CLICK!

Followers

Monday, September 30, 2013

September 30, 2013


Oooh... Taman Putra... 
...ku sangka Tanda Putera, tadi...


(Errr... kenapa asyik terbayang cerita Tanda Putera ni...? kawan-kawan sudah tonton? Jadi? Berapa bintang? Rekomen?)



Sunday, September 29, 2013

September 29, 2013


Haa...?! Apa..?!! Cakap kuat sikit..! Tak dengarlah..!




Saturday, September 28, 2013

September 28, 2013


Apa yang perlu anda lakukan jika rumah anda tiada peti surat...?

Pandai bukan...?




Friday, September 27, 2013

September 27, 2013


"Aini nak hadiah apa untuk hadiah hari lahir?" 

"Gelang mat rock"

Tanpa bertanya banyak, uncle belikan...

Fuh! Nasib baik engkau tak minta gelang emas, nak... (cakap dalam hati) 





(Selamat hari lahir yang ke-13 tahun, semalam, Aini... suka stud wristband, tu? \m/)




Thursday, September 26, 2013

September 26, 2013


Apa? Nak kirim belacan? Tak payah..!

Tiada bezanya belacan yang dijual di sini dan belacan yang dijual di tempat kamu..!




Wednesday, September 25, 2013

September 25, 2013


Hey saudara

Kalau nak tenung pun, janganlah tenung sampai ke dalam lubang telinga, okey?!!

(Nasib baik telinga baru servis semalam... hehe)



Tuesday, September 24, 2013

September 24, 2013


Bukan semua benda yang free itu percumatahu..!

(Zaman kanak-kanak, jika terbaca perkataan pork free, smoke free atau sugar free uncle sangkakan itu bermaksud ia diberi percuma... Baahaha!)




Monday, September 23, 2013

September 23, 2013


Eh, eh... jangan jilat telinga!

Geli tidak, terangsang pun tidak... cuma uncle malas nak sertu!



Sunday, September 22, 2013

September 22, 2013


Idea tak kunjung tiba untuk kemas kini blog... 

lampu idea masih tak menyala-nyala lagi..! 

Tolooonnggg...!




Saturday, September 21, 2013

September 21, 2013


Singgah di pasar tani... Pelbagai hasil tani ada di sini... 
Sayur, ikan, ayam, buah-buahan, kuih, kerepek, kere... 

...eh? 

Kereta pun dikira hasil tani jugakah?



Friday, September 20, 2013

September 20, 2013


Asal hujung bulan, singgah Tabung Haji.... 

Asal hujung bulan, singgah Tabung Haji.... 

Bila nak naik haji kalau macam ni..? Aduh...



Thursday, September 19, 2013

September 19, 2013


Eh? Siapa yang memasang iklan, niMajikan atau penganggur?

Ayat mesti betul... Nanti ada orang yang kata perigi mencari timba...!



Wednesday, September 18, 2013

September 18, 2013


Aduh... penatnya berjalan... sakit belakang bila badan dah tua ni...

...baik uncle bersandar pada pokok di belakang ni, sekejap... 




Tuesday, September 17, 2013

September 17, 2013


"Okey, okey..! Aku tunggu engkau di bulatan... eh? Err..."

(Cop... kalau dah macam ni bentuknya, boleh ke dipanggil bulatan?)




Monday, September 16, 2013

September 16, 2013


Apa?!! Esok kerja sudah...?!?!?! Potong stim, betul!




(Selamat Hari Malaysia, kawan-kawan!)



Sunday, September 15, 2013

September 15, 2013


Hari ini, ulang tahun ke-10 pembedahan pembuangan tumor atau nama medikalnya Parapharyngeal Pleomorphic Adenoma.

Kesan-kesan:

A) Parut Tracheostomy (saluran sementara untuk bernafas).
B) Parut sepanjang 12 inci dari dagu sehingga ke belakang telinga. (akses kepada tumor)
C) Bibir bawah yang tidak selaras... (baahaha..!)
D) Rasa kebas di telinga kanan. (beransur hilang dalam kadar yang sangat perlahan)

Terima kasih kepada doktor-doktor, misi-misi di HUKM (sekarang PPHUKM) yang terlibat...

... apa pun, Alhamdulillah... semuanya selamat sehingga ke hari ini...



Saturday, September 14, 2013

September 14, 2013


Alaaa... Mengaku sajalah... 
Kamu semua pun terfikir apa yang uncle fikir... kanBaahaha...!


(Mungkinkah ini tanda otak kita sudah terlebih tercemar...?)



Friday, September 13, 2013

September 13, 2013


Jangan ingat nak beli burger dan ayam goreng sahaja yang ada drive-thru...

...nak beli santan pun ada drive-thru, okey...?!!

Ini baru setanding...!



Thursday, September 12, 2013

September 12, 2013


Aduh! Ini yang susah bila tangan berotot, ni...! 

Nak putar sikit, dengan botol-botol terputar!

(Okey, saja nak bagitahu yang lengan uncle ini sangat maskulin, baahaha!)


Wednesday, September 11, 2013

September 11, 2013


Geramnya..! Kalau boleh, uncle rasa nak 'menampah' huruf  'L' di atas huruf 'H' tu je...! 

Tapi takut nanti muka uncle pula yang kena 'tampah'...!

Baahaha...!



Tuesday, September 10, 2013

September 10, 2013


Macam mana...? Ada rasa gerun tak...?

Hey! Uncle maksudkan yang di belakang tulah...! Bukan yang di hadapan..!

Sampai hati, okey...!

Monday, September 9, 2013

September 9, 2013


"...dan apabila uncle terlihat sahaja yang pokok ini akan tumbang, tanpa membuang masa dan tanpa memikirkan keselamatan, uncle terus meluru ke pokok itu hanya untuk merakamkan gambar pokok itu yang SEDANG REBAH..!"


(Ada ke orang percaya cerita fiksyen uncle ni...?)



Saturday, September 7, 2013

September 7, 2013


Jangan senyum... jangan senyuuumm... jangan senyuuummmm  (PAP!)
Haaa...! Macam inilah baru anak-anak saudara pak ngah...!


(Dari kiri: Zuhayr, Zafran, dan Zahira)


Friday, September 6, 2013

September 6, 2013


Hoih...! Patutlah Jalur Gemilang habis dipasaran! Rupa-rupanya semua dia dah borong..!


(Psst... agaknya apalah abang di belakang tu fikir, bila tengok uncle rakam gambar sendiri, kan? Baahaha...!)


Thursday, September 5, 2013

September 5, 2013


Kalau kamu semua kata kamu tak pernah letupkan belon ini di atas dahi...

...kamu semua memang penipu...! Baahaha..!



Wednesday, September 4, 2013

September 4, 2013


Arahan ke kiri...

Gambar hala ke kanan..

...atau nak suruh uncle moonwalk, ni..?


Tuesday, September 3, 2013

September 3, 2013


Ingat nak post gambar senyum hari ini...
Bila dengar berita harga Diesel dan RON95 naik, terus hilang senyuman...!


(Harap tambang bas tak naiklah nanti... Kasihanilah rakyat murba seperti uncle ini...) 



Monday, September 2, 2013

September 2, 2013


"Adik-adik... hari ini kita belajar perkataan baru... SELUR". 

(Tapi... jangan beritahu cikgu kamu, uncle yang ajar, tahu! Baahaha...)



Sunday, September 1, 2013

September 1, 2013


Eh..! Itu bukan subang, tahu! 

Itu maruku!



(Oh... Ini mengingatkan uncle, stok maruku pun dah nak habis tu...!)