CLICK!

Followers

Thursday, February 28, 2013

February 28, 2013


Oh... rupanya pokok duit-duit yang bulat macam duit syiling itu akan berubah menjadi panjang seperti duit kertas apabila matang...! Baru uncle tahu!

Tapi duit syiling dalam saku uncle tak nak pula dia berubah menjadi duit kertas.. huh!


(Tak kenal pokok duit-duit? INI DIA)


Wednesday, February 27, 2013

February 27, 2013


Pasti kawan-kawan pernah melalui saat canggung seperti ini..

'Perut sangat lapar, sampai kedai makan, tetapi tak tahu nak makan apa...'

Benci bukan?


Tuesday, February 26, 2013

February 26, 2013


TAHUKAH ANDA: 
Ada pokok kaktus boleh berdiri sehingga 40 kaki tinggi.

TAHUKAH ANDA: 
Selain perisai, duri pada pokok kaktus juga berfungsi sebagai penebat haba untuk pokok pada waktu malam yang sejuk.

TAHUKAH ANDA: 
Kalaulah pokok ni tumbang atas belakang uncle, mesti uncle menyesal seumur hidup...!


(Uncle terpaksa mencangkung nak rakam gambar ni, tahu!
~ Nasib baik tiada orang tengok.... cheh!)


Monday, February 25, 2013

February 25, 2013


Ish ish ish... cuba tengok pakcik di belakang itu.
 Rakam gambar sendiri di dalam tandas awam. Tiada sekelumit perasaan malukah...?


Sunday, February 24, 2013

February 24, 2013

Guest #52


(1) Kopiah, buah tangan ABANG ENSEM
(2) Peminat ABANG ENSEM
(3) Macam ABANG ENSEM ?

Terima kasih ABANG ENSEM kerana sudi berkongsi pengalaman semasa menunaikan umrah... emosi beliau sangat menakjubkan!


Saturday, February 23, 2013

February 23, 2013


Hari ini sekolah anak uncle ada program gotong-royong.
Nasib baik uncle tiba pada waktu yang tepat... 

 "...waktu makan."


Thursday, February 21, 2013

February 21, 2013


Laaa... selama ini uncle silap
Ingatkan peribahasa tu sebut  'Nasi sudah menjadi BUBUR', 
rupanya 'Nasi sudah menjadi BUBU...'


Wednesday, February 20, 2013

February 20, 2013


Okey... sekarang uncle faham kenapa aunty pesan supaya menutup mangkuk apabila mahu menghangatkan lauk di dalam ketuhar gelombang mikro...


(Ya Allah ya tuhanku... Minta janganlah bini aku baca entri aku hari ini...)


Tuesday, February 19, 2013

February 19, 2013


"Ini bukan ginculah... ini kurap...! Sumpah, abang tak tipu..."
"Tadi masa naik motor, abang kena batu... Percayalah..."

Tercari-cari alasan nak jawab pada aunty...


(Dah, dah... ini sebenarnya photoshop, okey!)


Monday, February 18, 2013

February 18, 2013


Maksud yang sama tetapi panjang ayatnya berbeza...
Melayu, 4 baris / Inggeris, 2 baris / Cina, 1 baris / Tamil = 3 baris.
Mungkin ada benarnya bila orang berkata yang orang Melayu ni 'cakap banyak'?



(Agaknya apakah yang difikirkan oleh dua gadis dibelakang tu yang asyik memerhatikan kelakuan aneh uncle? Baahaha...)


Saturday, February 16, 2013

February 16, 2013


Rasa seperti ada yang tak lengkap saja hari ini... Makan sudah, kerja rumah sudah, basuh kereta sudah... apa lagi? Oh ya! Belum kemas kini blog...! Nasib baik terpandang wajah sendiri di cermin... Baahaha!

Ya! Orang tua dan terlupa memang datang dalam satu bungkusan...!



Terima kasih kepada IRWAN ALESSA kerana entri INI... Tetapi perbandingan ini umpama Beauty and the Beast...! Baahaha! Terima kasih ya?


Friday, February 15, 2013

February 15, 2013


Sesuai tak peribahasa ini?
"Lembu punya susu, Sapi Tairu dapat nama"

(Mahu susu lembu segar? Cari Tairu di Jalan Klang Lama, okey?)


Thursday, February 14, 2013

February 14, 2013


Kongsi tandas?

Ini baru betul "Ketawa bersama, menagis bersama, pergi tandas pun bersama..."


