CLICK!

Followers

Tuesday, December 31, 2019

December 31, 2019


Yeay! Uncle berjaya gulung lempeng sardin sendiri!

(Eceh! Orang lain dah beratus gulung lempeng tak bising pun. Uncle baru satu gulung (itu pun senget-benget) dah masuk dalam blog! Baahaha...!)











Monday, December 30, 2019

December 30, 2019


Hari ini ada tetamu 'datang' rumah...

Okey... bukanlah 'datang'. Tapi kucing yang bawa balik. Nasib baik sempat diselamatkan sebelum di 'ngap!' Rasanya tunggu elok dulu baru dilepaskan... Kasihan tengok...











Sunday, December 29, 2019

December 29, 2019


Woiii... kepala jangan main ya! 
Engkau ingat hanya engkau seorang yang boleh jadi hijau? 

#MakKauHijau...











Saturday, December 28, 2019

December 28, 2019


Yeay! Hari ni aunty masak tomyam!
Tolong? Uncle tolong selfie bolehlah... Baahaha!

(Tiba-tiba perut terasa lapar...!)











Friday, December 27, 2019

December 27, 2019


Ini komputer jenis apa ni? 
Macam banyak benar butang papan kekuncinya? 
Panat nak menaip macam ni..!










Thursday, December 26, 2019

December 26, 2019


Bukan semua penyepit baju digunakan untuk menyepit baju... 

Jangan pula ada yang datang tumpang sidai baju (apatah lagi 'seluar kecil') di sini...! Jahanam nanti! Baahaha!








Wednesday, December 25, 2019

December 25, 2019


Selamat hari Natal kepada yang meraya,
Uncle habiskan masa dengan membuta.

(Acah-acah pantun dua kerat. Baahaha...!)











Tuesday, December 24, 2019

December 24, 2019


Menyerah diri pada yang pakar. Selsema sudah hari yang ke tiga.

Hish! Tak suka betul hidung berair ni...!












Monday, December 23, 2019

December 23, 2019


Sekali-sekala makan mi segera sedap juga...

Okey, okey! Uncle mengaku! Uncle memang selalu makan mi segera! Bukan hanya hujung, awal bulan pun bantai mi segera! Baahaha...!












Sunday, December 22, 2019

Saturday, December 21, 2019

December 21, 2019


Tong ais lama jadi pasu pokok.
Tayar buruk jadi pasu pokok.

Ini baru kitar semula tahap perdana! Syabas!










Friday, December 20, 2019

December 20, 2019


Jenama TOTO sahaja? Jenama lain..?
Ini tidak adil...!!

(Banyak juga nama khas yang dah bertukar jadi nama am, kan?)









Thursday, December 19, 2019

December 19, 2019


Lelaki sejati vakum keretanya sendiri.... 

Ya, hari ni uncle terlebih rajin... siapa-siapa yang nak vakum kereta percuma sila beratur di hadapan rumah uncle ya... Sebelum jam 12 tengah malam sahaja!










Wednesday, December 18, 2019

December 18, 2019


Orang melayu kata kucing sedang mengurut. Orang putih kata 'kneading'. Apa-apa pun, dari engkau urut bantal tu, baik engkau urut belakang uncle ni, ha!










Tuesday, December 17, 2019

December 17, 2019


Keadaan rumah uncle setiap kali tiba musim hujan...

Siapa yang senasib dengan uncle angkat tangan! Baahaha...!











Monday, December 16, 2019

December 16, 2019


Nak ke depan langgar pokok... Nak ke belakang langgar kereta...
Hidup ini memang penuh dengan pilihan yang sukar... 

Eh? Ke situ pula! Baahaha!












Sunday, December 15, 2019

December 15, 2019


Bilik ini untuk bayi sahaja tahu! Bapa-bapa sila minum susu lembu! Kalau degil juga suapkan dia susu getah! Baahaha...!










Saturday, December 14, 2019

December 14, 2019


Siapa yang bersandar pada siapa?
Pondok telefon bersandar pada pokok, atau pokok yang bersandar pada pondok telefon?










Friday, December 13, 2019

December 13, 2019




La... Baru perasan! Selama-lama ni baru hari ni nampak yang corak bantal ni berbentuk ! Sejak dibeli ingatkan bantal ni bercorak X yang banyak! Aduh! Tak peka langsung! Baahaha!














Thursday, December 12, 2019

December 12, 2019


Bukan semua orang yang tidur di dalam bilik berhawa dingin dan berkatil empuk dapat tidur dengan nyenyak seperti saudara ini... Fikirkanlah....










Wednesday, December 11, 2019

December 11, 2019


Eh awak, apa ni? Janganlah...! Sopanlah sikit. Depan orang janganlah nak bermanja-manja, bergese-gesel macam ni... Malulah sikit orang tengok...!










Tuesday, December 10, 2019

December 10, 2019


Laa... macam-macam perangai manusia ni... ada juga yang sengaja hentikan kereta dia macam ni... mungkin dia minat dengan seni imbang-mengimbang ni...

Baahaha...!









Monday, December 9, 2019

Sunday, December 8, 2019

Saturday, December 7, 2019

Friday, December 6, 2019

December 6, 2019


Pagi tadi nampak seorang sedang memberi makan pada beberapa ekor kucing jalanan. Sempat tegur beliau dan berborak ringkas. Rupanya inilah rutin beliau setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Berkongsi rezeki katanya ringkas.

Semoga beliau dimurahkan rezeki...









Thursday, December 5, 2019

December 5, 2019


Eleh... sorokkan tangan sebelah meja makan konon....
...macamlah tak nampak awak tu sedang merokok!

Lapor nanti! (Eh, kalau lapor dapat hadiah tak? Hehe)










Wednesday, December 4, 2019

December 4, 2019


Orang selalu berpesan... "Ikutlah jalan yang lurus..."

Uish... Jalan ini sah-sah kena elak...!










Tuesday, December 3, 2019

December 3, 2019


Bagus juga kedai berkonsepkan rumah ni... 
Nak masuk tanggalkan kasut.

Cuma jangan waktu keluar, tengok-tengok kasut dah lesap...!










December 2, 2019


Mungkin dia terlupa atau terambat keluar. 

Jawabnya peniaga susun meja di sekeliling kereta..! Huhuhu!










(NOTA: Entri tertunda beberapa jam akibat di luar kawasan. Tarikh dan gambar masih mengikut turutan.)