(Hey! Itu tanduk photoshoplah...! Bukan tanduk betul-betul okey...!)





Friday, July 11, 2014

July 11, 2014


Mungkin 'berlesen' yang dimaksudkan itu adalah lesen memandunya...
...jadi, secara teknikalnya, along ini tidak menipulah, kan...?

Jangan terpedaya, ya..! Baahaha..!





Thursday, July 10, 2014

July 10, 2104


Antara sebab uncle suka bulan puasa...

Tiada lagi kelihatan kertas pembungkus ais krim atau plastik makanan bersepah-sepah di padang sebelah rumah... Bukan itu saja! Budak-budak pun tidak kelihatan...! Baahaha..!

...kan sejuk mata memandang...?




Wednesday, July 9, 2014

July 9, 2014


Amacam brader? Jom race... Ada bran...?


FAKTA MENARIK: Uncle sebenarnya tidak pandai menunggang motosikal... 
...hehe (gelak malu)






Tuesday, July 8, 2014

July 8, 2014


Jangan boros waktu membeli-belah untuk persiapan hari raya. Walaupun 'setan' dibelenggu dalam bulan Ramadhan, tapi nafsu tetap ada untuk menggantikan tempat 'setan'!

(...sebenarnya uncle tak mampu pun nak membeli-belah di kedai seperti ini... setakat tumpang bergambar bolehlah...! Baahaha...!)





Monday, July 7, 2014

July 7, 2014


Orang luar panggil Sungai Muar, 
Orang Muar panggil, Sungai 'Muo'....

Cantik bukan..?



Sunday, July 6, 2014

July 6, 2014


Kalau anai-anai, kenapa kakinya lapan...? Mutant kah...?

Baahaha...!




Saturday, July 5, 2014

July 5, 2014


Kok ya pun kalau nak makan... tunggulah waktu berbuka dulu! Malulah sikit pada orang..!

...dan nganga luas lagi mulut tu...!





Friday, July 4, 2014

July 4, 2014


Rerbonling? Permling? ColourlingBaahaha...!!! 

(Kurus puasa uncle sebab gelak dalam kadar keterlaluan)





Thursday, July 3, 2014

July 3, 2014


Ini adalah contoh payung untuk penagih selfie.

(Tak perlu nak sengetkan tengkuk untuk kepit payung di bahu lagi... Baahaha)




Wednesday, July 2, 2014

July 2, 2014


Ada sesiapa yang berminat nak beli Melayu ni, tak..?

(Uncle pandai masak... masak air... hehe)




Tuesday, July 1, 2014

July 1, 2014


Orang belakang tu pun... tak payahlah keluarkan bunyi 'slurp-slurp' semasa menikmati tembikai merah lagi sejuk nan lazat, tu...!!!

...menguji kesabaran betul..!