Followers

Sunday, July 31, 2016

July 31, 2016


"Sekali‐sekala tidak menulis apa‐apa itu lebih baik dari menulis apa‐apa…"

(Okey‐okey! Uncle mengaku! Uncle tak ada idea nak tulis apa hari ini...!!!)





Saturday, July 30, 2016

July 30, 2016


Buah rambutan di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kamu budak sedang belajar
Bercinta‐cinta sila lupakan...


(NOTA: Pantun nasihat ini tiada kena‐mengena dengan orang di belakang tu…)





Friday, July 29, 2016

July 29, 2016


Yang tukang tulis ni yang sebenarnya kena makan ubat ni dulu. Sebab dia sendiri tak nampak dia salah tulis… 'PERLIHATAN' MATA ELOK?

Baahaha…!








Thursday, July 28, 2016

July 28, 2016


Uncle tabik spring dengan 'bang guard' ni. Tolong kawal lalu lintas, tolong orang tua melintas jalan, hinggakan tolong tolak kerusi roda pun dia buat! Yang paling salut, semuanya dia buat dengan senyuman!

(Malangnya orang seperti ini semakin pupus di bumi Malaysia. Huhuhu…)

LOKASI : Hospital Ampang.





Wednesday, July 27, 2016

July 27, 2016


Mak ai..! Panjangnya lemang dia! 

Lemang orang lain adalah dalam sekaki dua, kot…?

#blur




Tuesday, July 26, 2016

July 26, 2016


'Air Mata Kucing' boleh tulis penuh. Kenapa 'Air Batu Campur' hanya ditulis akronimnya?

Walhal hurufnya sama banyak?


#IniTidakAdil










Sunday, July 24, 2016

July 24, 2016

Guest #79


Uncle betul-betul tak puas hati dengan mamat dua orang ni..! Disebabkan oleh hasutan mereka berdualah, uncle nak jadi orang pulau... Taknak baaliikkk..!!!!

NOTA SERIUS: Nak cuba selam skuba? Simpan nombor ini. Yang kiri uncle tu AMLI : Tel +60122982874 Whatsapp +60132395588 dan yang kanan uncle tu JOE : +601118984838. Sekarang uncle dah cuba skuba, dan uncle syorkan semua kawan-kawan cuba skuba. Ia satu pengalaman yang tak boleh di gambarkan dengan perkataan. Mesti menyelam sendiri baru faham. Yang penting, carilah pengajar yang bertauliah dan bertanggungjawab. Yang lain, mereka akan menunjukkan macam mana untuk berseronok di 'planet' lain... Pengalaman yang sangat menakjubkan..! Klik NEMO DIVERS juga..!







Saturday, July 23, 2016

July 23, 2016

 

Misi mencari duyung di Pulau Redang. Tapi dijodohkan dengan 'benda' ni... Jadilah...

(Selfie menyeronokkan hari ini ditaja oleh NEMO DIVERS Okey, bye... Uncle nak menyelam..!!! Nak seronok macam  uncle? Klik tulisan kuning tu..!!!)

Friday, July 22, 2016

July 22, 2016



Seronok menghadap boss? Tekun bekerja? Maaf ya, uncle sedang 'berjimba' di Pulau Redang.

#JanganCemburu

(Selfie menyeronokkan hari ini ditaja oleh NEMO DIVERS Okey, bye... Uncle nak menyelam..!!! Nak seronok macam uncle? Klik tulisan kuning tu..!!!