Blog Begins At Forty
SELF-PORTRAIT DAILY
CLICK!
Followers
Monday, July 31, 2023
July 31, 2023
"Assalamualaikum!
Saya di luar...
Siapa di dalam...?"
Nampak tak siapa yang tercegat di luar menunggu orang buka pintu untuk dia masuk? Dia ingat pekerja 7 Eleven tu tukang buka pintu untuk dia agaknya! Huh! Bertuah betul!
Sunday, July 30, 2023
July 30, 2023
'Lampu potong' pun 'lampu potong' lah...
Bos! 'Lampu potong' satu!
Hu hu hu....
Saturday, July 29, 2023
July 29, 2023
Kalau jalan kaki, boleh tak kita pesan di stesen pandu lalu?
Bukan apa...
Uncle benar-benar tak gemar pesan di skrin sentuh tu...
Huh!
Friday, July 28, 2023
July 28, 2023
Bagaimana?
Cantik tak kemeja T baharu uncle..?
Sahabat baik uncle,
ALOY
yang lukis...
Lepas ni bolehlah uncle menyamar jadi orang 'TEPEN'...!
Thursday, July 27, 2023
July 27, 2023
Kalau uncle cakap hari ni uncle terjumpa pereka bentuk dalaman tersohor Eric Leong di bawah pokok pisang mesti orang tak percaya kan...?
Wednesday, July 26, 2023
July 26, 2021
Kadang-kadang terfikir....
Macam mana wujudnya istilah 'bergayut' ditelefon?
Mungkin sebab kita diihat sentiasa berpegang pada wayar telefon?
Tapi sekarang telefon tiada lagi berwayar...
Lalu nak diistilahkan apa?
Tuesday, July 25, 2023
July 25, 2023
Anak siapalah yang tertinggal topi Ben 10 di sini...?
Mesti semalam ada drama ibu bapa yang memujuk anak dia melalak cari topi hilang!
Baahaha...!
Monday, July 24, 2023
July 24, 2023
Algorithm
YouTube ni kadang-kadang menjengkelken!
Sekali kita cari topik politik...
Kemudian ini apa yang dicadangkan 80% politik!
#TepukDahi
Sunday, July 23, 2023
July 23, 2023
Nama saja Indah...
Tapi indah khabar dari rupa..l
Hu hu hu...
Saturday, July 22, 2023
July 22, 2023
"WARGA EMAS, SLOW DRIVER, SILA POTONG."
Ha ha! Terbaik!
Uncle rasa masa untuk uncle tampal pelekat serupa ini pada kereta uncle pun dah semakin hampir!
#SedarDiri
Friday, July 21, 2023
July 21, 2023
Poster anjing hilang = Selalu jumpa.
Poster kucing hilang = Banyak jumpa.
Poster burung hilang = Pertama kali jumpa!
Mesti peluang untuk jumpa burung ni agak susah, kan?
Kasihan...
Thursday, July 20, 2023
July 20, 2023
Ini mesti kes...
> Buka pintu kereta.
> Buka kasut.
> Masuk kereta.
> Jalan...
Lepas tu terfikir...
"Eh, mana kasut aku tadi...?"
Baahaha...!
(Tahun 2016 pernah jumpa senario yang mungkin sama di >
SINI
<)
Wednesday, July 19, 2023
July 19, 2023
Walaupun hari ni cuti... u
ncle melekat seharian di kerusi siapkan kerja.
Tak percaya?
Tuuuu...
Pantulan cahaya komputer pada cermin mata sebagai bukti...
#MohonSimpati
Tuesday, July 18, 2023
July 18, 2023
Siapalah buang sofa di padang permainan..?
Carilah tempat buang sampah yang sesuai...
Keburukkannya... sakit mata memandang!
Kebaikkannya... uncle ada modal nak kemas kini blog!
Ya. Uncle memang oportunis!
Baahaha...!
Monday, July 17, 2023
July 17, 2023
Dapat buah tangan dari sahabat yang baru pulang dari menunaikan Haji...
a) Buah Kurma...
✗
b)
Kacang Cerdik...
✗
c) Coca-Cola...
✓
YEAY!
Sunday, July 16, 2023
July 16, 2023
Siapa pernah beli coklat duit syiling?
Terus rasa kaya, bukan?
Saturday, July 15, 2023
July 15, 2023
Kalau blog uncle masih di kemas kini hari ini...
...maknanya uncle sempat mengelak peluru di belakang tu...
Hebat bukan?
Friday, July 14, 2023
July 14 2023
Yang lain semua hero Amerika.
Ada seorang saja hero Malaya.
Tapi uncle malas nak beri tahu yang mana satu...
(Sambil naik turun, naik turunkan kening...)
Thursday, July 13, 2023
July 13, 2023
Tukang terima surat... (Tunjuk muka sendiri.)
Tukang terima bungkusan... (Tunjuk muka sendiri.)
Tukang sembunyi dari jurujual ketuk pintu... (Tunjuk muka sendiri.)
Mentang-mentanglah uncle ni kerja dari rumah...
Uncle rasa uncle patut minta gaji ni....
Wednesday, July 12, 2023
July 12, 2023
Ada orang tanya...
"Betulkah uncle pakai baju hitam hari-hari...?"
(Lalu uncle pun buka pintu almari...)
Tuesday, July 11, 2023
July 11, 2023
Orang selalu sebut...
"Kalaulah duit tu boleh petik-petik di pokok..."
Nah...
Pokok duit-duit...
Petiklah sepuasnya!
Monday, July 10, 2023
July 10, 2023
Aik? Tiba-tiba ramai pula misi comel yang makan di sini...
Agaknya kalau uncle buat-buat sesak nafas, mereka sudi datang buat CPR pada uncle tak?
Sunday, July 9, 2023
July 9, 2023
Persoalannya...
Nombor mana yang harus dihubungi...?!?!?!
Banyak sangat!
Saturday, July 8, 2023
July 8, 2023
Ehem...
Inilah hadiah misteri dari blogger
SYAZNI RAHIM
tempoh hari...
Set Tupperware siri
DATUK LAT
edisi berwarna!
Bagaimana? Cemburu tak?
A) Cemburu
B) Sangat cemburu
C) Cemburu hingga tarik rambut sendiri.
(Sila pilih jawapan sesuai.)
Terima kasih SYAZ!
Friday, July 7, 2023
July 7, 2023
Tadi uncle jumpa makanan yang agak unik namanya.
DOSA.
Bentuknya ala-ala putu piring dan ada pancicah.
Gayanya macam makanan India.
Uncle tak rakam fotonya sebab ada papan tanda gambar kamera dipangkah.
Takut berDOSA pula...
Thursday, July 6, 2023
July 6, 2023
Hah?!?!
Bilik Transformer?
Helo polis!
Saya dah jumpa tempat Optimus Prime, Bumblebee, Megatron dan Starscream bersembunyi! Ya! Autobots dan Decepticons bergabung di sini! Datang cepat!
(Ehem... Jangan cemburu ya... Kenapa? Jom singgah blog >
SYAZNI RAHIM
< )
Wednesday, July 5, 2023
July 5, 2023
Buah cempedak di atas meja,
Ambil sudu tolong suapkan,
Makan cempedak guna sudu dah kenapa?
Sebab malas nak basuh tangan...
(Jadi tak pantun ni...?)
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)