Followers

Monday, June 30, 2025

June 30, 2025



Di belakang uncle adalah rumah di mana almarhum ayah uncle dilahirkan. 

Ia dibina pada tahun 1937 dan ini menjadikan ia adalah rumah
yang tertua yang masih berdiri di Kampung Paya Mas, Tangkak, Johor. 

Ini bermakna usianya sekarang adalah 88 tahun! 

Wow, bukan?







Sunday, June 29, 2025

June 29, 2025



Kali terakhir uncle singgah sini pada 27 Disember 2010. (<--KLIK)

Hari ini berkesempatan lagi menjenguk arca Batu Pahat di Dataran Penggaram, Batu Pahat, Johor. 

Cuba bandingkan, yang mana lebih banyak berubah?

Arca atau uncle?

Hu hu hu...







Saturday, June 28, 2025

June 28, 2025



Di dinding bangunan = Ada skrin iklan. 

Tepi lebuhraya = Ada skrin iklan. 

Dalam stadium = Ada skrin iklan. 

Dan....

dalam lif yang sempit... Pun ada skirn iklan!! 

Satu hari nanti, dalam tandas pun akan ada skrin iklan!







Friday, June 27, 2025

June 27, 2025



Cempedek pun cempedek lah... 

Jangan cemgedek sudah! 

Nanti uncle tuntut royalti! 

Baahaha..!







Thursday, June 26, 2025

June 26, 2025



Sempena ulang tahun hari lahir Mocha yang ke 8 tahun, hari ini... 

Uncle akan benarkan dia tidur, makan, tidur, makan tanpa diganggu... 

Eh, jap... 

Itulah kerja dia hari-hari, pun! 

Huh!







Wednesday, June 25, 2025

June 25, 2025



Ayat mana lebih sesuai? 

1) Motosikal Parkir Sahaja.
2) Parkir Sahaja Motosikal. 
3) Sahaja Motosikal Parkir. 
4) Parkir Motosikal Sahaja. 

Siapa jawab dengan tepat akan menangi hadiah 
penginapan 2 hari 1 malam di rumah sendiri!







Tuesday, June 24, 2025

June 24, 2025



Litar pintas dipercayai mengakibatkan kebakaran kecil pada
deretan gerai di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.

Tindakan pantas orang ramai dengan bantuan 
jabatan bomba berjaya mengawal keadaan. 

Sekian laporan dari saya, Uncle Gedek, wartawan tak bergaji,
 'Sembilan - Sembilan ¼ - Sembilan'.







Monday, June 23, 2025

June 23, 2025



Alamak aih! 

Boleh pula ditinggal telur bersusun-susun atas motosikal macam tu?!?! 

Tak semena-mena pula uncle diserang anxiety!


AMARAN: Jangan tiru aksi ini. Ia dilakukan oleh ahli profesional sahaja!







Sunday, June 22, 2025

June 22, 2025



Haih... Nampak macam betul dah... 

Tapi takut salah... 

Nanti uncle tanya dulu... 

"Assalamualaikum! SpongeBob ada di dalam..?"







Saturday, June 21, 2025

June 21, 2025



Semalam dah perasan dah... mata merah. 

Tak gatal, tak bengkak, tak berair. 

Mungkin habuk. Jadi biarkan. Harap surut sendiri.

Hari ni masih merah.

Aduh... Apa cerita ni?







Friday, June 20, 2025

June 20, 2025



Keadaan dalam rumah bila hujan seharian. 

Nak ke dobi... malas.

Jadi... selagi ada tempat gantung baju... 

...kita gantung!

Siapa geng?





Thursday, June 19, 2025

June 19, 2025



Uish! Lain macam nama-nama snek ni... 

Lucu ada, kreatif pun ada! 

Satu uncle pesan...

Masa masuk mulut tu, jangan bayangkan..!







Wednesday, June 18, 2025

Tuesday, June 17, 2025

June 17, 2025



Popia Big Mac? 

Mungkin ini jawapan kepada orang yang 
'segan-segan' yang nak singgah ke restoran itu?

Oh ya... uncle dah cuba. 

Rasanya memang macam Big Mac! 

Ajaib!


(Aduh... mengapa tiba-tiba uncle rasa nama uncle diseru oleh
sahabat blogger dari Indonesia, Abah Titik Asa? Jom  > TENGOK SINI <)







Monday, June 16, 2025

June 16, 2025



"PENCURI AKAN DISERAHKAN PADA POLIS." 

