Blog Begins At Forty
SELF-PORTRAIT DAILY
CLICK!
Followers
Friday, January 31, 2025
January 31, 2025
Ada ni haaa...
Di Port Dickson sedang meraikan
hari keluarga 'Kroni Bob'.
Tiga hari dua malam!
Bukan senang ya...
Semua ahli berjaya dikumpulkan!
Thursday, January 30, 2025
January 30, 2025
Siapa sini peminat matahari terbenam?
Cantik bukan?
Okey. Sila cemburu!
(Maaf ya, uncle agak jauh dari radar.)
Wednesday, January 29, 2025
January 29, 2025
Sukanya hati tak terperi,
Bertemu
keluarga yang jarang bersua,
Makan sedap berborak tak henti,
Perut kenyang hati gembira.
#Syukur
Tuesday, January 28, 2025
January 28, 2025
Tak payah nak 'tap-tap' kepala uncle untuk tanya direktori ya.
Direktori kehidupan uncle pun tak terurus!
Monday, January 27, 2025
January 27, 2025
Buka peti ais.
Jumpa bawang yang telah bertunas dan tumbuh setinggi tu!
Agaknya kalau jumpa minggu depan dah jadi pokok kelapa!
Sunday, January 26, 2025
January 26, 2025
Sambung cerita
semalam
.
Habiskan 60% masa dia atas katil
penangan kesan ubat batuk dan selesema.
"Uhuk..."
(Bunyi batuk kian berkurangan. Terima kasih atas doa yang dikirmkan.)
Saturday, January 25, 2025
January 25, 2025
Awalnya cuba bertahan.
Makan ubat mana yang ada di r
umah.
Hari ni tak boleh tahan dah...
Buat keputusan untuk menyerah diri...
"Uhuk uhuk uhuk..."
(Bunyi batuk)
Friday, January 24, 2025
January 24, 2025
Teka-teki.
Pagi = Kemas dan rapi.
Petang = Huru-hara!
Tak mengapalah. Dah nak mandi dah pun.
Esok pagi jalin lagi...
Thursday, January 23, 2025
January 23, 2025
Pejabat uncle untuk hari ini...
Beginilah orang tanpa pejabat.
Boleh bekerja di mana-mana, demi sesuap nasi.
Wednesday, January 22, 2025
January 22. 2025
Sambung cerita
semalam
...
Oh...
Rupanya bukan baju saja yang bertukar jadi merah....
La la la...
Tuesday, January 21, 2025
January 21, 2025
Bila gedung-gedung baju dah mula tambah stok baju merah...
Ini bermakna Tahun Baharu Cina semakin hampir!
(Uncle tak sabar menunggu hadiah limau Mandarin! Yeay!)
Monday, January 20, 2025
January 20, 2025
Uncle pun tak faham.
Mungkin uncle ni magnet pada panggilan 'scam'.
Hari ni saja uncle terima TIGA panggilan yang terpaksa uncle sekat.
Banklah, hutanglah, menang hadiahlah...
Kawan-kawan ada terima panggilan yang mencurigakan??
Sunday, January 19, 2025
January 19, 2025
Hah?!
Tinggal tulang?
Fuh! Nasib baik tuan rumah simpankan
untuk uncle dalam bekas biru tu!
Hampir-hampir uncle merajuk!
Uncle kalau merajuk, buruk tahu!
Saturday, January 18, 2025
January 18, 2025
Meow ni kira macam mana?
Nak timbang kilo atau sistem barter?
Friday, January 17, 2025
January 17, 2025
Aduh...
Penatnya berjalan hari ni...
Nasib baik ada pokok ni.
Sekejap ya.
Izinkan uncle berehat sambil bersandar pada pokooo...
"YEEEAAAUUUU!"
Aduh, duh, duh!
(Sambil mencabut duri satu per satu...)
Thursday, January 16, 2025
January 16, 2025
Vacuum
jadi vacumm..!
Hmmm, biarkanlah...
Janji orang faham...
Wednesday, January 15, 2025
January 15, 2025
Jangan ingat 'sport' rim hanya untuk kaum lelaki saja ya!
Haaa!
Ini dia rim untuk feminin!
Bunga-bunga kau!
Apa orang panggil?
'Gegirl'? 'Gegirl'?
Cantik bukan?
Tuesday, January 14, 2025
January 14, 2025
Inilah 'alat bantuan mengajar' yang
paling digeruni oleh pelajar.
Guru uncle yang sentiasa ada rotan ditangan adalah:
1) Guru disiplin.
2) Guru bahasa Inggeris.
Bagaimana dengan kawan-kawan? Ingat?
Monday, January 13, 2025
January 13, 2025
Ohhh... Ada satu huruf hilang..!
Uncle ingat ini rancangan Roda Impian
yang teka-teka perkataan tu.
Nasib baik uncle tak jerit...
"Saya putar Halim!"
Sunday, January 12, 2025
January 12, 2025
Binatang apa tu?
Saiz macam beruang kutub.
Telinga macam tikus makmal.
Hidung macam... (Tak sanggup nak sebut.)
Saturday, January 11, 2025
January 11, 2025
Murid-murid semua!
Apakah penjodoh bilangan untuk jagung?
(Sambil sebelah tangan menghayun-hayunkan rotan dan
sebelah tangan lagi mencekak pinggang.)
Friday, January 10, 2025
January 10, 2025
"Hoi lagi santai kawan!"
Hey Mocha! Engkau ingat ni tepi pantai?
Baahaha...!
Thursday, January 9, 2025
January 9, 2025
Ada ni ha...
Rumah tiba-tiba terputus bekalan elektik.
Jenguk luar, nampak gayanya macam satu jalan terbabit.
Hmmm... berkipaslah nampaknya....
Wednesday, January 8, 2025
January 8, 2025
Teringat zaman sekolah dahulu.
Banyak kisah berkisar di hentian bas.
Tunggu kawan, di hentian bas.
Bergaduh, di hentian bas.
Belajar main mata, di hentian bas...
(Oh tuhan, Janganah aunty terbaca blog uncle hari ni...)
Tuesday, January 7, 2025
January 7, 2025
Haaa! Ini idea yang bagus!
Selain bangku-bangku publik yang banyak,
terdapat juga *'tempat bersandar punggung' disediakan!
(*Maaf, uncle cipta sendiri istilah tu...)
Sambil 'kuis-kuis' telefon, boleh bersandar di situ.
Syabas DBKL!
Monday, January 6, 2025
January 6, 2025
Buka, tutup, buka, tutup aunty tu...
Badan uncle sudahlah seram sejuk macam nak demam.
Lari jauh-jauh sikitlah...
"Haaatchuum!"
Sunday, January 5, 2025
January 5, 2025
Dalam perjalanan ke wad.
Sunyi.
Kelihatan banyak katil yang 'sakit' terdampar di koridor.
Terfikir...
"Jap... Ini hospital untuk manusia atau hospital untuk katil?"
Saturday, January 4, 2025
January 4, 2025
Penuhi jemputan kenduri kahwin dari kawan lama aunty.
Uncle rasa sudah lima kali dah ucapan
"Okeylah, kami balik dulu." diucapkan...
Hu hu hu...
Friday, January 3, 2025
Januari 3, 2025
Aunty memang pantang tengok permainan bantuk ular.
Geli katanya.
Dia siap beri amaran jangan sekali-kali beli!
Okey... Hari ni uncle beli.
Baahaha...! (Gelak jin)
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)