Followers

Saturday, May 31, 2025

May 31, 2025



Kenapa ya? 

Komen-komen spam semakin membiak di blog uncle? 

Jenuh pula nak dilenyapkan. 

Kawan-kawan ada masalah yang sama?







Friday, May 30, 2025

May 30, 2025



Terfikir bila terlihat seragam tentera Eropah zaman dahulu. 

Dengan berlapis-lapis, renda, ropol-ropol, 
stoking panjang, rambut palsu, dan aksesori bagai... 

Mesti nak bersiap tu laaaamaaa mengalahkan pengantin! 

Silap-silap kena panggil mak andam!







Thursday, May 29, 2025

May 29, 2025



Kata orang... 

Kalau rama-rama masuk rumah, itu
petanda ada orang akan datang bertamu. 

Tapi itu rama-rama plastik... 

Itu petanda apa, pula?







Wednesday, May 28, 2025

May 28, 2025



90% barang dalam kedai ni adalah barangan berkaitan wanita. 

Ai? Takkan barangan lelaki dua tiga rak ni saja? 

Ini ketidakadilan gender!







Tuesday, May 27, 2025

May 27, 2025



Maaf... tiada keterangan gambar.

 Hari ini uncle bankrap kapsyen. 

Eh... ☝🏻 Tapi ini pun kapsyen juga, kan?







Monday, May 26, 2025

May 26, 2025



Setiap kali lalu depan kedai minyak wangi... 

Dihulur kertas contoh haruman > uncle ambil > masuk dalam beg.

Dihulur kertas contoh haruman > uncle ambil > masuk dalam beg.

Dihulur kertas contoh haruman > uncle ambil > masuk dalam beg. 

Hasilnya... uncle jadi pengumpul kertas haruman dan 
beg uncle dah tak tau nak cakap bau apa!?!? 

Masam!!







Sunday, May 25, 2025

Saturday, May 24, 2025

May 24, 2025



Maaf, uncle benar-benar nak tahu. 

Ada perkataan 'Pek Besar' ditulis di atas bungkusan.

Uncle semak Kamus Dewan Bahasa mencari maksud perkataan 'pek'.  <-- KLIK.

Hasil carian:

Pek I : Minyak tar untuk melapis jalan tar. 

Pek II : Menyusu pada kopek (tetek). 

Pek III : Empek. 

Lalu..? Yang mana satu yang dimaksudkan pada bungkusan tu...? 

#GaruKepala







Friday, May 23, 2025

May 23, 2025



Sudah terima di tangan! 

Novel terbaharu Ahadiat Akashah berjudul Pesuruh. 
Novel unggul, novel finale, 709 halaman! 

Info tambahan: Reka bentuk kulit oleh --> uncle. 
(ehem-ehem!) 

Macam mana nak beli? 

Dapatkan info di TikTok Ahadiat Akashah, ya!

Jom!







Thursday, May 22, 2025

May 22, 2025



Geli hati terpandang pelekat pada van di belakang tu... 

Hmmm... 

Kalau macam tu uncle pun boleh naik.... 

Sebab uncle cantik budi pekerti..! 

Baahaha..!







Wednesday, May 21, 2025

May 21, 2025



Banyaklah dia punya 'PAPER'... 

Atau kalau nak berbaik sangka... 
...mungkin dia bungkus menggunakan kertas hitam, kot?

Baahaha..!





Tuesday, May 20, 2025

May 20, 2025



Kejadian lucu... 

Semasa nak masuk kedai mamak tadi, 
beg uncle tersangkut dengan hendal motosikal... 

Uncle rentap beg dan terus masuk. 

Rasa bersalah kot-kot terapa-apakan motosikal tu
uncle curi-curi pandang tengok motosikal tadi... 

Alamak! Motor tu marah! 
(Rupanya dia ada muka!)

Baahaha...!






Monday, May 19, 2025

May 19, 2025



Yeay! 

Hari ni kereta uncle balik rumah setelah dua minggu 
'dikerjakan' di woksyop akibat di sondol dari belakang! 

Amboi! Merasa engkau balik naik lori, ya!







Sunday, May 18, 2025

May 18, 2025



Selesai konsert semalam, kami bermalam di Genting Highland. 

Hari ini dalam perjalanan pulang, aunty 'paksa' uncle singgah di sini... 

Tak mengapalah, semalam aunty layan uncle. 

Hari ni giliran uncle layan aunty.







Saturday, May 17, 2025

May 17, 2025



Ada ni, haaa... 

