CLICK!

Followers

Monday, April 30, 2012

April 30, 2012


Kalau uncle matikan telefon dan menonton waktu bekerja ni... rasa-rasa boss tahu, tak...?

Sunday, April 29, 2012

April 29, 2012


Uncle bukan tak mahu sertai tentera dan berkorban untuk negara... Uncle cuma tak sanggup nak korban kan rambut panjang uncle ni... haha...!

Saturday, April 28, 2012

April 28, 2012


Kalau seekor dapat RM3, kalau 10 ekor dapat RM30, kalau 50 ekor dapat RM150, kalau 100 ekor dapat RM300, kalau 500 ekor dapat RM1,500, kalau 1,000 ekor dapat RM3,000, kalau 5,000 ekor  dapat RM15,000, kalau 50,000 ekor dapat RM1.5 juta...!!!! Wow! Pakcik kayo!

Hari Isnin uncle hantar surat letak jawatan...!

Friday, April 27, 2012

April 27, 2012


Maklumlah... 'Muka pecah rumah...'




-----><-----
ARIFF SHAH kata muka uncle ni muka 'neutral'... Dah macam gear kereta automatik, lah pulak...! Apa-apa pun, terima kasih, boss! ~ haha!

Thursday, April 26, 2012

April 26


Pon pon poooon...!!!! Kecepir! Neeenooo... neeenooo... neeenooo...! 





-----><-----
Semalam blog BB@40 ini hilang. Hanya tertera ayat 'Blog Not Found' (lihat blog EZZU RAZA). Cemas dibuatnya! Terima kasih pada kawan-kawan blogger yang menenangkan uncle di group facebook, PIDA yang berbalas-balas e-mel memberi tips dan ALIEN13 kerana bertanya khabar... Jom group hug tanda gembira!

(Masalah yang masih dikesan, tidak dapat siarkan komen semalam. Mungkin masalah teknikal di 'Blogger' ~ Maaf ya?)
-----><-----

Wednesday, April 25, 2012

April 25, 2012


La la la la... Di di di di... (ceria)
Hey hey hey... La la la la... (gembira)

NOTA: Hari ini hari gaji aunty.

Tuesday, April 24, 2012

April 24, 2012


PENGAKUAN: Ini memang restoran uncle, cuma... bukan uncle gedek lah... !
(Harap jangan ada yang singgah untuk makan percuma, sudahlah! Haha!)







  1. Bagaimana SCARLETT O'HARA tahu uncle ada ilmu pukau, ni?
  2. Sah! JAI dari TERATAKARMO ni suka menyakat kawan-kawan blogger! Aduh!

Monday, April 23, 2012

April 23, 2012


'Artist at work'
Pagi tadi uncle terserempak dengan pelukis graffiti. Uncle sapa dan kami berbual. 
KONKLUSI: Pelukis graffiti adalah pengkarya yang kental.


Apa pandangan kawan-kawan yang lain?

Sunday, April 22, 2012

April 22, 2012

Guest #42


Terjumpa kawan lama... kartunis GAYOUR. Rasa seperti bergambar dengan SLASH, tahu!






NOTA UNTUK KAWAN-KAWAN
  1.  EYRIQAZZ : Tak perlu practice... dah perfect dah pun! Tinggal nak simpan rambut panjang, je!
  2.  TUKANG KARUT : Senang kan update macam ni? Pendek je! Haha
  3.  MAN: Kamu tulis gambar uncle  'disemadikan'... Uncle rasa maksud kamu 'diabadikan' kan, kan, kan..? haha!
Terima kasih semua... jom group hug!

Saturday, April 21, 2012

April 21, 2012


Uncle memang tekun semasa mesyuarat... tekun menconteng...


Ehem-ehem, hari ini adalah hari lahir aunty yang ke *aduh! (*Aunty cubit)

Friday, April 20, 2012

April 20, 2012


Pisang hijau dibawa berlayar, masak sebiji di atas peti...
Perut uncle sudah lapar, hijau pun hijau lah, uncle 'ngap' saja nanti...

(Dambakan nasi biryani kambing di masjid...)

Thursday, April 19, 2012

April 19, 2012



TERSURAT: Gunakan pengangkutan awam / Dapat menjaga lapisan ozon / Untuk hidup yang lebih segar...

TERSIRAT:  Guakan pengangkutan amam / Dapat  menjamu mata / Untuk jantung yang lebih segar...

