Blog Begins At Forty
SELF-PORTRAIT DAILY
CLICK!
Followers
Monday, September 30, 2024
September 30, 2024
#MentalitiSampah
Orang susah-susah tanam pokok
untuk
mencantikkan pemandangan.
Ada orang senang-senang gantung sampah
lalu memburukkan pemandangan!
Huh!
Sunday, September 29, 2024
September 29, 2024
Maaf cik adik...
Boleh jaga jarak sikit, tak?
Jantung uncle ni dah tak kuat...
Dup dap, dup dap bunyinya!
Macam enjin motor nak pecah!
Saturday, September 28, 2024
September 28, 2024
Di celah-celah bantal berbulu...
Ada seekor binatang berbulu.
Nampak tak?
😁
Friday, September 27, 2024
September 27, 2024
Kaunter bayaran tanpa juruwang
ni
semakin luas penggunaannya.
Namun...
...sedikit demi sedikit peluang pekerjaan
manusia semakin kurang...
😢
Thursday, September 26, 2024
September 26, 2024
Wah!
Cantiknya pintu gerbang donat di belakang tu!
Nampak lazat!
Oh ya... lupa nak cakap.
Donat di belakang tu uncle yang lukis...
LOKASI: Pusat membeli-belah MyTOWN, Cheras.
Wednesday, September 25, 2024
September 25, 2024
Baik... sedia encik naga.
Uncle nak rakam wajah garang lagi bengis encik naga tu.
Satu... dua... tiiii...
Laaaa... kenapa senyum..?
Tuesday, September 24, 2024
September 24, 2024
Dik...
Pinjam cermin mata?
Lagi pun...
Engkau bukan perlukan cermin mata tu...
Monday, September 23, 2024
23, September 2024
Nampaknya aunty telah maju setapak lagi!
Bukan sahaja baju, seluar, kasut, makanan yang dibeli secara atas talian...
Hari ni aunty beli pokok hidup!
#TepukDahi
Sunday, September 22, 2024
September 22, 2024
Orang perempuan pasti semua dah tahu.
Orang lelaki mungkin tak ramai yang tahu.
Tapi...
Uncle benar-benar baru tahu!
Wujudnya produk tudung 'kapas malas, ni!"
(Lazy Cotton)
Apa maksudnya?
Tak perlu diseterika?
Atau terus sarung?
Saturday, September 21, 2024
September 21, 2024
Biskut marie ni sebenarnya nama khas atau nama am?
Apa sejarah biskut marie ni, kan?
Uncle benar-benar tak tahu...
Friday, September 20, 2024
September 20, 2024
Tertangkap!
Tadi uncle tanya aunty, "Nak ke mana?"
Dia jawab, "Adalah..."
Ha! Rupanya dia ke mesin ATM!
Yeay! Esok uncle nak
pinjam
'pau' 100 ringgit!
Thursday, September 19, 2024
September 19, 2024
AUNTY: "Helo, awak dekat mana?"
UNCLE: "Ni ha... dekat GF!"
AUNTY: "
Girlfriend
?!?!"
UNCLE: "
Ground Floor
lah..."
(Sambil tepuk dahi.)
Wednesday, September 18, 2024
September 18, 2024
Jangan cemburu...
Hari ini uncle makan Ayam Masala 'Kertas'...
Tuesday, September 17, 2024
September 17, 2024
Lajunya angin!
Rasa macam
nak terbang!
model iklan syampu..!
Monday, September 16, 2024
September 16, 2024
Rasa nak komen...
Tapi cuti-cuti ni...
uncle buat-buat tak nampaklah...
Sunday, September 15, 2024
September 15, 2024
Muka comel, tapi GARANG!
Tapi tak pelik pun, sebab manusia pun ramai yang macam tu!
Baahaha..!
Saturday, September 14, 2024
September 14, 2024
'Fun' Fries
pun
'fun' fries
lah dik...
Janji kamu 'seronok.'
Friday, September 13, 2024
September 13, 2024
Cerita hari tu... Misteri Kasut Baharu.
Uncle nak beli kasut.
Lalu ajak aunty ikut 'sebagai peneman'.
Pergi kedai kasut.
Uncle cuba-cuba.
Aunty pun ikut cuba-cuba.
Uncle bawa balik sepasang kasut.
Aunty bawa balik DUA pasang kasut...
Misteri bukan?
Thursday, September 12, 2024
September 12, 2024
Fakta menarik tentang air kelapa;
Minum = 1 minit.
Bertungkus-lumus korek isi = 20 minit.
Haih... Lain kali awak oder air lainlah..!
Saya nak cepat ni...!
Wednesday, September 11, 2024
September 11, 2024
Beruang
teddy
tu kerja dia memang tidur sepanjang hari..!
Jadi buat apalah diletakkan di atas kerusi urut tu? Suruhlah dia berlari!
Kan elok letak uncle yang dah tua dan sakit-sakit badan ni...?
(Bisik hati uncle dengan segumpal perasaan cemburu dikalbu! Huh!)
Tuesday, September 10, 2024
September 10, 2024
Orang desa bercucuk tanam di atas batas.
Orang kota bercucuk tanam di atas kereta.
Apa ada hal?
Monday, September 9, 2024
September 9, 2024
D.I .Y.
Errr...
nak kena buat sendiri atau macam mana, ni?
Sunday, September 8, 2024
September 8, 2024
Kipas = Ada.
Tali untuk hidupkannya = Tiada.
Bak kata
Alleycats
...
♪
"Hidupku tanpa arah, bagai kan
layang-layang
kipas terputus talinya..."
♪
Saturday, September 7, 2024
September 7, 2024
Larangan ini khusus untuk pengguna telefon Motorola sahaja, ya!
Telefon jenis lain; Anda bebas!
Friday, September 6, 2024
September 6, 2024
Malang sungguh...
Baru awal bulan kereta minta 'tukar kasut.'
Lebih malang lagi...
Ampunya kereta dah bertahun-tahun tak tukar kasut..!
Hari-hari pakai selipar!
Thursday, September 5, 2024
September 5, 2024
Masuk bilik X-Ray.
Kalau swafoto esok, kulit uncle kebiru-biruan...
...itu bermakna uncle keluar jadi X-Men!
Wednesday, September 4, 2024
September 4, 2024
AUNTY:
Awak tolonglah letakkan cangkuk supaya senang saya nak gantung beg.
UNCLE:
"Aye-aye kapten!"
"Tung! Tang! Tung! Tang!" (Bunyi bertukang)
UNCLE:
Siap!
AUNTY:
"Haa? Cangkuk ekor anjing!?!"
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)