DBKL kini telah menggantikan cara pembayaran caj parkir bermeter kepada pembayaran menggunakan aplikasi mudah alih. Uncle memang suka! Sebab selalu sangat jumpa meter parkir yang rosak! Kadang-kadang hingga uncle tengking-tengking meter parkir tu! Baahaha...!
Kenapa hidangan ni dipanggil Roti Sarang Burung? Walhal tiada burung pun yang terlibat? Inilah yang dikatakan, "Ayam punya telur, burung dapat nama." Baahaha...!
(Bagus juga KDR ni... boleh main oder-oder dari dapur aunty...! Hehehe...)
Uncle tak pasti apa maksud atau isyarat yang aunty nak sampaikan dengan tiba-tiba meletakkan kain jemuran yang dah kering betul-betul sebelah uncle... Tapi yang uncle pasti inilah waktu yang paling sesuai untuk uncle cabut lari atau buat-buat tertidur...! Baahaha...!
Ish! Mengapalah diletaknya sarung tangan tu begitu rupa... Sekali pandang macam patung voodoo! Dua kali pandang macam orang tunjuk isyarat jari tengah! Huhuhu....!
Semoga pemandu van ini tak suka main brek... Kalau sekejap-sekejap brek, sekejap-sekejap brek, mahu bertabur di atas jalan raya harta benda tu... Sampai rumah, kosong! Ish ish ish...!
Kalau guna mesin tu, janganlah pergi makan angin jauh-jauh pula...! Mesin tu dah lima lama siap. Batang hidung tuannya entah di mana. Orang lain pun nak guna juga!
Uncle faham loading tu maksudnya menaikkan dan menurunkan barang... ...tapi bila nampak dot dot dot selepas perkataan loading tu... uncle mesti teringatkan telefon sedang 'loading apps..!'
Nampak sangat uncle kaki loading apps! Baahaha...!