CLICK!

Followers

Thursday, January 31, 2013

January 31, 2013


Betul kata 'orang'... "Anjing pun ada masalah..."




NOTA: Ramai pembaca blog BB@40 yang merungut kerana semua muka uncle diambil dari sudut yang sama setiap hari... Hmmm... kalau nak tengok mua uncle dari sudut yang lain, jom tengok blog CIKGU NAMAN...! (Terima kaaasih ciiikguuuu...!)


Wednesday, January 30, 2013

January 30, 2013


'Bibir seksi

(AMARAN: Tuan blog tidak akan bertanggungjawab jika ada pembaca yang tergoda..!)


  1. Unlce hairan dengan gadis ni... Muka sama garang tapi tetap cun... Jom tengok blog NISA KAY...!
  2. Cuba renung betul-betul... ada persamaan tak antara dua wajah ni? SamakanJom tengok blog PUANBEE..!

Tuesday, January 29, 2013

January 29, 2013


Racun, tak makan... Gam tak pijak...
Okey! Isytihar perang! Malam ni uncle pasang perangkap empat penjuru..!!

Eh..? Kenapa uncle rasa macam kartun Tom and Jerry, ni...?


Monday, January 28, 2013

January 28, 2013


Pukul 3:00 pagi masih belum balik dari 'ngeteh'... Yang sah aunty mesti membebel bila balik nanti... Kalau uncle beri alasan yang uncle terlupa jalan balik, agak-agak aunty percaya tak? Aduh! Tolong! Ada idea lain?

(LOKASI: Restoran Nasi Kandar Pelita, Ampang)


Sunday, January 27, 2013

January 27, 2012


"Abang mari! Adik mari! Mura-mura! Sipuluh ringgit! Offa-offa!" 

Pasti kamu semua pernah dengar laungan semacam ini dari pekerja-pekerja import di pasar-pasarkan? Nak tergelak pun ada, tapi mereka mempunyai keyakinan yang sangat tinggi, tahu! (Baahaha ~ sambung gelak...)


Saturday, January 26, 2013

January 26, 2013

Guest #51


Apakah reaksi anda apabila Abang Nara iaitu pemilik blog hiburan yang paling hangat di Malaysia ~ BEAUTIFUL NARA, datang dan beritahu yang dia juga peminat blog kamu...?

Uncle terus pengsan tadi, tahu..!!!


(Sekalung tahniah kepada DENAI HATI, kerana kejayaan menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013. Tahun hapadan jangan lupa jemput uncle lagi, ya?)


Friday, January 25, 2013

January, 25, 2013


Oooo... Dang Wangi ni stesen LRT rupanya... 

sorok-sorok uncle masuk... Bunyi macam kelab Dang-Dut....




Thursday, January 24, 2013

January 24, 2013


"Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.."


(Selamat menyambut Maulidul Rasul dan selamat bercuti ya kawan-kawan...!)


Wednesday, January 23, 2013

January 23, 2013


Eh... uncle pun dah lupa bila kali akhir uncle buat Pap Smear...?

Okey, okey... uncle tahu, tapi saja buat-buat tak tahu...! Baahaha....



(Kamu, kamu dan kamu yang senyum sinis tu sudah atau belum..? Jangan lupa ya kawan-kawan...?)


Tuesday, January 22, 2013

Monday, January 21, 2013

January 21, 2013


Aunty cukup tak suka kalau uncle tolong dia basuh pinggan.
Dia kata nanti habis basah satu dapur!

...sebenarnya uncle sengaja basahkan dapur tu... hehe... taktik!


Sunday, January 20, 2013

January 20, 2013


Tempat permainan kanak-kanak adalah tempat yang paling bingit di dalam pasar raya! Orang yang ada migraine dinasihatkan beredar segera!


Thursday, January 17, 2013

January 17, 2013


RM100 X 3 anak = RM300... Alhamdulillah...

(...malam ni makan arab kambing, esok makan sate, lusa makan steam boat, tulat makan....)

