Followers
Tuesday, September 30, 2025
September 30, 2025
Bila kita tak mampu tukar telefon baharu...
...kita tukar 'kulit'nya saja...
Kalau orang tanya, "Eh? Telefon baharu?"
Uncle jawab... "Tak... bersalin kulit..."
Jadilah...
Monday, September 29, 2025
September 29, 2025
Lepas satu, satu perangai si Mocha ni...
Sekarang ni pantang tengok uncle balik.
Cepat-cepat dia datang ke arah kereta dan meow-meow minta masuk.
Kemudian dia lepak di situ.
Dia ingat kita nak bawa dia ronda-ronda?
Heh! Tak kuasa!
Sunday, September 28, 2025
September 28, 2025
Siap!
Hari ni dah tebus
SARA
guna nama aunty.
Bulan depan giliran uncle...
Yeay!
Kawan-kawan sudah?
Saturday, September 27, 2025
September 27, 2025
Sedikit info tentang robot mata menyala di belakang tu...
Nama: Jī Emu Essu Omega Jīkuakusu.
Nama saintifik: gMS-Ω Gundam QuuuuuuX
Cara sebut: G-Kwucks
Apalah susah sangat nama-nama robot ni?
Cuba letak nama 'gedek'... kan senang?
Baahaha...
Friday, September 26, 2025
September 26, 2025
Hari ni hari lahir anak uncle yang nombor dua.
Aini kini 25 tahun...
Semoga Aini terus diberkati.
Jangan lupa simpan sikit kek tu... ayah nak rasa.
Thursday, September 25, 2025
September 25, 2025
Tiada apa yang menarik nak dikongsi hari ini.
Masih kuarantin kendiri di rumah.
Mata ada sikit gatal-gatal dan sedikit berair.
Harap pulih segera.
Bosan terkurung weh...!
Wednesday, September 24, 2025
September 24, 2025
Sambungan episod 'mata merah'
semalam
...
Doktor sahkan Konjunktivitis.
Alaaahhh.. sakit mata orang dulu-dulu kata
boleh berjangkit dengan renungan, tu...
Jaga-jaga!
Nanti uncle renung mata mu itu!
Baaahaha! (Gelak jin.)
Baca fakta Konjunktivitis di
> SINI <
Tuesday, September 23, 2025
September 23, 2025
"Mata awak merah." Kata aunty.
"Tipulah..." Jawab uncle ringkas.
Dalam tak percaya tu capai telefon untuk rakam foto sendiri untuk pasti...
(Tengok...)
"Ibuuuu!!! Mana ubat titik mata?"
(Biasalah... orang lelaki. Nak cari ubat mata pun kena tanya isteri...)
Monday, September 22, 2025
September 22, 2025
Uishh!
Seriau betul tengok cara mereka menguruskan wayar hidup tu!
Wayar hidup yang bersambung dengan pembersih vakum tu
melintang lalu betul-betul di atas air yang bertakung!
Tapi uncle percaya mereka sentiasa memastikan
wayar tu dalam keadaan yang baik supaya
tidak
memungkinkan kebocoran elektirik berlaku.
Sunday, September 21, 2025
September 21, 2025
Uncle tak berapa kenal mereka...
Mereka laaaaagi tak kenal uncle..!
Tapi tak mengapa.
Demi semangat bulan 'Hari Malaysia'
... tanpa mengira
kaum atau bangsa...
kami berfoto bersama-sama!
Eh, sekejap... mereka berdua tu bangsa apa,
ya?
Saturday, September 20, 2025
September 20, 2025
Benda yang paling mencemaskan dalam dunia...
Bila komputer riba terpaksa masuk 'hospital'
di waktu
kerja sedang beban puncak!
Nak gugur jantung di buatnya!
Friday, September 19, 2025
September 19, 2025
Lucu betul papan tanda di belakang tu....
PELUANG KERJA.
Gaji $100 (Makan Sendiri.)
Kelulusan: Darjah Satu.
Sekolah: Melayu
Tinggi: 5 kaki, 2 inchi, 3 suku.
Berat Badan: 56 kati.
Tahan Maki.
Siapa sanggup?
Baahaha!
Thursday, September 18, 2025
September 18, 2025
Eeeee... tak malu!
Dah besar panjang pun masih menetek!
Baahaha..!
