Followers

Monday, September 20, 2021

September 20, 2021



Hari tu hantar kucing ke klinik haiwan. 

SOP tidak membenarkan uncle bersama ke bilik rawatan.

 Jadi doktor merawat sambil menggunakan panggilan video. 

Uncle tiada masalah... 

Tapi kalau nampak darah, uncle cepat-cepat tutup mata...! 

Seriau!













Sunday, September 19, 2021

September 19, 2021



JANGAN BALING!

 Tolong berhati perut sikit!

Kasihanlah pada warga emas itu..! 


(Ya, uncle memang berdiri lama di sini menunggu orang lalu di situ bagi dapatkan momen yang tepat untuk gambar ini...)













Saturday, September 18, 2021

September 18, 2021



Kerabu Manggi? Tak pernah dengar. 

Tapi kalau Kerabu Mangga atau Kerabu Maggi selalulah dengar. 

Namun... 

KERABUKERAN... Pertama kali dengar!













Friday, September 17, 2021

September 17, 2021



Mula-mula tulis FACE MASH. 

Salah.

Padam H 

Jadi FACE MAS

Salah juga...

>_<











Thursday, September 16, 2021

September 16, 2021



Alahai pasar raya ni pun... 

Berilah tali pas yang elok sikit... 

Tali rafia pun dah carik-carik... 

Pas tandas sekolah pun lagi cantik... 

Huhuhu...













Wednesday, September 15, 2021

September 15, 2021



Beginilah uncle... 

Jika ada waktu terluang uncle memang suka rela membantu aunty... 

Contohnya seperti ini. Membersih kipas dinding... 

"La la la..." (Kerja sambil menyanyilah konon)


"Abaaannng! Dah lap kipas belum? Bergambar pula dia!" 

"Ba... ba... baik bos!"

(Alamak! Bentara guru dah berbunyi..!")













Tuesday, September 14, 2021

September 14, 2021



Uish! Banyaknya gambar pencuri yang dirakam oleh kamera litar tertutup kedai ni..! 

Harap-harap gambar uncle tak naiklah lepas ni... 

Apa? Uncle curi apa? 

Uncle curi-curi bergambar...! 

Eh, tak salah, kan? Baahaha...!













Monday, September 13, 2021

September 13, 2021



Di bawah teduhan pokok. Di belakang rel laluan LRT. 

Tiba-tiba di tempat sunyi macam ni ada kerusi belunjur kaki... 

Nak tumpang duduk pun seram... 

Atau nak kena minta 'kebenaran' dulu sebelum duduk...? 

Ish..! Nanti dicap khurafat pula!













Sunday, September 12, 2021

September 12, 2021



Seronok tak terperi uncle tengok jalan belakang kini lancar. 

Sebelum ini di situlah anggota polis berkampung memeriksa kenderaan yang lalu-lalang

Kami yang tinggal berdekatan yang jadi mangsa kesesakan jalan! 

Apa pun terima kasih abang polis (dan kakak polis) kerana manjalankan tugas dengan sabar! 

#salut













Saturday, September 11, 2021

September 11, 2021



Ada orang tanya...

Apakah aktiviti riadah yang uncle paling rindu nak lakukan semula? 

BERENANG! 

Entah bilalah kolam renang awam akan dibuka semula... 


(Dulu uncle selalu berendam di sini sambil cuci mata... Uhuk uhuk uhuk..!)