CLICK!

Followers

Saturday, November 30, 2013

November 30, 2013


Demam masih belum kebah. Hidup masih dibawah pengaruh ubat...

(Yang paling syok, ubat batuk tu... bikin 'lalok je' Hehe)





Friday, November 29, 2013

November 29, 2013


...demam.




Thursday, November 28, 2013

November 28, 2013


...atau bahasa papan tanda ini yang sebenarnya 'rubbish?'

Baahaha....!





Wednesday, November 27, 2013

November 27, 2013


Mata duitan bukan... Mata wang pun bukan...


Sekali tengok macam aksi silap mata... dua kali tengok macam kena tangkap mata-mata! Sebenarnya uncle tutup mata sebab tak nak rambang mata...!




Tuesday, November 26, 2013

November 26, 2013


Khas kepada lelaki-lelaki yang suka basuh kereta tanpa memakai baju, menyapu laman tak pakai baju, lepak-lepak tak pakai baju... cubalah contohi buah-buah di belakang tu... 

...malulah sikit...!




Monday, November 25, 2013

November 25, 2013


"Maaf encik, satu campur satu berapa....?"

(LOKASI: Kaunter Pertanyaan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia)



Sunday, November 24, 2013

November 24, 2013


Mungkin yang berlonggok-longgok tu bukan sampah, kot... 

(Ya... uncle sinis sebenarnya)




Saturday, November 23, 2013

November 23, 2013


Tiada satu pun yang mengatakan 'dilarang merakam gambar sendiri'.

...ini bermakna uncle tidak melanggar mana-mana arahankan..? Selamat..!




Friday, November 22, 2013

November 22, 2013


Dulu-dulu, siapa yang tidak memiliki 'benda alah' ni dianggap ketinggalan zaman...
...sekarang 'benda alah' ni yang ketinggalan zaman... Tiada apa yang kekal, kan?


(NOTA: 'Benda alah' tidak termasuk lelaki di dalam gambar, okey!!!)





Thursday, November 21, 2013

November 21, 2013


Janganlah kalau-kalau ada kucing nak meniti atau burung nak hinggap di atas tembok ni... boleh cedera parah dibuatnya...! Tapi kalau pencuri, lantaklah...!


(..eh? Kenapa tiba-tiba uncle jadi pencinta binatang, ni...? Baahaha)





Wednesday, November 20, 2013

November 20, 2013


Sebelum dapat lesen, kita diajar supaya menarik brek tangan apa berhenti...
...bila sudah mempunyai lesen, kita pula ajar orang supaya tidak menarik brek tangan...?


(Sebenarnya ini situasi biasa apabila tinggal di kawasan yang sesak kawasan parkirnya, hingga memaksa kita meletakkan kenderaan kita secara berlapis...)




Tuesday, November 19, 2013

November 19, 2013


Tak tulis salah, kalau tulis lucah...

Aaah... pandai-pandailah kamu semua fikir...

(keh keh keh...)



Monday, November 18, 2013

November 18, 2013


"Uncle gedek kepada ibu pejabat, uncle gedek kepada ibu pejabat! Kita telah menjumpai tempat persembunyian Batman! Suspek tidak lagi tinggal di Gotham City, tetapi berpindah di Pandan Jaya! Saya ulangi, bukan di Gotham City, tetapi di Pandan Jaya! Terima..? Over!"




Sunday, November 17, 2013

November 17, 2013


Ini pokok lulus sekolah agaknya... pandai tuis huruf A...

Jangan lepas ni ada orang puja pokok ni minta tulis nombor ekor pula, sudah...!




Saturday, November 16, 2013

November 16, 2013


Zon tunda? Letaklah zon tembak sekali pun... ada lori tu kisah...?

(Hey! Sumpah! Itu bukan lori unclelah...!)




Friday, November 15, 2013

November 15, 2013


Yeay! Cuti sekolah bermula... Buruh kanak-kanak ada di rumah...!

"Apa lagi? Cepat! Cari uban ayah..! Lepas itu basuh kereta...!"






1) AZIEAZAH kata uncle ketawa sampai bergegar meja, Dia tak tahu, dia ketawa sampai luruh jantung!

2) Terima kasih kembali kepada DAYAH*Errgghh!. (*Kesan bunyi orang bersilat)

Thursday, November 14, 2013

November 14, 2013


Amboi pakcik di belakang, tu...!

Dia bukan Rest 'N' Go, lagi...  Dia dah tahap Rest 'No' Go..!




Wednesday, November 13, 2013

November 13, 2013


Itulah... dulu uncle beritahu peribahasa ini wujud, kamu semua tak percaya...

"Katak sudah menjadi bubur"



Tuesday, November 12, 2013

November 12, 2013


"Amboi...? Ini dah macam perli, ni...?"

(Ya! Orang tua cepat terasa, tahu..!)




Monday, November 11, 2013

November 11, 2013


Keropok besar untuk orang bermulut besar...? 

(Amaran! Jangan makan keropok ini sewaktu ber'dating'... sangat hodoh, okey! Nampak macam sedang makan pinggan...! Baahaha...!)




Sunday, November 10, 2013

November 10, 2013


Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang tinggal di dalam istana...?




Saturday, November 9, 2013

November 9, 2013

Guest #55


Terima Kasih kepada rakan blogger, ATUK kerana sudi menjemput uncle ke majlis perkahwinan anak beliau sebentar tadi... Tapai + cendol = Terbaik..!

(Eh...? Macam sama pula dengan gambar di belakang tu, kan..?)



Friday, November 8, 2013

November 8, 2013


BERJAYA...!!!!!

(Hey! Uncle berjaya jumpalah..! Bukan berjaya melarikan diri....!!!)




Thursday, November 7, 2013

November 7, 2013


"Bang, jom tengok Super Mok"
"Huh? Ada superhero baru? Super Mok? Super Gemok? Bunyinya macam cerita komedi? 

-
-
-
-
"Oooohhh...! SUPERMOKH sebuah Muzikal! Sebutlah betul-betul...!




Wednesday, November 6, 2013

November 6, 2013


Iyalah... dia professional dalam hal video... bukan dalam hal mengeja...

...sebab itu eja 'kahwin' pun salah... janganlah salahkan dia...




Tuesday, November 5, 2013

November 5, 2013


Rasa nak cubit-cubit, peluk-peluk dan gomol-gomol saja kan...?

(Hey! Uncle maksudkan yang di tengah-tengah, itulah...! Tak sudikah?)




Monday, November 4, 2013

November 4, 2013


Azri! Jangan cuba nak pengaruh ayah nak ajak main gitar sama-sama hari ini..! Ayah sangat sibuk... banyak deadline! Tiada masa nak layan kamu...! Kita jamming lain hari, okey..?!



...okey, okey... ayah rasa satu lagu tidak memudaratkan... kan..?




Sunday, November 3, 2013

November 3, 2013


Alhamdulillah... sekarang Sarip Dol dah tak jadi samseng lagi...

(LOKASI: Bukan Kampung Dusun)




Saturday, November 2, 2013

November 2, 2013


Eloklah ni... kepala lutut uncle dah mula longgar, ni...

(...dia tak sebut hanya kepala yang di atas bahu, kan..?)




Friday, November 1, 2013

November 1, 2013


Balik rumah, tak tukar baju sekolah, tak makan, main Batu Seremban...
Balik rumah, tak tukar baju sekolah, tak makan, main Batu Seremban...
...pening kepala uncle tengok..!


(Baiklah sikit dari uncle dulu... balik sekolah, tak balik rumah, main dalam longkang! Baahaha...!)