LOKASI: Stesen ERL Bandar Tasik Selatan

Wednesday, April 18, 2012

Tuesday, April 17, 2012

April 17, 2012


Motivasi untuk Mat Pet..? Ha ha!

(Ayat penuh: Kitar Semula Untuk Ganjaran.)

Monday, April 16, 2012

April 16, 2012


Laa... patut pun tak jawab salam tadi. (Baru nak menggatal...)

Sunday, April 15, 2012

April 15, 2012


Tiba-tiba rasa rajin pula nak kemas stor pada hari minggu ini... 

Okey, uncle tipu, aunty paksa..! Boo..!

Saturday, April 14, 2012

April 14, 2012


"Bayang-bayang tidak pernah berbohong"
(Okey, okey... itu bayang Photoshop... haha)

Friday, April 13, 2012

April 13, 2012

Guest #41


Ramai yang sayang pada blogger seorang, ni... (yang pakai tudung itu, lah!) Cepat sembuh ya, KAKCIK SEROJA..!

LOKASI: Wad 204, Hospital Pakar Al-Islam, Kampong Baru.

Thursday, April 12, 2012

April 12, 2012

VIDEO TERBARU!


26 Mac 2009 + 26 Mac 2012 = 1,095 hari! ~ Yeay!



Gambar hari ini...

Pagi-pagi sudah 'Mengadu nasib' di Tabung Haji... :(

Wednesday, April 11, 2012

April 11, 2012


Eh? Rasa-rasanya uncle dah mandi pagi tadi...? Kenapa bau belacan ni...?

Tuesday, April 10, 2012

April 10, 2012


Uncle cuma tengok-tengok saja, tahu... tiada niat lain, okey!!

(Kalau isteri uncle tengok entri hari ini, penat nak kena jawab, ni...!)

Monday, April 9, 2012

April 9, 2012


GAYAT ~ Kalau blog ini tidak dikemas kini esok.... itu maknanya, ada kemungkinan uncle sudah  tergelincir jatuh... Doakan ya? (Hoi! Bukan doakan jatuh, lah!)

Sunday, April 8, 2012

April 8, 2012


Uncle ada satu perangai pelik... Setiap kali uncle susah hati, uncle mesti nak sental bilik air. Minggu ini saja sudah dah dua kali uncle sental bilik air... :(

Saturday, April 7, 2012

April 7, 2012


Isteri pesan beli nasi lemak untuk sarapan, tapi uncle beli roti canai... Nanti sampai rumah uncle buat-buat terlupa saja lah...

(Para suami sila ambil perhatian! Malas keluar pagi-pagi beli sarapan? Amalkan muslihat ini. Esok mesti isteri yang keluar sendiri beli sarapan... Haha..)

Friday, April 6, 2012

April 6, 2012


Mungkinkah masjid ini akan berkarat?

(Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya ini juga dikenali sebagai Masjid Besi)

Thursday, April 5, 2012

April 5, 2012



Pernah tak berlaku sebegini? Situasi; dalam mesyuarat, sekolah atau kuliah...

Boss tanya "Faham?"  Kita jawab "Faham!" 
Sebenarnya sepatah haram tak faham...!

Tak pernah? Dusta lah!

Wednesday, April 4, 2012

April 4, 2012



Sukarnya jadi orang tua...
Sepatutnya diadakan 'Kementerian Tua dan Sukar...'

Tuesday, April 3, 2012

April 3, 2012


Sudahlah tu SYAHRIN, jangan ambil gambar aku banyak-banyak. Engkau ingat aku ni suka bergambar dan upload muka sendiri di internet hari-hari kah? Gilalah! Aku pun tahu malu, juga..! (keh keh keh...!)

Monday, April 2, 2012

April 2, 2012


Ramai orang tak tahu, dalam rumah ini, set penjagaan rambut uncle lagi banyak dari aunty punya...!

(Ramai juga orang tak tahu, uncle duduk atas jamban untuk ambil gambar ni...! Haha!)

Sunday, April 1, 2012

April 1, 2012

Guest #40


Ingatkan blogger tahap selebriti ni sombong... Tak sangka BRO FRAMESTONE ini sangat peramah orangnya! Lain kali kita sembang panjang ya, bro?!  Nak curi ilmu..!

LOKASI: Di kediaman DATO' LF. Terima kasih kerana sudi menjemput kami bersarapan bersama ~ (Psstt... DATO' LF tu dah lama uncle anggap selebriti, tahu!)