Blog Begins At Forty
SELF-PORTRAIT DAILY
CLICK!
Followers
Wednesday, January 31, 2024
January 31, 2024
Wah!
Boleh nampak bayang-bayang tangan dan telefon sendiri atas muka!
Nampak tak?
Bayang-bayang punya pasal, sampai lupa nak tulis apa tentang latar belakang tu...
Tuesday, January 30, 2024
January 30, 2024
Dengar baik-baik.
Uncle nak beritahu satu rahsia besar hanya untuk kawan-kawan blogger.
Uncle sudah jumpa lokasi persembunyian Superman!
Uncle ulang...
Uncle sudah jumpa lokasi persembunyian Superman!
Ingat!
Biar pecah diperut, jangan pecah dimulut!
Monday, January 29, 2024
January 29, 2024
'Pusat Siber Sihat' ?
Hmmm...
Adakah ini bermakna ada pusat siber lain yang 'demam'?
Sunday, January 28, 2024
January 28, 2024
Kenapalah getah rambut sekarang banyak yang
beropol,
bereben dan penuh dengan 'bling-bling'?
Susah betul nak cari yang kosong tiada corak...
(Masalah lelaki berambut panjang saja yang tahu...)
Saturday, January 27, 2024
January 27, 2024
Orang lelaki ni...
Tua macam mana pun, bila nampak permainan...
...mesti berhenti tengok.
Aunty tak pernah halang setiap kali uncle berhenti tengok.
Dia hanya akan halang bila uncle nak beli!
Huh!
Friday, January 26, 2024
January 26, 2024
Sumpah!
Ini uncle lah!
Thursday, January 25, 2024
January 25, 2024
Patutlah panas lit-lit tadi...
Rupanya hujan lebat nak turun!
Wednesday, January 24, 2024
January 24, 2024
Eh?
Kenapa ada 59 sen pula di situ?
Kalaulah uncle yang dapat ganjaran satu juta tu...
...59 sen tu uncle diskaunkan saja!
(#Angan2MatJenin.)
Tuesday, January 23, 2024
January 23, 2024
Pagi tadi keluar awal dari biasa untuk bersarapan.
Sampai kedai...
Wah! Uncle orang pertama!
Hidangan masih belum disentuh!
Maka dengan ini izinkan uncle merasmikannya, ya!
"Mamak! Mana reben nak dipotong ni...?"
Monday, January 22, 2024
January 22, 2024
Kalau yang di belakang itu buaya...
Yang di hadapan itu pula adalah ____________
(Isi tempat kosong tapi dengan penuh bertimbang rasa, ya.)
Sunday, January 21, 2024
January 21, 2024
Haih...
Datang lewat habis.
Datang awal belum siap!
EHEM! Dah tengok blog
> MR.HANAFI.COM <
(klik) Tak tengok rugi!
Saturday, January 20, 2024
January 20, 2024
Kereta tidak dibenarkan menghalang laluan.
Tak mengapa...
Dia halang dengan basikal....
Huh...!
Friday, January 19, 2024
January 19, 2024
Uncle ni kalau tanam pokok,
bubuh tanah hitam, bubuh baja, hari-hari siram...
Tak pernah menjadi! Mesti mati!
Tapi kalau burung berak benih atas kereta...
Bukan main subur!
Ini tidak adil!
Thursday, January 18, 2024
January 18, 2024
GUEST #108
Hari ni uncle bertandang di studio
> FIRDAUS MAHMUD <
(klik) pemain keyboard yang tersohor di Malaysia! Siap 'belanja' satu lagu, okey!
Baik... sila cemburu...!
Wednesday, January 17, 2024
January 17, 2024
Kawan-kawan macam uncle juga?
Tunggu depan TV untuk menonton
> Buletin Diraja <
.
Tuesday, January 16, 2024
January 16, 2024
Hairan...
Kucing:
Kalau hari-hari makan benda sama, tak pernah kompelin.
Kita:
Kalau hari-hari isteri masak sambal belacan,
terus nak anjurkan rusuhan!
Monday, January 15, 2024
January 15, 2024
Nampak basikal pencuci kereta jalanan.
Terfikir...
Macam mana mereka imbang basikal dengan bekas air yang penuh dan besar di belakang tu, kan? Itu belum ambil kira mereka terpaksa brek kecemasan!
Bukan senang cari rezeki...
Sunday, January 14, 2024
January 14, 2024
Ingat catatan
> INI <
?
Dia telah pun lulus ujian memandu.
Boleh tahan cekap.
Hari ini dia bawa ayahnya ronda-ronda KL.
Malangnya dia tak benarkan fotonya dirakam dengan alasan tudungnya tak elok...!
Baahaha!
Saturday, January 13, 2024
January 13, 2024
Ada dua kategori manusia ketika beli kenderaan baharu.
PERTAMA:
Buang semua bungkusan dan pelekat plastik di bilik pameran kemudian pulang.
KEDUA:
Bawa balik dengan bungkusan dan pelekat plastik masih terlekat kerana sayang tak mahu kenderaan baharu tercalar.
Uncle kategori pertama.
Kawan-kawan kategori yang mana?
Friday, January 12, 2024
January 12, 2024
Jalan-jalan...
Ternampak burung bangau sedang bersantai.
Terus teringat lagu
>
BANGAU KUYUS
<
yang pernah viral dahulu!
Klik dan dengar ya?
Baahaha...!
Thursday, January 11, 2024
January 11, 2024
Hari panas terik...
Tekak kering...
Tin kopi tipu-tipu atas bumbung kereta pun nampak lazat!
Belum masuk bulan puasa lagi, ni...
Huh!
Wednesday, January 10, 2024
January 10, 2024
Datang awal.
Pintu belum dibuka.
Orang dah ramai menunggu.
Tapi anda tak larat nak beratur.
Apa perlu anda buat?
Jangan risau!
Anda boleh wakilkan botol, payung, beg beratur untuk anda!
Tuesday, January 9, 2024
January 9, 2024
Ada duit, itu tak penting...
Ada duit yang banyak, itu penting!
Monday, January 8, 2024
January 8, 2024
Parkir bawah pokok.
Konon nak tumpang redup...
Sekali sekampung kerengga buat keputusan untuk pindah atas kereta!
Setengah tin jugalah racun serangga habis uncle sembur tadi...!
Huh!
Sunday, January 7, 2024
January 7, 2024
Baca betul-betul ya...
Walaupun bunyi sama, belum tentu jenama yang sama...
Ada saja idea kreatif kan? Baahaha!
Saturday, January 6, 2024
January 6, 2024
Ziarah orang sakit di hospital.
"Eh? Apa tu?" Soal uncle sambil menjeling ke meja.
"Tau Fu Fah." Jawabnya ringkas.
"Kenapa tidak dimakan? Kenyang?" Tanya uncle dengan harapan."
"Ya... Errr... Nak?" Balasnya bertaya.
"Rezeki jangan ditolak..." Jawab uncle dengan penuh kesyukuran.
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)