Followers
Sunday, March 22, 2026
March 22, 2026
Hari raya kedua.
Lewat petang. Tetamu semua dah balik...
Huih! Banyaknya pinggan mangkuk yang nak dicuci...!
Belum masuk yang di dapur!
Bak kata P. Ramlee... "Malam ini kita kerja
overtime!
"
Saturday, March 21, 2026
March 21, 2026
Salam Aidilfitri
Salam Aidilfitri buat pembaca bunyi dan pembaca sunyi blog ini
.
Maaf zahir dan batin.
Kosong-kosong, ya!
Friday, March 20, 2026
March 20, 2026
Uncle sedar ramai orang tak suka sayur tauge.
Uncle pernah tengok ada orang gigih asingkan satu persatu
tauge
dari mi goreng kerana terlalu tak suka tauge!
Tapi uncle nak nyatakan di sini...
Uncle adalah pasukan tauge.
Siapa sama dengan pasukan uncle?
Angkat tangan sikit...
Thursday, March 19, 2026
March 19, 2026
Hai...
Kawan-kawan ada yang dah sampai di kampung?
Hati-hati di jalan raya, ya...
Ehem... dah ke pasar beli barang basah, belum?
Wednesday, March 18, 2026
March 18, 2026
"Buat-buat tak tunggu... tapi sebenarnya tunggu."
Tunggu apa?
Tuuuu... hamper dari jiran sebelah!
Walaupun mereka menyambut Krismas, tapi
ingatan mereka
pada
Hari Raya tetap tak dilupa
dengan kiriman hamper setiap tahun!
Syukur ada jiran yang baik...
Tuesday, March 17, 2026
March 17, 2026
Satu persatu daun jatuh menimpa,
Dahulu warnanya garang kini pudar dan lesu,
Lemas di lautan kering beransur sirna,
Menanti tangan yang sudi menyapu.
(Maaf... hari ni jiwa puitis sikit...)
Monday, March 16, 2026
March 16, 2026
Ada 'orang' tu keluar rumah lagak samseng.
Nampak kucing lain lalu, diajak gaduh!
Akhirnya, dia yang jatuh longkang!
Hah!
Padan muka kena mandi!
Mocha... Mocha...
Sunday, March 15, 2026
March 15, 2026
Okey...
Semalam
uncle ada merungut tentang
tak
cukup jari nak jinjing beg plastik, kan?
Jadi... hari ini uncle bawa beg...
Lebih banyak boleh isi...! Pandai bukan?
(Bukan nak lebih kuatkan tekad! Baahaha!)
Saturday, March 14, 2026
March 14, 2026
Tekad sebelum masuk pasar Ramadan:
Makanan 1. Minuman 1.
Selepas keluar pasar Ramadan:
Makanan, minuman, putu piring, otak-otak, roti jala,
buah tembikai,
kerang bakar, popia, agar-agar...
...H
AH! Tak cukup jari jinjing beg plastik!
Friday, March 13, 2026
March 13, 2026
Kampung
Egg
...?
Haih...
Apalah salahnya kalau tulis 'telur kampung'...
Tak luak pun dakwatnya...
Thursday, March 12, 2026
March 12, 2026
Ni kan bulan puasa.
Kenapa ada botol air minuman dalam kereta?
Oh.. Manalah kalau-kalau tak sempat sampai
rumah
waktu berbuka... Jem! Air inilah penyelamatnya!
Contohnya...
HARI INI...!
Hu hu hu...
Wednesday, March 11, 2026
March 11, 2026
Yang berdiri sambil
✌️
di belakang tu, beruang...
Yang berdiri di hadapan beruang tu, 'tidak berwang'...
Hu hu hu...
#SedarDiri
Tuesday, March 10, 2026
March 10, 2026
Sambung cerita semalam...
Hari ini dua orang 'doktor' menjalankan 'prosedur
pembedahan'
terhadap kereta uncle dan hasilnya pasti
mengempeskan dompet
menggembirakan uncle...
#TawaDalamTangisan...
Monday, March 9, 2026
March 9, 2026
Telefon aunty...
"Helo... Boleh balik dengan G
rab?" Tanya uncle.
"Kenapa?" Soal aunty pendek.
"Kereta tak boleh hidup.." Jelas uncle.
"Laaaa... Ok k k..." Balas aunty dalam nada simpati.
* Letak telefon.
"Haih... Raya dah dekat macam-macam hal pula..."
Rungut uncle dalam hati sambil mencongak-congak baki dalam bank...
Sunday, March 8, 2026
March 8, 2026
Jangan cemburu ya...
Uncle ada
level
uncle sendiri...
"Level Uncle Gedek"
Ko hado?
Baahaha...!
Saturday, March 7, 2026
March 7, 2026
(Boleh jadi pantun ni... Uncle cuba sambung, ya.)
I LOVE YOU,
YOU LOVE ME...
BANGUN SAHUR MEMANG SELALU.
TAPI PUASA BELUM TENTU LAGI...
(Baahaha...)
Friday, March 6, 2026
March 6, 2026
Kalau "Nenek Dia Durian"?
Jadi...? Atuk dia apa?
Baahaha...
Nak tergelak..!
Thursday, March 5, 2026
March 5, 2026
Eh eh eh...
Nasib baik kau sempat mengelak!
Brek pun pakai kaki!
Laju sangat kau kayuh tu!
Kalau betul-betul kau terlanggar uncle tadi...
terpaksalah uncle berbuka awal...
(Keh keh keh...)
Wednesday, March 4, 2026
March 4, 2026
Janganlah terserempak dengan doktor yang menasihati uncle
s
upaya jangan minum manis berlebihan dalam bulan puasa ini.
Sedang beli teh ais, tuu!
Harap-harap biarlah dia pergi pasar Ramadan, taman kampung sebelah!
(Sambil anak mata laju jeling kiri dan kanan...)
Tuesday, March 3, 2026
March 3, 2025
Demi martabak pasar Ramadan
Lautan api, ribut dan taufan
Sanggup ku tawan!
(Aduh... esok mesti demam, ni....)
Monday, March 2, 2026
March 2, 2026
Ingat lagi kawan uncle
Ganaël
dari Paris tu?
Hari ini beliau melintasi garisan 15 tahun dalam projek berswafoto setiap hari!
Ini pautan
> video 15 tahun <
beliau.
Apa yang menarik pada video beliau kali ini?
Sudah tentu sebab kali ni ada terselit wajah uncle dan aunty! YEAY!
Foto beliau dengan Menara Berkembar Petronas juga akhirnya menjadi kenyataan!
Nanti rajin-rajin klik dan tonton pautan tu, ya!
Sunday, March 1, 2026
March 1, 2026
Tengok siapa uncle jumpa!
Patung Orang Utan yang menjadi teman baik Punch,
monyet yang viral di zoo Ichikawa di negara Jepun tu!
Ada yang tak tahu kisah Punch?
Ish... rasanya tak mungkin.
Kalau ada yang terlepas sila klik
SINI
.
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Comments (Atom)