CLICK!

Followers

Tuesday, July 31, 2018

July 31, 2018


Oooo, ini 'charger'. Selama ni uncle sangka ini 'plug'...
  
Huhuhu...







Monday, July 30, 2018

July 30, 2018


Uncle tak peduli nasi ayam ni 'cun' atau tidak...! Yang penting sedap!

(...tapi kalau penjualnya tu yang 'cun', uncle anggap bonuslah! Baahaha!)







Sunday, July 29, 2018

July 29, 2018


Ini kalau panjang sampai ke bawah, ni... 
...rasanya cantik juga kalau dibuat langsir!

:D






Saturday, July 28, 2018

July 28, 2018


Kalau zaman anak-anak terjumpa kesan tapak tangan kecil sebegini... 
Sah-sah keluar cerita toyol...







Friday, July 27, 2018

July 27, 2018



'Sila berhati'? Ini macam nak suruh pencuri tu supaya ada perasaan atau belas kasihan...

'Sila berhati-hati' lah...! Baahaha...!








Thursday, July 26, 2018

Wednesday, July 25, 2018

Tuesday, July 24, 2018

July 24, 2018


Maaf cakap ya, mohon jangan terasa...
Kerja kau ni makan tidur, makan tidur.... sebab tu gemuk!







Monday, July 23, 2018

July 23, 2018


"Hai... Lama tak nampak?"

(Sapa pada hujan yang sudah sekian lama menghilangkan diri... Alhamdulillah)








 

Sunday, July 22, 2018

July 22, 2018


Ini adalah kata laluan paling juara antara juara dalam liga kedai mamak seluruh Malaysia!

#BayarDiKaunter :D






Saturday, July 21, 2018

July 21, 2018


Harap mata biru asli... kalau yang pakai kanta pelekap, tak selera..!

Baahaha...!







Friday, July 20, 2018

Thursday, July 19, 2018

July 19, 2018


Orang lain sudah lama tinggalkan bola sepak piala dunia FIFA 2018...
...uncle baru nak meraikannya! 

Yeay! Koleksi Coca-Cola piala dunia 2018 sudah lengkap!


(Klik di SINI untuk melihat koleksi COKE unlce yang lain...)






Wednesday, July 18, 2018

Tuesday, July 17, 2018

July 17, 2018


Dulu uncle ada kawan namanya Zabedah. 
Kawan-kawan panggil dia 'Bedah mulut' sebab mulutnya becok!

(Entah mengapa tiba-tiba uncle teringat pada dia.... Baahaha!)







Monday, July 16, 2018

Sunday, July 15, 2018

July 15, 2018


Amboi! Pertama kali tengok stesen minyak yang menjual durian di hadapan kedainya! 
Mesra pelanggan sungguh!

(LOKASI: Caltex, Lagenda Height, Sungai Petani, Kedah.)




Saturday, July 14, 2018

Friday, July 13, 2018

July 13, 2018



Hai Pulau Mutiara..!

(Eh? Kenapa mamat menumpang tidur di bahu uncle ni?)






Thursday, July 12, 2018

July 12, 2018


Mula-mula ada Bangsar South... Sekarang timbul Puchong South...
Ada apa dengan sebelah selatan, ni?







Wednesday, July 11, 2018

July 11, 2018


Pagi tadi beli karipap untuk sarapan tapi tidak dimakan. Tengah hari malas keluar jadi makan karipap sajalah. Tak tahulah berapa lama dengan tiga ketul karipap ni dapat menampung perut uncle yang agak rakus ini... Hu hu hu...!






Tuesday, July 10, 2018

July 10, 2018


Koleksi terbaharu! Coca-Cola bertema pelancongan dari Thailand!
Jutaan terima kasih saudara RIO

Klik di SINI untuk melihat koleksi Coke yang lain.






Monday, July 9, 2018

July 9, 2018


Di situlah orang lukis kotak kuning... di situlah juga mereka 'TER' berhenti...!







Sunday, July 8, 2018

July 8, 2018


Dia tunjuk dia... dia tunjuk aku... 
...aku nak tunjuk siapa...?







Saturday, July 7, 2018

Friday, July 6, 2018

July 6, 2018


'Awas bonggol' atau 'awas lubang'? 

(Ada waktu, benda yang tujuannya lain boleh digunakan untuk tujuan yang lain...)








Thursday, July 5, 2018

July 5, 2018


Kepada pelajar-pelajar yang selalu mengeluh tak suka sekolah pagi dan tak suka sekolah petang tu, sila tengok adik-adik di taska ini... Sebelum subuh dah sampai!

:D

(Cantik nama taska ini!)






Wednesday, July 4, 2018

July 4, 2018


Apalah kesalahan perempuan cantik ini sehingga dipasung dengan begitu kejam!
Ini menghalang hak kebebasan bernafas! Baahaha!









Monday, July 2, 2018

July 2, 2018


Hebat abang Salleh ni. Tak sangka! Dari tukang jahit, sekarang sudah luaskan perniagaan jadi saudagar lemang!

 (Err... Ini abang Salleh yang sama bukan? Alaa.. yang berkawan dengan dua budak kembar botak tu?)








Sunday, July 1, 2018

July 1, 2018


Kita selalu dengar istilah orang 'naikkan' rumah kampung.... 
...tapi ini betul-betul 'naikkan' rumah kampung...!!!

Kreatif! Kreatif!