Uncle fahamlah kalau nak diserahkan pada polis tu... 

Yang uncle tak faham... 
...uniform polis tu macam uniform polis trafik!







Sunday, June 15, 2025

June 15, 2025



Wah! Tak sangka kita bersua lagi! 

Pertama kali mata ku menatap mu adalah pada 24 Ogos 2019. (<--KLIK)

Ditakdirkan hari ni kita bersua lagi. 

Walaupun pandang dari jauh... 

Kanopi merah jambu mu tetap ku kenal wahai motorsikal!









Saturday, June 14, 2025

June 14, 2025



Kereta punya 'mandi' bukan main... 

Ada foam, ada wax, ada kilat tayar hingga sembur pewangi!

Tuan dia? 

'Mandi kambing' cukup...






Friday, June 13, 2025

June 13, 2025



"Aku tidur di bawah, orang tua ni kacau. Aku nyorok 
tidur jauh-jauh di atas ni, pun orang tua ni jumpa! Haih!" 

Bisik Milo dalam hati...







Thursday, June 12, 2025

June 12, 2025



Kawan-kawan uncle yang seusia kalau
 ke kedai buku pasti akan singgah ke bahagian: 

1) Bisnes = Ramai. 
2) Politik = Lebih ramai. 
3) Agama = Paling ramai. 

Uncle? 
Mesti 'ter'singah bahagian ini dulu... (malu.)







Wednesday, June 11, 2025

June 11, 2025



Semua kerusi berkaki. = INI BIASA.

Semua kaki kerusi ni pakai kasut! = INI LUAR BIASA!

Jangan sedang asyik buat kerja, kerusi ni 'berjalan'!

Ah, sudah! 








Tuesday, June 10, 2025

June 10, 2025



Hari pertama aunty masak daging goreng kunyit. 

Semalam sup daging. 

Hari ni sup tulang! 

(Nampak tak 'kotak gear' tu? Fuh!)

Oh ya... minggu hari raya korban, kan...







Monday, June 9, 2025

June 9, 2026

GUEST #111


Sudah beli dan sudah terima terus dari tangan pengkarya! 

Buku berjudul STAGE 0.1, Concert Photography sangat 
cocok bagi peminat fotografi dan peminat muzik! 

Apatah lagi TAPA OTAI adalah umpama 'sifu' 
bagi uncle didalam dunia rekabentuk grafik! 

Sebuah penghormatan dapat bertukar-tukar idea dengan beliau tadi! 

#salut








Sunday, June 8, 2025

June 8, 2025



Kiri jual Ayam Penyet. 

Kanan jual Ayam Penyit... 

Nak pilih yang mana ni? 

Ni yang buat kepala uncle 'nyut, nyut, nyut!'







Saturday, June 7, 2025

June 7, 2025



Ada ni haaa... 

Acah-acah sibuk di celah-celah orang melapah daging. 

Salam Aidiladha, kawan-kawan...







Friday, June 6, 2025

June 6, 2025



Sempat jenguk-jenguk tadi. 

Lembu-lembu korban dah sampai. 

"Rehat-rehat ya lembu, esok hari besar."







Thursday, June 5, 2025

June 5, 2025



Benarlah kata pujangga... 

"Sebelum kita makan... kamera makan dulu..." 

Baahaha...







Wednesday, June 4, 2025

June 4, 2025



Kalau dalam pasaraya di kota ada 
bahagian jualan 'sayur kampung...' 

Ada tak bahagian jualan 'sayur kota' 
dalam pasaraya di kampung? 

Ya, ya... Otak uncle memang suka tanya yang bukan-bukan!







Tuesday, June 3, 2025

June 3, 2025



Lepak mamak. 

Nampak pisang atas meja. 

Terfikir... "Eh, hari ni hari Jumaat, kah?" 

Tengok jam... "Oh, hari Selasa!" 

Hmmm...

Tanpa kita sedar... pisang ni dah jadi macam 'imej' untuk hari Jumaat.







Monday, June 2, 2025

June 2, 2025



Ada ni haaa... sedang panjat memanjat!

Cuti-cuti ni  aunty paksa  cuci habuk di kipas dinding... 

Hu hu hu...







Sunday, June 1, 2025

June 1, 2025



MOCHAAAA..!!! 

Binatang apa yang kau bawa balik ni, Mocha...?!?!!

Tak bolehlah tengok aku nak rehat-rehat hari minggu ni...!!!