Hmmm... hari-hari sarapan di hotel. Nak juga merasa sarapan di kedai mamak atau bungkus di gerai payung tepi jalan macam kamu semua... (YA! Uncle memang berlagak!)
Pertama kali sampai ke Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan. Perpustakaan universiti ini sangat cantik, tahu!
(Pelajar-pelajar perempuannya laaagi cantik..!!!!) RALAT: Tadi rezeki terserempak dengan blogger INA HASHIM, rupanya beliau pensyarah di sini. Borak punya borak, sampai terlupa nak ajak dia jadi GUEST blog ini... Alahai...!
Kejadian kanak-kanak hilang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, kan? Uncle risaulah...!
INFO:
Adik Sathiskumar a/l Tamilvanan, 5 tahun didapati hilang di kawasan Jalan Permatang Pauh, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada jam 2:00 petang 8 Ogos 2012. Beliau berketinggian lebih kurang 70cm dan berat 15kg. Jika anda pernah terlihat adik ini, sila hubungi: Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah di talian 04-538 2222 atau INSP Mohamad Ehsan Bin Abu Bakar di talian 012-2494002.
French Bean, Australian Beef Liver, Beijing Cabbage, Indian Beef, Australian Carrots, Kashmir Basmathi Rice, Vietnam Dragon Fruit, Japanese Sweet Potato...
Tetapi pada pintu masuk pasaraya ini ditulis 'Belilah Barangan Buatan Malaysia'...?
Syaitan kini bebas setelah sebulan dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan. Tapi janganlah pula sengaja bebaskan 'syaitan dalam diri' tu...! Itu yang orang kata 'tumbuh tanduk', tu...