Wednesday, January 16, 2013

January 16, 2013


Cantiknya bangunan di sini... Ala-ala 'luar negeri'

(LOKASI: Kementerian 'Dalam Negeri')


Tuesday, January 15, 2013

January 15, 2013


Macam mana nak naik budget taxi? Bajet pun tiada...! Huh!

(LOKASI: KL Sentral)


Monday, January 14, 2013

Monday 14, 2013


Syabas SYABAS!
Hari ketiga mendapat bekalan air tanpa gangguan...YEAY!


(Harap semua pihak mengambil iktibar di atas apa yang telah berlaku. Semoga perkara INI tidak berulang kembali...)

Sunday, January 13, 2013

Saturday, January 12, 2013

January 12. 2013


Sikat rambut... terlepas sikat... lalu sikat hilang..?!?!

 Huh!


Terima kaseh kepada NURUL SYUHADA kerana review blog uncle ya...? Tapi uncle bukanlah berkeyakinan tinggi... tapi 'ketidakmaluan yang tinggi'... baahaha!


Friday, January 11, 2013

January 11, 2012


Uncle tidak faham dengan orang perempuan... pantang tengok tudung, mesti nak beli... walhal di rumah ini sudah umpama kedai...!

(Ya Allah ya tuhan ku... janganlah isteriku terbaca entri ini nanti...)


Thursday, January 10, 2013

January 10, 2013


Berani, degil atau tidak faham? Walaupun papan tanda itu jelas menunjukkan kawasan itu bahaya, orang masih berani meletakkan kenderaan dan berada di situkan?

(Yalah, yalah... uncle tahu..! Termasuk uncle!)


Wednesday, January 9, 2013

January 9, 2013


Okey, yang ini uncle betul-betul nak tahu... 

Teknik apa yang mereka gunakan untuk menggantung iklan yang paling atas, tu...? 

Tinggi tahu!


Monday, January 7, 2013

January 7, 2012


Tiada ku sangka... pada usia sebegini masih boleh berputik lagi perasaan rindu...

...RINDU PADA LORI SYABAS!

(Tekanan tahu! Tengok, muka uncle pun dah tak mampu nak senyum lagi!)


Sunday, January 6, 2013

January 6, 2012


Semua orang sangka uncle pergi ke gym sebab sejak kebelakangan ini otot lengan uncle berulas-ulas hinggakan orang tertukar antara uncle dengan Bruce Lee...

...tak perlu gym. Ulang-alik angkat air dari lori SYABAS saja...

(Sekurang-kurangnya merasa juga beratur pegang baldi belakang lori... baahaha)


Saturday, January 5, 2013

January 5, 2012


S: Apakah tugas yang paling menyeksakan di dalam dunia?
J: Menanggalkan pelekat cukai jalan kereta!!!!!

Arrrgghhhh..!!!! (Jeritan tekanan)


Friday, January 4, 2013

January 4, 2013


السلام عليكم Ùˆ رحمة الله Ùˆ بركاته 

Baca betul-betul, jangan jadi macam Pendekar Bujang Lapuk. 
"Aziz baca bunyi syair... Sudin baca bunyi arab... Ramlee baca tak bunyi langsung..."

(Sebenarnya pakai Ghutra pada hari Jumaat, tak relevan pun... Baahaha)


Thursday, January 3, 2013

January 3, 2013


Tak sabar nak tunggu rambut ini bertukar warna putih kesemuanya...
Barulah orang rasa takut bila tengok...!


Wednesday, January 2, 2013

January 2, 2013


Hairankan, bagaimana 'bau buku tulis sekolah baru' boleh membuatkan kita teringat zaman hari pertama persekolahan kita dahulu...?

(Hari ini hari pertama persekolahan. Uncle paling suka tengok gelagat budak-budak tahun satu..!)



Tuesday, January 1, 2013

January 1, 2013



Tahun baru... Azam lama...


(Selamat tahun baru kepada semua pembaca bunyi, pembaca sunyi dan pengikut BB@40. Oh, ya... tidak ketinggalan juga kepada 'pembenci' ~ baahaha)