Followers

Thursday, August 9, 2012

August 9, 2012


Tahukah anda..? Antara pantang-larang orang yang mempunyai ilmu kebal ialah tidak boleh menceritakan kepada sesiapa pun tentang ilmu kebalnya itu...?

"Eh... kenapa tiba-tiba gatal kepala ni...? Digigit nyamuk kah?"

Wednesday, August 8, 2012

August 8, 2012


Patutlah semua orang memandang uncle dengan pandangan sangsi dan takut...

Masalahnya... memang menjadi tabiat uncle berjalan sambil menyeluk saku..! Cheh!

Tuesday, August 7, 2012

August 7, 2012


Bila tak datang, semua orang ternanti-nanti. Tapi bila datang, semua orang lari...
Okey, gambar sudah diambil... uncle lari dulu...(sambil tahan nafas)


Jutaan terima kasih kepada encik-encik yang bertugas kerana membuat sistem hidup kami lebih baik... Kerja kamu mulia, tahu!

Monday, August 6, 2012

August 6, 2012


PENGAKUAN

Setiap kali angin bertiup kuat dan langsir kembang seperti ini... uncle selalu bayangkan sedang berdiri megah di atas kapal lanun... dan ketua lanun itu adalah uncle!

(Uncle juga mengaku bahawa jiwa kanak-kanak masih tersorok dalam tubuh tua uncle ni...)

Sunday, August 5, 2012

August 5, 2012


SIRI BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI

GEDEK: Hoi..!
GEDEK: Ya?
GEDEK: Kenapa muka sembab?
GEDEK: Baru bangun tidur.
GEDEK! : Pukul 11:00 pagi? Baru bangun?
GEDEK: Tidur itu ibadat dalam bulan Ramadhan, okey...?
GEDEK: Errrr....?

(Sila rujuk di sini: KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN / zaharuddin.net)

Saturday, August 4, 2012

August 4, 2012


ISTERI: Abang, boleh kirim beli serai?
SUAMI: Serai? Err... boleh tolong lukiskan tak, serai tu macam mana...?








Soalan untuk BUDOXESQUIRE... "Kenapalah lukis uncle waktu botak? Waktu rambut lebat tak dilukis pula? DENGKI! Huhuhu...!" (Tengok SINI)

Friday, August 3, 2012

August 3, 2012


Ada terlalu banyak perbazaan ketara antara GEDEK dengan GEREK... Jadi kalau ada yang masih buat-buat keliru... alamat nak berbuka awal lah tu...! Grrr!




(Tersentap dengan komen DADDY ZIYYAD (Macam Macam Ada) semalam... hari ini uncle telah pun 'trim' kan janggut yang agak bersepah semalam ~ Comel bukan? Haha...)



Thursday, August 2, 2012

August 2, 2012


Basah kuyup! Tak suka betul bila baju melekap pada badan hinggakan nampak ketara otot-otot sasa pada badan uncle, ni... Bila kali terakhir kamu semua mandi hujan?


(NOTA: Gambar semalam tu hanya ilusi Photoshop. Harap maklum)







TERIMA KASIH KEPADA:

  1. MUHAMMAD FIRDAUS HAMSANI kerana senaraikan uncle dalam tribute kamu! 
  2. CIKGUNAMAN kerana mengajar anaknya Darwisy berjinak dengan kamera! Haha!
  3. PRINCE OF NOOB kerana menyelitkan uncle dalam topik Gadgetnya... (tapi bukan annoying kan? Haha!
JOM LAWAT BLOG MEREKA PULA!

Tuesday, July 31, 2012

July 31, 2012


FANTASI: "Wow! Pakcik tu sedang layan kereta! Sangat maskulin! It's a MAN thing!"

REALITI: Uncle sedang halau tikus yang baru pindah dalam enjin kereta ni... "Eeeeiii! Geli!"