CLICK!

Followers

Thursday, October 31, 2013

October 31, 2013


Hoih! Siapalah yang sidai seluar dalam sampai ke atas bumbung rumah ni...? 
Banyak pula tu! Selalu kencing malam, kot

Unik sungguh cara produk ini dipamerankan! Baahaha...!






Wednesday, October 30, 2013

October 30, 2013


Tak nampak pun monyet... mana?

(...sudah-sudah! Sesiapa ada terfikir nak jawab "Tu... yang di depan tu..." siap! Uncle tembak secara rawak...!)




Tuesday, October 29, 2013

October 29, 2013


Kata orang, gantung tak bertali itu kejam... 
...tapi yang bertali ni nampak lagi kejam tahap puaka!



Dulu COLOR OF BITT cakap uncle macam Ali XPDC, Semalam pula dikatakan sama macam Ramli Sarip di BLOG-TIPS-KURUS...! Uncle tiada komen... cuma pada hidung ada sedikit mengembanglah beberapa peratus...






Monday, October 28, 2013

October 28, 2013


HANYA DI MALAYSIA
 Perkataan daging itu secara automatiknya merujuk kepada daging lembu...
Tak percaya? Cuba minta 'daging' di warung burger... mesti dapat burger lembu!


(Tapi kalau dapat burger unta, jangan minta ganti rugi pada uncle, ya! Laaarriii...)





Sunday, October 27, 2013

October 27, 2013


Macam mana pun grup lelaki K-Pop ni cuba buat muka ganas... 
...mereka tetap nampak pretty boy...!


(Mana boleh lawan muka ganas uncle ni, kan? Baahaha..!)




Saturday, October 26, 2013

October 26, 2013


Kasihan udang tu... sampai mati kekal solo...

(Yang depan tu dah tak solo... walaupun kadang-kadang perasan solo... baahaha!)




Friday, October 25, 2013

October 25, 2013


Eh... Pelik bin ajaib?
Dulu uncle cuba tanam daun Pudina... tapi kenapa yang subur cendawan...?


"Hmmm... mungkin aku ada kuasa luar biasa, kot..?" (bisik dalam hati)




Thursday, October 24, 2013

Wednesday, October 23, 2013

October 23, 2013


Burung Puyuh uncle pernah makan, tetapi Burung Puyu.... belum..!! 
Ahh! Tak kisahlah. Janji kenyang..!!


(...agak-agak dia ada jual 'ikan puyuh', tak...? Baahaha..!)





Tuesday, October 22, 2013

October 22, 2013


Ini nak ajak orang datang kedai makan BAKSO atau nak ajak BAKSO datang kedai tengok orang...? ...yang lain tidak dialu-alukan, sama...?






Monday, October 21, 2013

October 21, 2013


Pernah dengar tak nama Captain 'Dek' Sparrow..?


(...dah lama tak main Photoshop. Hehe...)




Sunday, October 20, 2013

October 20, 2013


Selamat tinggal diet... selamat datang kolesterol...!

Sup gearbox... oh...!





Saturday, October 19, 2013

October 19, 2013



Mungkin ia menggunakan konsep "Kanak-kanak ibarat kertas putih, kitalah yang mewarnai mereka..." Kalau begitu, uncle nak warnakan anak uncle warna pelangilah... 



(Empat tahun berblog, inilah pertama kali gambar uncle kena photobomb!)




Friday, October 18, 2013

October 18, 2013


Err... doktor, tiba-tiba jantung saya ni berdebar-debar... boleh tolong periksa?

('Cun' macam artis K-pop lah, doktor ni... keh keh keh...)




Thursday, October 17, 2013

October 17, 2013


Kawan-kawan terasa tak harga makan sekarang semakin mahal... 
...atau hanya perasaan uncle seorang..?


(Hello! Yang banyak-banyak dalam plastik tu bukan uncle seorang sahaja yang makan, okey... dengan anak-anak, tahu!)



Wednesday, October 16, 2013

October 16, 2013


"Bila dah tua kerepot, orang pun tak ingin..."

Hey! Uncle bukan cakap tentang uncle, okey!!! Cubit nanti..!





Tuesday, October 15, 2013

October 15, 2013


Bila tenung lemang ni lama-lama, 
...timbul pula rasa nak main meriam buluh macam dulu-dulu...! Kaboom..!


Selamat Hari Raya Aidil Adha, kawan-kawan...!




Monday, October 14, 2013

October 14, 2013


Rasanya kalau lembu itu tahu, dia berusaha untuk lari tak..?

Okey, okey... serius... Nak tahu 'Ibadah qurban menurut pandangan Islam?' Sila klik di SINI





(SUMBER: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia-JIM)

Sunday, October 13, 2013

October 13, 2013


Roti Francis atau Roti Perancis...? Okey, okey... bersangka baik. Mungkin dia ambil sempena nama Captain Francis Light, kot...?


(...alamak! 'Boss' menjeling di belakang, tu..!)




Friday, October 11, 2013

Thursday, October 10, 2013

October 10, 2013


Jika anda merancang untuk bercuti ke tempat-tempat yang 'tidak halal'...

...ehem, sila naik bas lain, ya...




Wednesday, October 9, 2013

October 9, 2013


Wah! Baguslah kawasan perumahan ni... siap sediakan kemudahan penyidai baju awam...

Okey, okey... uncle sinis...!




Tuesday, October 8, 2013

October 8, 2013


Tak faham: Apa yang seronok sangat budak-budak dengan permainan ini?
Naik-turun, naik-turun... bukan ke mana pun...?

Lagi tak faham: Kenapa ada stereng terpacak di belakang Ultraman, tu..?
Naik-turun, naik-turun... bukan ke mana pun...?



Monday, October 7, 2013

October 7, 2013


"Eh! Eh..! Uncle gedeklah! Minta autograf..?!! Errr... boleh minta uban sehelai...?"

Rayu Aaron Aziz kepada uncle...





Sunday, October 6, 2013

October 6, 2013


Tapi jangan guna-gunakan uncle... 
...nanti uncle akan rasa diperguna lalu merasakan diri ini tak guna...

(berapa banyak guna, daaa...?)




Saturday, October 5, 2013

October 5, 2013


Selepas cuci... nak pegang, peganglah... uncle rela... 

Tapi perempuan sahaja, tahu..! Hehehe... (gelak gatal)





(Hari ini hari yang bersejarah untuk SHEILA FENDY & SYAHRIL DESA, semoga sampai ke anak cucu, ya..!)




Friday, October 4, 2013

October 4, 2013


Eh...? Mana cermin mata membaca ni..? Aduh, tertinggallah ni..! 
Ini yang malas nak patah balik, ni..!

Haih...!




Thursday, October 3, 2013

October 3, 2013


Kata orang, aura kita akan terpancar dari sifat dalaman kita...
...tapi kalau 'sifat dalaman' macam ini yang terpancar... ada yang tak cukup tanah orang cabut lari...! Baahaha!


("Biarpun luaran kita berbeza, dalaman kita tetap sama....")



Wednesday, October 2, 2013

October 2, 2013


Jika lori ini senget sebab terlanggar palang... biasa...

...tetapi...

jika lori ini senget sebab dipandu terlalu laju... luar biasa...!




Tuesday, October 1, 2013

October 1, 2013


 Haih...! Manalah aku letak basikal aku ni, tadi...? 

(cakap dalam hati)