Followers

Friday, July 20, 2012

July 20, 2012


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
Uncle sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Lawak Darul Blogger, ingin mengingatkan bahawa anak bulan telah kelihatan, dengan ini jangan pula ada yang buat-buat tak tahu, atau buat-buat sakit gastrik. Biskut-biskut atau mi segera di pejabat tu, sila habiskan hari ini! Selamat berpuasa ya kawan-kawan!





Semalam fa-T kata blog uncle ada ada nilai estatika budaya... uncle bangga. Tapi uncle tak sangka rupanya budaya Red Indian! ~Haha! (Klik SINI)

Thursday, July 19, 2012

July 19, 2012


"Kejelitaan adalah hak milik setiap insan..." ~ Baahaha...!



Ya-Allah ya tuhan ku... janganlah isteri aku tengok entri hari ini... nanti dia tahu kenapa losyen dia cepat habis.... (sambil tadah tangan)

Wednesday, July 18, 2012

July 18, 2012


Siapa kata orang muka tak makan saman tidak boleh kena saman...?

LOKASI: Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S. Lee

Tuesday, July 17, 2012

July 17, 2012


Belakang adalah mesin gerudi untuk membina terowong laluan LRT bawah tanah! Besar gila kan? Uncle bukan minat gerudi-gerudi bagak macam ni... tapi kalau Gerudi Inul, minatlah...! Haha






Terima kasih untuk ZULHAIRI SEMAN sebab panggil Uncle Muka Ketat... Huhuhu..!

Monday, July 16, 2012

July 16, 2012


Tentu ada yang baca 'Kanak-Kanak Bersalin Kulit' ~ Haha!

(Di sinilah pentingnya, koma, noktah atau titik mula... kan?)

Sunday, July 15, 2012

July 15, 2012


Menu makan tengah hari hari ini... French fries cicah sambal dengan teh tarik... Barulah 'fusion'...!

Saturday, July 14, 2012

July 14, 2012


Belum-belum..! ini bukan beratur untuk mengundi. Ini baru beratur untuk timbang bawang... 

(Pssstt...! Uncle tahu ramai yang tak sabar nak menunggu pilihanraya, ni...!)

Friday, July 13, 2012

July 13, 2012


Kenapa nama restoran ini dinamakan sebegini? 
Untuk mengingatkan pelanggannya supaya datang hari-hari?

SALAH!

Sebenarnya untuk mengingatkan pekerjanya supaya tidak ponteng kerja! ~Haha!

Thursday, July 12, 2012

July 12, 2012


Uncle adalah jenis orang yang tidak pandai sorokkan emosi... Setiap kali uncle marah, kepala uncle pasti berasap...!

Okey, uncle tipu... belakang tu periuk nasi...

Wednesday, July 11, 2012

July 11, 2012


"Eh? Apahal la beruk ni? Macam poyolah pulak?"

(...kata beruk itu dalam hati... ~ haha!)






Kepada EDAMANALI, gambar tu dah jadi... tapi kalau tambah misai dengan janggut lagi jadi! Haha...! Uncle suka!