CLICK!

Followers

Saturday, November 30, 2024

November 30, 2024


Sempat ziarah mantan bos zaman uncle bujang, 

Haji Zainal Buang Hussein. 
Kartunis, Illustrator, Novelis. 

Teringat... Di mana saja dia sarapan, makan tengahari, 
meja dia pasti ramai ditemani dengan staf-staf bujang. 

Sebab? Sebab dia pasti akan belanja sesiapa saja yang semeja dengan dia! 

Licik tak uncle? 


NOTA: Kulit majalah > GILA-GILA < keluaran pertama pada 1 April 1978 adalah 'air tangan' beliau.











Friday, November 29, 2024

November 29, 2024



Uncle adalah orang yang akan paling, paling, paling
bersetuju jika ada undang-undang yang MEWAJIBKAN 
pengendali makanan memakai pelitup mulut. 

Kadang-kadang ada yang kita jumpa tu sambil menyenduk
makanan sambil tulah dia menjerit memanggil pelanggan! 

Eewwwuuu! 


(Syabas untuk kedai ini...)










Thursday, November 28, 2024

November 28, 2024

ULANG TAHUN PERKAHWINAN
30 TAHUN


Hah?! 

30 tahun sudah?!?  

Tapi rasa macam pengantin baharu! 

(Eceh ceh ceh... Beli jiwalah tu!)










Wednesday, November 27, 2024

November 27, 2024



Laporan cuaca hari ini.

Pagi: Hujan di beberapa tempat
Petang: Ribut petir di kebanyakan tempat
Malam: Hujan menyeluruh
Suhu: 23°C (min), 32°C (maks)

Hmmm... Patutlah si Milo tidur sepanjang hari!










Tuesday, November 26, 2024

November 26, 2024



Itulah... umur dah lanjut 

Panjat sana, panjat sini. 

Tak reti duduk diam! 

Haaa... kan dah tersangkut! 

Baahaha..!











Monday, November 25, 2024

Sunday, November 24, 2024

November 24, 2024



Nak warnakan rambut, nanti orang kata buang tabiat. 

Kalau uncle pakai rambut palsu? 

Ada orang mengata tak?











Saturday, November 23, 2024

November 23, 2024



Kalau dah 'oyen' tu memang perangai 'oyen'lah juga!

Persoalannya... 

Macam mana dia boleh lolos masuk dalam ni? 

Sempat santai-santai lagi tu!

Hoi 'oyen'! Ini pasarayalah! Bukan inap desa!











Friday, November 22, 2024

November 22, 2024



Aduhai kesesakan jalan raya... 

Mengapakah kau hadir di dalam hidupku, 

Tatkala diriku mendambarkan  tandas  *R&R. 


*Bunyi sopan sikit.











Thursday, November 21, 2024

November 21, 2024



Maju tu memang maju... 

Sayangnya bukan maju ke depan...

Tapi maju ke bawah.

Hu hu hu...








Wednesday, November 20, 2024

Tuesday, November 19, 2024

November 19, 2024



Apa guna berpangkat besar jika tak sudi belanja kawan, 

Apa guna berTV besar jika tidak sudi dihidupkan...? 


#TibaTibaPantunDuaKerat











Monday, November 18, 2024

November 18, 2024



Baju tetap hitam walau nyawa jadi taruhan. 

Oh ya... hari ni uncle pakai batik. 

Sekian.











Sunday, November 17, 2024

Saturday, November 16, 2024

November 16, 2024



Pokok bunga kertas ni memang cantik ditanam. 

Tapi dalam cantik tu pandai pula dia menjalar naik melalui wayar lampu! 

Rancang nak rehat-rehat pada hujung minggu ni. 

Hmm... terpaksa pula jalankan kerja-kerja mencantas.  


(Ehem... nampak sangat uncle jarang tinjau belakang rumah, kan? Baahaha...!)












Friday, November 15, 2024

November 15, 2024



Kata orang, menunggu isteri membeli belah ni 
boleh mengakibatkan kita mati berdiri. 

Tak percaya? 

Tuuu... tengok abang di belakang tu...











Thursday, November 14, 2024

November 14, 2024



Setiap kali kereta 'dinaikkan'... 

Itu bermakna jumlah duit dalam bank uncle akan 'menurun'...

Sudah... 

Izinkan uncle menangis di bucu katil.











Wednesday, November 13, 2024

November 13, 2024



Orang yang gantung papan tanda di belakang tu
ikhlas atau tak ikhlas buat kerja, ni...?











Tuesday, November 12, 2024

November 12, 2024



UNCLE: "Laaa... nak ke mana lagi tu? Kata dah nak balik?" 

AUNTY: "Adalah, ikut saja. Rahsia." 

*Berjalan mengekori aunty. 

AUNTY: "Haaa! Sampai pun... Dah awak tunggu luar." 

UNCLE: "Laaaa... Huh!"











Monday, November 11, 2024

November 11, 2024



Ranggi tak kertas dinding di belakang tu?

Uncle dan aunty yang bertungkus-lumus melekatkannya semalam. 

Hasilnya... Hari ni sama-sama sakit pinggang!











Sunday, November 10, 2024

November 10, 2024



Ada ni haaa... 

Dah lama tak berkongsi payung... 

Bukan tu saja,

kebetulan sama pula tema..! 

Okey... sila meluat...

Baahaha..!









Saturday, November 9, 2024

November 9, 2024



Okey! Muzik sudah berbunyi...! 

Jaga-jaga! 

Sebentar lagi uncle akan mula menyanyi... 

Sila tutup telinga anda jika tak mahu gegendang telinga anda berdarah! 


(Nota: Yang di belakang tu adalah abang sulung uncle.)











Friday, November 8, 2024

November 8, 2024



Aunty tu kalau keluar makan, mesti bawa 'kawan baik' dia... 

Eh... Bukan uncle... 

Tuuu haaa... Bekas ubat tu! 

Tak pernah lupa! 

Dah siap susun untuk seminggu!











Thursday, November 7, 2024

Wednesday, November 6, 2024

November 6, 2024



Milo buat muka tak puas hati! 

Dia 'meow-meow' nak masuk tidur dalam bilik. 

Uncle tutup pintu! 

Baahaha! 


#SiriMenyakatKucing











Tuesday, November 5, 2024

November 5, 2024



Alamak aih... 

Aunty dah berhenti tengok pinggan. 

Macam nak suruh ganti pinggan yang 
uncle pecahkan < tempoh hari tu saja?

Mana nak lari ni...?











Monday, November 4, 2024

November 4, 2024



Dah malam-malam baru nak terpadam mentol bilik air. 

Cari-cari mentol ganti, tiada pula. 

Nak ke kedai malas. 

Selongkar-selongkar jumpa lampu suluh. 

Ahhh... jadilah sementara esok...


#TerlajakKreatif