Wednesday, September 17, 2025
September 17, 2025
Mana satu nak imbas ni...?
Imbas punya imbas... nanti terbabas!
Tuesday, September 16, 2025
September 16, 2025
"Lagi Lama Lagi Murah?"
Hmmm...
Harap dia tak maksudkan tentang umur...
Kalau tentang umur... mahu depresi uncle...
Hu hu hu...
Monday, September 15, 2025
September 15, 2025
Bulan lepas uncle mula makan ubat darah tinggi...
Sekarang uncle dah mula kena makan ubat kolesterol...
Jadi, untuk 'meraikan' peningkatan ini...
uncle beli
bekas ubat
yang mengikut hari supaya uncle tak lupa!
Siapa ada bekas ubat macam ni, angkat jari!
Sunday, September 14, 2025
September 14, 2025
Hari ni hari Ahad... .
Jam 11:02 malam...
...dan uncle masih di pejabat...
Hu hu hu...
Saturday, September 13, 2025
September 13, 2025
Belakang tu emak uncle...
Dia sedang bersiap nak main 'teka suara cucu.'
Alaaa... Yang orang buat di media sosial tu...
Friday, September 12, 2025
September 12, 2025
KEDAI TRIK?
Kalau mengikut Kamus Dewan,
Trik
bermaksud
"Tipu muslihat untuk memperdayakan."
Hmmm.... Bahaya ni!
Ah! Ini bukan kamera trik, ya...
Pandai pula papan tanda tu nak pecah...
...betul-betul pecah di situ!
Baahaha...!
Thursday, September 11, 2025
September 11, 2025
Balik lewat...
Koridor dah gelap....
Kereta nun jauh di hujung sana...
(Telan air liur.)
Bukan takut hantu...
Tapi tak nak hantu terkejut tengok uncle...
Wednesday, September 10, 2025
September 10, 2025
Ish ish ish...
Lain macam sahabat uncle ni punya khusyuk bermiting atas talian...
...hinggakan terlentok kepala di atas kerusi...!
Eh, jap... itu bunyi berdengkurkah?
Tuesday, September 9, 2025
September 9, 2025
Bak kata pujangga...
"Nombor giliran macam James Bond.
Muka macam Jebon!"
Monday, September 8, 2025
September 8, 2025
Hari yang uncle konon-konon bersemangat nak 'jaga makan',
...hari itulah aunty oder
lamb shank
untuk dia...
"Hmmmpphhhh...."
(Nampak tak raut wajah uncle yang sedang menahan sabar tu?)
Sunday, September 7, 2025
September 7, 2025
GUEST #112
Terima kasih kepada pengacara /
deejay
tersohor
KIERAN
atau
KIERANTO_MARCELLO
kerana sudi berswafoto dengan uncle
demi uncle meneruskan projek 'gila' swafoto harian ini.
Orangnya mudah mesra dan sangat merendah diri...
Terima kasih sekali lagi.
Saturday, September 6, 2025
September 6, 2025
Okey, okey...
Uncle bersangka baik...
Mungkin perempuan tu mata dia rabun.
Itulah sebabnya kenapa lelaki tu dengan senang hati tolong beri petunjuk....
Amboi!
Baahaha....
Friday, September 5, 2025
September 5, 2025
Hai... sedang bercuti?
Uncle pun bercuti ni...
Bercuti di pejabat...
Hu hu hu...
Thursday, September 4, 2025
September 4, 2025
Masih terperangkap dalam perlumbaan tuntutan kerja...
Raba-raba pada punggung... (Punggung sendirilah!)
Uish! Rasanya dah berakar antara punggung dengan kerusi, ni...
Hu hu hu...
Wednesday, September 3, 2025
September 3, 2025
Masalah yang hanya pemilik kucing saja yang faham...
(Apatah lagi kalau pemilik kucing tu pakai baju hitam setiap hari...)
Ya... Kamilah agen sebab merebaknya bulu kucing...
Tuesday, September 2, 2025
September 2, 2025
Maaf.
Terlampau-lampau-lampau sibuk.
Tak sempat nak kunjung blog.
Kita janji lain ya...
Ampun...
Monday, September 1, 2025
September 1, 2025
Olololo...
Tadi uncle marah Mocha...
Dia punya merajuk...
Uncle panggil, langsung dia tak menoleh.
Terus pandang tempat lain...!
Menyampah!...!
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)