Followers

Friday, November 20, 2026

November 20, 2026



Lantak! 

'Kerata' pun 'kerata'lah... 

Yang penting kau cuci 'kerata' uncle bersih..! 

Eh... KERETA! (Sambil tepuk-tepuk bibir.)

Uncle pula yang tersasul!







Thursday, November 19, 2026

November 19, 2026



Hiba dan menyayat hati... 

Hari tu rangka motor ini masih berdiri walau tak cukup sifat. 
< KILK SINI > untuk lihat.

Hari ini... motor telah pun menyembah bumi. 

Semakin banyak bahagian-bahagian yang telah hilang. 

Hmmm...

'Arwah' dulu baik orangnya...







Wednesday, November 18, 2026

November 18, 2026



Hujan punyalah lebat... 

Terkandas dalam kereta. 

GRUK! GRUK!

Hah! Bunyi guruh buat uncle takut nak keluar... 

Eh, sekejap... Itu bukan bunyi guruh.

Itu bunyi perut uncle! 

Lapar!







Tuesday, November 17, 2026

November 17, 2026



Eceh ceh ceh... 

Boleh pula si Milo ni pura-pura tidur...?

Menyampah...!

Kalau manusia ni kita panggil 'tidur-tidur ayam' 

Kalau kucing...?







Monday, November 16, 2026

November 16, 2026



Olololo....

Ini baru betul-betul 'anak bulu.' 

Siap ada kereta sorong! 

Geram betul!


(Nota: Ada tiga ekor puppy comel dalam tu !)








Sunday, November 15, 2026

November 15, 2026



Aunty ni lucu. Semua makanan diajak kongsi. 

"Awak tak perlu oder, kita kongsi." Katanya.

Sarapan nasi lemak. = kongsi. 

Nasi campur, makan tengahari = kongsi. 

Mi goreng makan malam. = kongsi. 

Ini... pisang = pun diajak kongsi! 

Masalahnya uncle ni yag tak kenyang-kenyang! 

Hu hu hu...







Saturday, November 14, 2026

November 14, 2026



Ada ni haaa... 

Pakai segak-segak hadir majlis pernikahan cucu saudara. 

Bak kata P. Ramlee...

"Butang baju Melayu aku mana Pah?"







Friday, November 13, 2026

November 13, 2026



Kebelakangan ini banyak betul terima panggilan telefon yang tak dikenali

Nombor yang tertera pula bukan-bukan. Macam bukan dari dalam negara.

Bila telefon dah mengesyaki 'spam'... uncle pun terus sekatlah! 

Harap-harap uncle buat tindakan yang tepat... 

Kalau kawan-kawan buat apa?







Thursday, November 12, 2026

November 12, 2026

GUEST #124


Bertuahnya uncle hari ini dapat jumpa dengan kawan lama, seorang
pelukis komik, kartunis, pencipta kandungan (content creator) 
animator, pensyarah dan usahawan berjaya iaitu JAKALLL. 

Lebih bertuah, uncle menerima komik XGEN karya beliau 
sekali dengan tandatangannya yang panas-panas! 

Jangan lupa ikuti TikTok Kartunis_Jakalll (<-- klik) ya! 

Kalau nak beli komik XGen... <-- klik di sini atau di bio TikTok beliau!







Wednesday, November 11, 2026

November 11, 2026



"Uih! Banyaknya buah mangga. Beli di mana?" Tanya uncle pada aunty. 

"Online." Jawab aunty pendek.

... 

"Eh? Mana mangga tadi?" Tanya aunty sambil tercari-cari. 

"Nanti... Nak buat modal blog dulu..." Jawab uncle lalu membuat 'wajah poker'.