Wednesday, February 13, 2013

February 13, 2013


"Outsider not allower"

Tepat atau tidak tepat ayat ini...? Uncle betul-betul tak tahu! Siapa-siapa boleh bantu?

(Nampak gayanya nak kena selalu tonton Oh my English, ni...)


Tuesday, February 12, 2013

February 12, 2013


Menggigil ketakutan unlce bila terpandang papan tanda ini..! Tak jadi untuk parkir di sini kerana ketakutan yang teramat sangat! Heeiii...! Takutnya! Takutnya!

Baaaahahaha...!




Monday, February 11, 2013

February 11, 2013


Orang-orang tua pantang kalau bermain dengan makanan...
Uncle pantang tengok makanan, mesti nak main...!

Ini juga seni kulinari, kan? Baahaha!


Sunday, February 10, 2013

February 10, 2013


Tahun ular bukan tahun untuk mengular, okey..!

 Gong Xi Fa Cai!


(Untuk kawan-kawan yang tidak menyambut Gong Xi Fa Chai, selamat bercuti!)


Saturday, February 9, 2013

February 9, 2013


"Tet-teeett..!"

Tiada harga yang tertera pada pengimbas kod bar.

"Hmmm... Tiada harga diri, kot..?" (sedih)



Friday, February 8, 2013

February 8, 2013


Lelaki bawa payung? Tak 'cool' lah... 
Uncle lebih rela pakai topi hodoh... Baahaha!






(Kawan-kawan: Ingin teruja? Sila klik TIPTOE WORLD)


Thursday, February 7, 2013

February 7, 2013


Lain yang dipancing, lain yang dapatKonon nak rakam gambar sendiri keluar di TV pagi tadi... Rupa-rupanya keluar gambar boss DENAIHATI...!!! Muka uncle adalah keluar dalam satu saat, kot... Baahaha!


(Rakaman Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 di Selamat Pagi Malaysia TV1. Ikuti juga DENAIHATI di Twitter)


Wednesday, February 6, 2013

February 6, 2013


Tong sampah automatik...?




Cuba tengok blog ini... Renungan sama. Panjang rambut sama. Matlamat blog sama... yang tak sama ialah 'awek' ni tiada misai dengan janggut, je! Hahaha! Jom terjah blog DAMIAMIKHAILA AREESYASOFEA..!


Tuesday, February 5, 2013

February 5, 2013


"BEER, Tidak ditanggung halal..?"
Tulis "Tidak Halal" sudahlah... 

Hik hik hik... (gelak orang mabuk kepayang)


Monday, February 4, 2013

February 4, 2013


Greetings... Saya datang dengan aman... 
Sungguh, pemandu teksi tadi namanya Aman..!


(Okey, itu chopstick...)


Sunday, February 3, 2013

February 3, 2013


Tu dia! Konon nak lelapkan mata dalam 30 minit petang tadi... Rupanya terbabas sampai senja! Siap mimpi hantu lagi! (Uncle cakap mimpi hantutahu! Bukan rambut uncle macam hantu! Mohon baca betul-betul!



Uncle minat sungguh dengan muka MAK DARA ni... tahu kenapa? Sebab dia ada 'dimple' di dagu! Comel tahu! Oh, ya! Uncle beri dia markah penuh!


Saturday, February 2, 2013

February 2, 2013


Berpeluang bersarapan semeja dengan Dato' Sri Ong Tee Keat pagi tadi... Niat dihati uncle nak tanya bila tarikh PRU nanti... Tapi malangnya uncle hanya berani tanya khabar, je... Baahaha!



Blogger ERYIQAZZ nak ajak uncle nyanyi lagu Awie... jangan cari pasal bro... uncle tarik kamu atas pentas sama-sama, karang! Jom kita rock the house!

Friday, February 1, 2013

February 1, 2013


"Abang, kipas dinding di bilik atas tu warna apa, dah..?"
"Warna kelabu..."
"Eh? Betul ke kelabu? Cuba tengok balik..."

Renung kipas lama-lama....

"Yelah, yelah... abang cuci kipas ni sekarang!" 
"Huh! Pantang tengok orang bercuti!" (cakap dalam hati...) 



(Terima kasih kepada EIN aka AKO kerana entri INI. Errr... boleh tak bagi tips cara ambil gambar lebih baik? Tapi uncle guna kamera telefon saja... kamu kamera berkuasa tinggi..!)