Tengah layan 'Ella USA 30th Anniversary Concert 2025' 

#SilaCemburu...







Friday, May 16, 2025

May 16, 2025



Tuuu diaaaa! 

Dia punya surat saman sampai dah berlapis-lapis!

Buat tak endah saja! 

Ini betul-betul 'abang kawasan' ni!







Thursday, May 15, 2025

May 15, 2025



"Ayah bersongkok tu nak ke mana?" Tanya anak. 

"Ayah nak pergi tahlil arwah..." Jawab uncle. 

"Eh? Tapi kenapa naik ke bilik pula tu?" Tanya anak lagi. 

"Tahlil 'on-line'..." Jawab uncle dengan senyum simpul...


#TahlilRentasSempadan






Wednesday, May 14, 2025

May 14, 2025





Hai... Malu nak cerita, tapi nak cerita juga... Baahaha!

Ada artikel tentang uncle dalam akhbar KOSMO! pada terbitan cetak semalam. 

Dua muka penuh!

Jutaan terima kasih kepada Ronasina dan Ghazali Alias atas liputan ini.

Itu sahaja yang uncle nak cerita... 
(Sambil tersipu-sipu malu...)







Tuesday, May 13, 2025

May 13, 2025



Tahniah buat anakanda Anis Marzuki atas *konvokesyen siang tadi.
(*Sebenarnya ini konvokesyen tertunda disebabkan PKP Covid 19 hari tu.) 

Terima kasih buat ayah dan ibu merasa bangga.







Monday, May 12, 2025

May 12, 2025



Penggemar-penggemar asam kecut yang boleh buat 
gigitan pertama tanpa kerutkan dahi, sila angkat tangan!

(Uncle cepat-cepat turunkan tangan.)







Sunday, May 11, 2025

May 11, 2025



Banyaknya papan tanda...

Banyaknya arahan! 

Waktu kerja kena arah...

Waktu jalan-jalan pun kena arah! 

Ni yang buat uncle rasa nak marah!







Saturday, May 10, 2025

May 10, 2025



Uish! 

Biar betul nama jalan ni? 

(*Terfikir...) 

*Hmmm... Ada kemungkinan tak jalan
sebelah ni nama dia JALAN NENEK KAU?

Baahaha..!







Friday, May 9, 2025

May 9, 2025



Uncle handal main permainan komputer ni... (dululah...) 

Kuak, kuak, kuak, kuak bunyinya! 

Siapa tahu apa nama permainan komputer ni...?







Thursday, May 8, 2025

May 8, 2025



'Kuala Menangis'?

Maaf. Hari ni uncle agak jauh dari sarang. 

Tak sempat nak kujung blog. 

"Maaf deh..." 

(Eh, ter 'kecek' Kelante pulok...)







Wednesday, May 7, 2025

May 7, 2025



Sampai hati kau Mocha. 

Orang ajak gurau manja. 

Dia balas gurau luka! 

Lepas tu buat muka toya! 

Huh..!







Tuesday, May 6, 2025

May 6, 2025



Teringat pesan orang-orang tua. 

Kalau waktu senja tiba-tiba menjadi warna jingga 
terang, cepat-cepat masuk rumah. Ada jin! 

Hmmm... uncle rasa tu cara paling 
senang nak suruh anak-anak balik mandi.







Monday, May 5, 2025

Sunday, May 4, 2025

May 4, 2025


Perut buncit = Uncle.

Tua = Uncle. 

Jadi, bolehlah uncle duduk sini, kan?

He he he...







Saturday, May 3, 2025

May 3, 2025



Fuh! Layan betul duduk di atas kerusi urut ni... 

Selalunya selepas minit ke lima uncle pasti tertiiii...

Zzzzzzz....







Friday, May 2, 2025

May 2, 2025



Sempat tengok perlumbaan kereta model petang tadi. 

Siap dengan litar lumba, woksyop dan juga pengadil.

Namun, ku sangka pesertanya anak-anak. 

Ternyata pemainnya BAPA-BAPA! 

Benar kata kawan uncle... "Lelaki memang mudah terhibur!"







Thursday, May 1, 2025

May 1, 2025



 Jangan ditanya ke mana aku pergi, 
Jangan ditanya mengapa aku pergi... 

Hmmm... Sebenarnya uncle tak ke mana-mama pun... 

Hari ni uncle ditugaskan menjadi supir ke lapangan terbang... 

Bak kata orang... tukang 'bye-bye', saja... 


*Selamat cuti Hari Pekerja, kawan-kawan!