Followers

Friday, August 31, 2012

August 31, 2012


Usah menjadi seperti lembu dicucuk hidung seperti dahulu. Kita sudah MERDEKA!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun, Malaysia!

Thursday, August 30, 2012

August 30, 2012


'JALAN STESE...?' Poning ese..!
Selamat tinggal 'Somban'!

Wednesday, August 29, 2012

August 29 2012



Hmmm... hari-hari sarapan di hotel. Nak juga merasa sarapan di kedai mamak atau bungkus di gerai payung tepi jalan macam kamu semua... 

(YA! Uncle memang berlagak!)


Tuesday, August 28, 2012

August 28, 2012


Lengangnya komuter ni...? Kalau uncle pindah ke koc wanita agaknya meriah tak? 

LOKASI: Dalam KTM Komuter menuju ke 'Somban'

Monday, August 27, 2012

August 27, 2012


Pertama kali sampai ke Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan. Perpustakaan universiti ini sangat cantik, tahu! 

(Pelajar-pelajar perempuannya laaagi cantik..!!!!)



RALAT: Tadi rezeki terserempak dengan blogger INA HASHIM, rupanya beliau pensyarah di sini. Borak punya borak, sampai terlupa nak ajak dia jadi GUEST blog ini... Alahai...!

Sunday, August 26, 2012

August 26, 2012

KANAK-KANAK HILANG
(Sathiskumar, 5 tahun)


Kejadian kanak-kanak hilang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, kan? Uncle risaulah...!


INFO: 
Adik Sathiskumar a/l Tamilvanan, 5 tahun didapati hilang di kawasan Jalan Permatang Pauh, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada jam 2:00 petang 8 Ogos 2012. Beliau berketinggian lebih kurang 70cm dan berat 15kg. Jika anda pernah terlihat adik ini, sila hubungi: Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah di talian 04-538 2222 atau INSP Mohamad Ehsan Bin Abu Bakar di talian 012-2494002.

Klik SINI atau SINI untuk pautan asal.


Saturday, August 25, 2012

August 25, 2012


Setiap tahun aunty pasti akan ulang tekad. "Tahun ini tak perlu kuih raya banyak-banyak. Paling banyak pun dua balang sahaja."

Setiap tahun juga uncle akan tersenyum sinis...

Friday, August 24, 2012

August 24, 2012


Walaupun berbagai jenis air dihidangkan pada hari raya... Teh tarik mamak juga yang dirindui... 'Tekak Malaysia sungguh!'

Thursday, August 23, 2012

August 23, 2012


Baju hitam, dinding hitam, cermin mata hitam tidak mengapa... 
Asalkan hati janggut putih bersih...

Wednesday, August 22, 2012

August 22, 2012


Hari Raya ke empat, kembali kepada asal: Ayah sedang menonton kartun.

(NOTA: Suka tengok ayah tergelak-gelak dengan cucu layan Oggy and the Cockroaches)