CLICK!

Followers

Wednesday, March 31, 2021

March 31, 2021



Kalau tepat kajian dari VIDEO INI, ini bermakna uncle sekarang berdiri betul-betul di hadapan 'Lodging Mak Minah' di dalam filem Masam-Masam Manis arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang dikeluarkan pada tahun 1965! 

Kredit pada Channel You Tube KERUL KAMAL.











Tuesday, March 30, 2021

March 30, 2021



Pokok Sakura Malaysia? Pokok Tecoma? 

Ya... memang cantik! 

Tapi itu semasa bunganya mekar... 

Tunggulah bila bunga yang banyak tu luruh dan lebam...

Hu hu hu....










Monday, March 29, 2021

March 29, 2021



Pintu yang sama disuruh tarik... 

Pintu yang sama disuruh tolak... 

Kalau jumpa dengan orang yang tak nak mengalah... 

Boleh pecah pintu kaca ni..! 

Hu hu hu...!











Sunday, March 28, 2021

March 28, 2021



Berkali-kali uncle terjumpa orang yang 'bertawakal' meninggalkan tabung derma tanpa sebarang jagaan di hadapan pintu bank begini. 

Bagaimana kalau tabung ini dicuri? 

Bagaimana pula dengan sumbangan ikhlas yang tak kesampaian itu...? 

Siapa yang akan bertanggungjawab bila 'ditanya' kelak?

Tawakal sepatutnya digandingkan dengan akal...










Saturday, March 27, 2021

March 27, 2021



Dalam foto ni ada dua ekor dinosaur! 

Apa? Unta bukan dinosaur? 

Memanglah...

Uncle cakap tentang Triceratops dengan yang paling depan ni ha..! 

Baahaha...!










Friday, March 26, 2021

March 26, 2021



12 tahun lepas, hari ini uncle muat naik SWAFOTO PERTAMA uncle diblog ini dengan kapsyen;

"Yesterday was my birthday! Well.. here goes..!" 

Tak sangka hari ini uncle masih buat kerja yang sama! 










Thursday, March 25, 2021

Wednesday, March 24, 2021

March 24, 2021



Latar belakang tu langsung tidak menggambarkan apa-apa tentang uncle... 

Uncle ni sesungguhnya 'kayap-merayap' secara zahir!

Baahaha...!!


















Tuesday, March 23, 2021

March 23, 2021



Siapa kenal 'mamat' di belakang uncle ni maknanya dia dah tua... 

Petunjuk: Beliau seorang pesakit jiwa!

















Monday, March 22, 2021

March 22, 2021



 Makcik ni selalu beri makanan kepada kucing jalanan...

Semoga murah rezeki beliau...

Amin...














Sunday, March 21, 2021

March 21, 2021



SOP minta kita imbas dulu baru masuk. 

Tapi peranti imbas letaknya di dalam. 

Cabaran juga ni... Kecuali bagi yang leher panjang macam zirafah!

Baahaha...!















Saturday, March 20, 2021

March 20, 2021



Beg bersusun-susun ni bukan uncle merajuk nak lari dari rumah... 

Tapi sekali-sekala mengemas rumah lalu sedar betapa banyak yang perlu dibuang!

#berpeluh












Friday, March 19, 2021

March 19, 2021



Jangan salah faham.

Wajah uncle kemerah-merahan ni bukan kerana menahan marah. 

Tapi pantulan cahaya dari lampu merah kereta di luar rumah...!

Kalau nak tahu tanda uncle sedang marah... Ada asap berkepul keluar dari telinga..! 

Baahaha...!













Thursday, March 18, 2021

March 18, 2021



Mentang-mentang dah lama tak cari engkau... 

Tahu-tahu engkau dah kahwin! Tak ajak pun! 

Baahaha...!













Wednesday, March 17, 2021

March 17, 2021



Alamak! Rosak imej uncle... 

Bawa 'BMW' tapi terpaksa parkir sebelah tong sampah!

#perasan













Tuesday, March 16, 2021

March 16, 2021



Hari ini adalah hari akhir SPM untuk Anis. 

Jadi apa maknanya ini? 

Eh! Bukan! Bukanlah maksudnya dia dah boleh buang buku sekolah ke dalam sungai! 

Ini bermakna uncle sudah bersara dari menjadi 'pemandu grab sekolah!'

 Kini tiada lagi anak yang bersekolah! Yeay..!!!

















Monday, March 15, 2021

March 15, 2021



Hiasan 'bantal tembikai' ni kalau dijemur lama-lama mesti warnanya bertukar jadi warna coklat... Masa tu ia dipanggil 'bantal karipap'. 

Baahaha...!
















Sunday, March 14, 2021

March 14, 2021



Eh? Orang tu pakai apa dikepala...?

Nak kata tudung, bukan... 

Nak kata skaf, bukan...

Nak kata topi lagi bukan....

Haaa?!?!?! Adakah itu....'?!?!?! 

Macam-macam hal! Baahaha...!













Saturday, March 13, 2021

March 13, 2021



Badan dah tua. Duduk lama-lama lenguh. 

Sekali-sekala berlunjur lurus di atas lantai... 

Ahhhh... syurga rasanya...! 












Thursday, March 11, 2021

March 11, 2021



Kenapa orang dalam lrt ni pandang uncle macam tak puas hati..? 

Salahkah uncle duduk di sini? Uncle diutamakan di sini!

Nampak tu? Insan berperut buncit! 

Baahaha...!!!















Wednesday, March 10, 2021

March 10, 2021



"Abang... bila abang nak bawa saya masuk kedai BIBAH ni?"

"Kedai BIBAH? Tak pernah dengar pun kedai BIBAH? Kedai apa tu?"

"Tuuuu... BIBAH, cuba abang baca dari sebelah sana."

"Alamak! Sekali kedai HABIB daaa...!" 

(Terus buat-buat pengsan....)

















Tuesday, March 9, 2021

Monday, March 8, 2021

March 8, 2021



Kalau tak nampak QR kod MySejahtera ni, tak tahulah..! 

Punyalah besar dia cetak! 

Kalau sekali ganda besar lagi, dah hampir penuh pintu tu..!


















Sunday, March 7, 2021

Saturday, March 6, 2021

March 6, 2021



DULU-DULU: "Pisang emas dibawa belayar... "

SEKARANG: "Pisang emas dibawa naik Grab!" 

Baahaha...!