Followers

Friday, August 22, 2025

August 22, 2025



Kami hanya terima 'foto gembira' sahaja! 

Untuk foto sedih, duka, lara, nestapa... sila hantar ke kedai lain...


(Nampak tak? Foto uncle hari ini di 'photobomb' oleh abang di belakang tu...)





Thursday, August 21, 2025

August 21, 2025



Uncle nak tanya... 

Kalau ada Klinik Ibu Dan Anak... 

Kenapa tiada Klinik Bapa Dan Anak? 

TAK ADIL!

Ini diskriminasi gender! 😂





Wednesday, August 20, 2025

August 20, 2025



Alalalala.... 

Anak siaplah yang tertinggal kasut di situ... 

Mahu ada yang meraung di rumah nanti...!

Mungkin dia dah terbiasa dengan buka kasut sebelum masuk rumah... 

...jadi itulah yang dia praktikkan sebelum masuk kereta...

Baahaha..!




Tuesday, August 19, 2025

August 19, 2025



Anda mengeluh penat dengan tugas harian anda? 

Tengok 'abang' di belakang tu... 

Walau keletihan hingga menyembah bumi... 

...bibir tetap ada senyum....




Monday, August 18, 2025

August 18, 2025



"Hari ni dah ada swafoto?" Tanya aunty... 

"Belum" Jawab uncle ringkas... 

"Haaa... Swafoto dengan saya sedang minum air kelapa ni..." Kata aunty. 

"Ai-ai-cip 🫡"




Sunday, August 17, 2025

August 17, 2025



Aik? 

Tadi elok-elok aunty jalan di sebelah uncle... 

Tup-tup aunty 'tersangkut' di kedai emas?! 

Walaupun dia kata 'tengok-tengok saja'... 

Tapi pada uncle ini tanda bahaya ni!





Saturday, August 16, 2025

August 16, 2025



(Dialog ayah dengan anak gadis...)

Lalu dapur... 

"Buat apa tu?" Tanya uncle pada anak. 

"Siang udang." Jawab anak ringkas. 

"Ha..! Ayah nak swafoto satu?" Kata uncle. 

"Eh, tak naklah. Tak pakai tudung ni!" Bantah anak. 

"Bukan dengan kamu... dengan udang!" Jawab uncle menahan senyum... 

Baahaha..!




Friday, August 15, 2025

August 15, 2025



Uncle nak cadangkan satu slogan untuk Klinik Pergigian Bergerak macam ni... 

Begini...

"Gigi anda bergerak-gerak? Jom naik Klinik Pergigian Bergerak..!" 

Bagaimana? Mantap bukan? 

Rasa-rasa Kementerian Kesihatan Malaysia terima, tak?

Baahaha!




Thursday, August 14, 2025

August 14, 2025



Sesiapa perlukan 'model tua' untuk iklan syampu sila hubungi uncle ya... 

Huih! Lajunya angin! 

Habis terbang-terbang rambut uncle!





Wednesday, August 13, 2025

August 13, 2025



Cerita di restoran lagi... 

Nampak papan tanda ni.  

Apa maksud "Makan Besar Dan Kecil?" 

Makan banyak, makan sikit? 

Makan ramai, makan seorang? 

Apa-apalah... Janji sedap...





Tuesday, August 12, 2025

August 12, 2025



Rupanya ramai orang yang keliru antara PEPPER dengan PAPER. 

Tak mengapalah... sekurang-kurangnya uncle ada modal nak kemas kini blog! 

Baahaha...

Sebelum ni pernah jumpa di >SINI<>SINI< , dan di >SINI<.





Monday, August 11, 2025

August 11, 2025



Tengok tu...!

Kereta-kereta tersadai ditinggalkan di tempat parkir... 

Kan dah rugi DUA ruang parkir!?

Geram bukan?





Sunday, August 10, 2025

August 10, 2025



Amboi Milo! 

Menyorok memerhati di tempat tinggi,

Lagak bagai CCTV,

Kalau tikus lalu melintasi, 

Dia pandang buat tak peduli...!

Huh!





Saturday, August 9, 2025

August 9, 2025



Sudah seminggu uncle monitor bacaan tekanan darah uncle... 

Setelah patuh nasihat doktor, taat makan ubat, maka
hasil bacaan sekarang boleh dikatakan 'tampan'... 

Syukur...





Friday, August 8, 2025

August 8, 2025



Kalau tak menyakat tu bukan kawan-kawanlah, kan? 

Dah tahu uncle baru saja lepas cabut gigi geraham... 

Dan-dan letak sekampit kerepek ubi atas meja uncle... 

Eeee...! Rasa nak nyah kawan saja! 

Huh!





Thursday, August 7, 2025

August 7, 2025



"Kuk..." 

Aik? Itu saja tendangan yang paling kuat kau boleh bagi? 

Masih tak tahukah engkau yang aku ni kaum kerabat Superman? 

(Sambil menguis-kuis debu di bahu menggunakan belakang jari...)





Wednesday, August 6, 2025

August 6, 2025



Mengumpul magnet ni adalah hobi aunty... 

Dia selalu cakap nak bersara dari hobi ini... sebab dah banyak sangat!

Tak larat! (Konon....)

Tak larat punya tak larat, sekarang dah ada 3 panel! 

Belum campur atas peti ais dan dalam kotak! 

Baahaha...!





Tuesday, August 5, 2025

August 5, 2025



Ada ni haaa.. Cabut gigi lagi... 

Siapa kata cabut gigi di klinik kerajaan sakit? 

Mereka sangat profesional, tambahan misi-misi dan 
doktor-doktor sangat ramah dan manis semuanya!





Monday, August 4, 2025

August 4, 2025



"Laaaaaa...." 

"Macam janji-janji nak pakai baju dari planet asal kita...!" 

"Eh... terpecah rahsia pula!" (Cakap dalam hati.)





Sunday, August 3, 2025

August 3, 2025



TRX secara rasminya dibuka kepada umum pada 29 November 2023. 

Hari ini, dua tahun kemudian barulah uncle jejak kaki ke sini.

Walhal jaraknya dari rumah uncle hanyalah 11 mint menggunakan kereta. 

Uncle ni memang selalu ketinggalan zaman...




Saturday, August 2, 2025

August 2, 2025



Uncle memang dah lama beralih ke Google Calendar 
untuk catat perkara-perkara penting dalam setiap bulan. 

Walaupun begitu, papan putih di rumah tetap juga ditulis 
jadual yang sama semata-mata demi 'old school'

Bukan apa... tulis, padam, tulis, padam tu 
dapat menimbulkan rasa kegembiraan! 


Oh ya. Terima kasih blogger ETUZA kerana menyeru nama uncle di > SINI <






Friday, August 1, 2025

August 1, 2025



Siapa nampak Crayon Shin-Chan sedang
berdiri sambil berbogel dalam foto ini...

...dia pendek umur.  Mata dia terang!