Followers
Monday, July 28, 2025
July 28, 2025
Masih tak ditanggalkan poster zaman Covid-19?
Sayang sangat dengan poster JARAK SOSIAL tu agaknya.
Uncle tengok pun trauma...
Semoga kita tak lalui zaman edan tu lagi...
Sunday, July 27, 2025
July 27, 2025
Saja nak cerita...
Bermula dari
25 Julai 2025
lepas...
Alat periksa tekanan darah tu kini jadi kawan baik uncle...
(Abaikan kucing pelamas tu...)
Saturday, July 26, 2025
July 26, 2025
Ayam laris, sayur laris, telur laris.
Habis licin..!
Tinggal si meow ni seekor saja tak laku-laku...
Berapa ringgit satu kilogram, ni?
Friday, July 25, 2025
July 25, 2025
Ada ni haaa...
Tekanan darah naik mendadak...
Aduh...
Thursday, July 24, 2025
July 24, 2025
Hari ni uncle agak jauh dari sarang...
Maaf, tak sempat nak kunjung blog!
"
Uish!
Ari
ni panas
benor
..!"
Wednesday, July 23, 2025
July 23, 2025
Alaaa... janganlah gelak.
Bukan selalu pun...
Berilah peluang uncle melaram...
Tuesday, July 22, 2025
July 22, 2025
♫ "Mendung tak bererti hujan..." ♫
Tapi tu hanya lirik...
Sebaik saja uncle ambil foto ni...
"Buuurrrr...."
...hujan pun turun....
Monday, July 21, 2025
July 21, 2025
Si Mocha tu pantang nampak pintu kereta
terbuka,
l
aju dia menyusup masuk!
Pernah hari tu uncle tak perasan dia masuk,
sejam dua jugalah dia terkunci!
Eh, eh, tengok tu! Tak serik-serik..!!
Sunday, July 20, 2025
July 20, 2025
Hai, buat apa tu?
Jangan lupa baca akhbar The Sun hari.
Kenapa?
Ohh.. ada artikel tentang uncle...
(Sambil menahan hidung kembang.)
Atau baca The Sun versi atas talian di >
SINI
<
Jutaan terima kasih kepada wartawan
ASHRAF WAHAB
atas tulisan yang cantik dan sangat bermakna ini...
Saturday, July 19, 2025
July 19, 2025
Ada gaya tak ganti Tarzan si raja rimba..?
Gagah perkasa, dikelilingi margasatwa!
Eh, taknaklah...
Tarzan tak pakai baju!
Friday, July 18, 2025
July 18, 2025
Disaat genting bila anda perlu buka e-mel kerana
ada
kerja
yang SANGAT-SANGAT-SANGAT-SANGAT PENTING...
Tiba-tiba anda dapat notifikasi ini...
"That's an error. The server cannot process the request... bla-bla-bla..."
Rasa nak menjerit sambil tarik rambut sendiri, bukan?
Thursday, July 17, 2025
July 17, 2025
Ada kucing luar curi-curi masuk rumah.
Apa lagi... bergelutlah dengan kucing uncle!
Kucing luar uncle berjaya halau keluar.
Hasilnya ada tertinggal bulu-bulu atas karpet.
Haih... unclelah yang kena vakum ni...
Huh...
Wednesday, July 16, 2025
July 16, 2025
Pada muka diri sendiri.
Siapa suruh tak fokus waktu diskusi tadi.
Ingat nak salin nota... tengok-tengok tulisan, ya rabbi!
Haram tak faham!
Itu tulisan atau kod rahsia?!?
Tuesday, July 15, 2025
July 15, 2025
Cuainya uncle...
Boleh tertinggal beg sandang di dalam
kereta
yang letaknya tak tersorok pun!
Dalamnya ada
bermacam-macam
barang penting!
Dompet, wang tunai, kunci, dokumen!
Macam manalah boleh terlupa...
Kena makan kismis banyak-banyak ni...!
Monday, July 14, 2025
July 14, 2025
"ADUH!! PENATNYA LIPAT BAJU!!" (Cakap kuat-kuat).
Begitulah orang lelaki ya tuan-tuan dan puan-puan...
14 tahun sekali tolong isteri lipat baju...
...sekali tolong lipat terus tunjuk dalam blog nak beritahu dunia!
Sunday, July 13, 2025
July 13, 2025
Nampak tak tangan aunty di belakang tu?
Yeay!
Laksa Johor dalam pembikinan!
Uncle makan laksa Johor guna tangan...
...siapa geng uncle?
Saturday, July 12, 2025
July 12, 2025
Dahulu...
Atas kaunter bayaran, bersusun-susun bekas gula-gula.
Sekarang...
atas kaunter bayaran, bersusun-susun tabung derma.
Friday, July 11, 2025
July 11, 2025
Nampak dari jauh...
Kelibat pelajar berbaju sekolah cuba-cuba hisap rokok...
Alahai...
Seluar dalam pun mak ayah belikan...
Dah acah-acah nak jadi gengster...
Thursday, July 10, 2025
July 10, 2025
Ikan Kili - Phuyu - Ayam Putihe.
Terhibur baca tulisan-tulisan yang ditampal di kedai belakang tu...
'
Gili
' hati uncle..!
(Sambil menahan ketawa.)
Wednesday, July 9, 2025
July 9, 2025
Jalan yang sama. Tanda nama jalan yang sama.
Sebelah ditulis 'BRUEI'.
Sebelah belakangnya ditulis 'BRUNEI'.
Terlepas pantau, kot?
La la la...
Tuesday, July 8, 2025
July 8, 2025
'Heaven Melon'
tu namanya saja
...
Jangan ada yang faham ia ditanam di syurga, sudah!
#TepukDahi
Monday, July 7, 2025
July 7, 2025
Aunty...
Masuk kedai ini... dia daftar jadi ahli. Muat turun
apps.
Masuk kedai itu... dia daftar jadi ahli.
Muat turun
apps.
Semua kedai dia daftar jadi ahli dan semua ada
apps!
Akhirnya telefon dia dah macam rupa kompleks membeli belah!
Sunday, July 6, 2025
July 6, 2025
Terpandang ayat ni tadi...
Lalu teringat pada kawan-kawan
blogger
semua.
Maka uncle panjangkan soalan itu di sini...
Apa khabar semua?
Saturday, July 5, 2025
July 5, 2025
Jambu batu
✅
Serbuk asam boi
❌
Aduh, tak lengkap ni... Tapi nak ke kedai, M-A-L-A-S...
Haih...
Friday, July 4, 2025
July 4, 2025
"Eh? Binatang apa tu? Pandai bergayut, ekornya panjang, berwajah lucu?"
Agaknya itulah soalan yang difikirkan oleh kucing tu...
Maaf... Uncle ni memang mudah terhibur...
Tengok situasi macam ni, otak uncle
'auto'
fikirkan dialog yang sesuai...
Baahaha...!
Thursday, July 3, 2025
July 3, 2025
Nampak beg sampah hitam bergerak-gerak agak mecurigakan.
Zum pandangan ke arah beg sampah.
Bertuah betul..!!
Ada dua orang kanak-kanak bermain dalam tu!
Haih... hati-hati...
Nasib tak baik, lori sampah datang angkut baru tahu!
Wednesday, July 2, 2025
July 2, 2025
Bila perut dah lapar...
Ayam di pintu kereta pun nampak menggiurkan!
#TakSenonoh
Tuesday, July 1, 2025
July 1, 2025
"Masuk tengok encik..."
Sapa jurujual pada uncle.
"Saya bukan tak minat nak tukar kereta,
cuma...
bank dah tak minat nak beri pinjaman pada saya..."
Jawab uncle malu-malu...
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)